.

Thursday, March 20, 2014

Assalamualaikum.

Entry kali ini lebih bersikap personal dan sekadar berkongsi tempat percutian mampu milik oleh mereka yang sudah berkeluarga. Tempat bercuti yang dimaksudkan adalah The Lost World of Tambun. Terletak di daerah Tambun, Ipoh Perak.

Perjalanan memakan masa 2 hingga 3 jam dari Kuala Lumpur. Bergantung pada kelajuan kereta anda. Tapi diingatkan, biar lambat, asal selamat.

Antara kelebihan bercuti di Lost World of Tambun adalah kosnya taklah terlalu mahal dan bagi aku ia affordable. Kalau nak lagi best pergi waktu weekdays dan bukan cuti umum. Memang best sebab tak ramai orang.

Bagi mereka yang bekerja sendiri, terutamanya yang full time blogger atau IM yang sudah berkeluarga, ada anak-anak kecil, bolehla datang ke sini. Sambil bercuti pun masih boleh berblogging mahupun hantar email kepada subscriber.


Ini antara tarikan yang paling menarik iaitu Tiger Feeding Show. Ada 2 sesi pertunjukan memberi makan harimau. Yang aku ingat pukul 3 petang kalau tak silap. Kalau silap maafla ya. Lupa. Anak-anak mesti suka kalau dapat tengok binatangkan? Tapi kalau harimau nie, mak dengan bapak dia pun akan suka. Bukan anak jer.



Ini pula gajah batu jer. Kalau hidup takde nak dapat posing macam tu. Silap-silap kena libas dengan belalai gajah tu.

Lokasi gajah batu nie di permulaan tempat lombong bijih timah. Mereka buat satu kawasan seperti suasana perlombongan bijih timah. Dan gajah nie adalah pengangkutnya.


Gambar dari depan gajah batu tadi tu. Kan nampak lokasi perlombongan tu.


Ini pulak prop kalau nak ambil gambar mendulang bijih timah. Dulang tu pun disediakan. Masuk jer dalam air tu dan posingla ala-ala nak mendulang sebelah mak cik 2 orang tu.


Lepas tengok bab sejarah, pergi masuk pula taman haiwan peliharaan. Kat sini banyak burung dan haiwan-haiwan yang sewaktu dengannya. Banyak sangat nak taip dalam nie.


Kalau masa anda melawat ada penjaga dalam sangkar burung nie, dapatla bagi makan burung-burung nie. Sangat jinak burung-burung nie tapi dengan syarat ada makanan di tapak tangan anda. Kalau tak ada, jangan harap burung-burung nie nak datang lepak kat tangan anda.



Ayam serama pun ada dalam taman haiwan peliharaan nie.


Lepas penat berjalan-jalan, masa untuk mandi. Mesti anak-anak pun suka. Ini kolam air sejuk. Kat sebelah ada kolam air panas. Bolehla berendam untuk melegakan stress anda.

Kolam air panas nie termasuk dalam bayaran anda. Tapi kalau nak masuk malam, ada cas lain. Melainkan anda membeli waktu ada promosi.



Kalau nak pergi, boleh menginap di hadapan taman tema ini, ada disediakan hotel Lost World of Tambun. Dan pada mereka yang nak berjimat, belilah tiket semasa ada promosi dan rajin-rajinla search di internet. Memang dapat berjimat sambil bercuti.

Ini untuk mereka yang berbajet sederhana. Kalau bajet banyak nak bercuti ke oversea pun terpulangla. Kita pergi bercuti ikut kemampuan poket kita.

Jangan lepas pergi bercuti, sepatutnya hilang stress jadi bertambah stress sebab over bajet.

Sekian.

Tagged: , ,

6 comments :

  1. Bro, kami sekeluarga dah pergi ke sini...mmg syiokkkk sgt2 kan...best la tambun terbaikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg syok. Anak2 pun boleh enjoy dgn mini safari dan pet safari di Tambun nie.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Memang seronok pegi Lost World of Tambun...saya dh repeat 2-3 kali dari tahun 2007 lagi...masa tu hotel depan Lost World tu pun x de lagi...rasa cam nak pegi lagi je...

    jenguk2 lah kat www.mamaspecky.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi. Jgn tak pegi. Mmg berbaloi sbb byk aktiviti boleh dibuat walaupun kawasan jauh dari Bandar Ipoh

      Delete
  4. Tgh plan nk g lost world tambun ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget