.

Sunday, February 28, 2016

Baru tadi beli buku tulisan Saiful Nang. Bertajuk Siful Nang - Kisah Orang Menang.

Beliau merupakan seorang jutawan dalam bidang Fotografi. Master dalam dunia Fotografi.


Beliau juga seorang dermawan dan sinonim dengan projek Rumah Prihatin.

Aku baru sempat baca 1/4 buku nie. Tapi ia sangat seronok dibaca. Esok akan sambung lagi.

Mungkin sebab aku juga berlatarbelakang lebih kurang seperti Saiful Nang. ( Sama Jawa)

Tapi kisah kejayaannya tu jer belum sama antara aku dengan beliau.

Sangat jauh. (Jauh beribu batu lagi)

Apapun, buku nie memang aku rekemen untuk beli dan baca.

Buku Best Seller MPH.

Ditambah pula dengan status buku ini sebagai antara buku Best Seller di MPH.

Terutamanya yang sedang dan ingin bergiat dalam perniagaan.

Friday, February 26, 2016

Undian 'round of 16' Europa League dah pun dilakukan dan jadual perlawanannya adalah seperti berikut.

Man United bakal bertembung dengan seteru utama dalam Liga Inggeris iaitu Liverpool.

Keputusan Undian 'Round of 16' Europa League 2016.


Sumber: goal.com
1. Post ini dikarang berdasarkan posting FB Pn Ainon. Post berkenaan perbezaan Strategi dan juga Matlamat.


2. Penerangan oleh Sifu bisnes tentang Strategi vs Matlamat ini sangat mudah untuk difahami.

3. Strategi dan Matlamat ini boleh digunakan bukan saja untuk bisnes, untuk pekerjaan dan pelajaran pun boleh.

4. Dalam ibadat seharian kita pun boleh.

5. Cuma Strategi vs Matlamat ini banyak digunapakai dalam bisnes kerana dua perkara ini sangat dan wajib ada dalam bisnes.

6. Tanpanya tak kemana mana bisnes kita.

7. Jom kita mula merancang Matlamat dan Strategi bisnea kita

Wednesday, February 24, 2016

Salah satu medium pemasaran yang aku guna dan akan terus guna selagi ia releven adalah FB Ads.

Memang berbaloi dengan pulangannya a.k.a ROInya setakat ini.

Ada orang kata FB Ads dah tak berkesan. Tapi bagi aku, ia masih berkesan.

Biasanya aku akan guna Boost Post. Ini memang selalu aku guna.

Memang sentiasa menjadi pilihan sebab ia menyampaikan setiap post kita kepada lebih ramai pengguna FB dan lebih tepat bergantung pada pilihan 'target audiance' kita.

Setakat ini FB Ads tak mengecewakan sebab modal lebih kurang $10 atau sekarang nie RM40++++ utk setiap Boost Post.

Dan dengan dapat 1 customer dah cukup bagi aku sebab 1 customer akan memberi nilai jualan lebih dari RM10k.

Ini sebab memang aku jual pakej perkahwinan dan faham-fahamla harga pakej perkahwinan.

Boleh ke page ISDA Catering & Wedding Planner untuk lihat post yang aku Boostkan.

Sebab itulah FB Ads sangat berbaloi.

Nak pastikan ia berbaloi? Setting produk atau servis kena dengan harganya dan juga kena pada bajet pengiklanannya.

Jangan hentam keromo jer. Buat try and error dulu dengan bajet yang kecil.

Dah berjaya, baru guna bajet yang lebih besar.

Monday, February 1, 2016

Kemahiran meletak harga sesuatu barang atau servis adalah satu kemahiran yang paling penting.

Sebab kalau salah letak harga, ia beri kesan kepada bisnes.

Kalau letak mahal sangat, nanti pelanggan tak beli.

Kalau letak murah sangat, nanti kita yang rugi.

Memang pening kalau nak memikirkan harga yang bersesuaian.

Nak senang, lebih baik kita tentukan harga mengikut harga pasaran.

Itu jalan paling selamat.

Jangan letak harga rendah sangat kerana anda akan merosakkan nilai pasaran.

Lagi satu, harga rendah akan menjejaskan kualiti kerja kita kerana mentaliti kita akan terpengaruh dengan harga murah = kualiti rendah.

Pelanggan Nak Murah Tapi Nak Kualiti Tinggi

Tapi pelanggan takkan berfikiran begitu.

Bagi pelanggan, mereka akan mencari harga yang murah, tapi nak berkualiti. Faham-fahamla ya.

Akibatnya, kalau kita menjual dengan harga murah, memang kitala yang parah dikemudian hari.

Akibatnya kita yang tanggung.

Memang tersepit kita di antara pelanggan dan harga. Antara kepuasan pelanggan dan kerugian.

Jadi, elakkan meletak harga terlalu rendah atau rendah dari harga pasaran.

Tipsnya, Ikut Harga Pasaran.

Ikut harga pasaran dan tingkatkan kualiti pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget