.

Friday, April 18, 2014

Assalamualaikum Semua.

Entry kali ini masih berkaitan tips menguruskan majlis perkahwinan. Kali ini tips adalah berkaitan pengurusan salah satu acara dalam majlis perkahwinan, iaitu acara makan beradab/makan berdamai dan seumpama dengannya.


Kerap Terlepas Pandang Jika Majlis Bergotong Royong.

Bukan nak memandang rendah majlis berkonsepkan gotong royong. Majlis berkonsepkan gotong royong sangat bagus dan menjinatkan, cuma tiada orang yang akan mengambil berat meja makan pengantin dan juga meja rombongan. Ini kerana semua fokus pada makanan untuk tetamu dan melayan tetamu yang hadir.

Majlis makan beradab ini kebiasaanya akan terlepas pandang jika majlis berkonsepkan rewang, masak sendiri ataupun gotong royong. Jika majlis menggunakan khidmat katerer juga terkadang akan terlepas pandang juga.

Jika gotong royong kita akan faham jika ia terlepas pandang kerana tiada pihak yang akan mengambil berat aturcara ini. Makanan istimewa khas untuk pengantin juga akan terlepas pandang. Itu tak termasuk susunan pinggannya, lauknya dan lain-lain susunan.

Lantik seorang wakil untuk menguruskan meja makan pengantin

Untuk mengelakkan masaalah ini berlaku, anda bakal pengantin perlu lantik adik beradik atau saudara mara ataupun rakan baik untuk menguruskan meja makan beradab dan segala yang berkait dengannya.

Sangat perlu melantik seseorang khas untuk uruskan meja makan pengantin ni. Pastikan dia tahu segala keperluan, susunan dan aturan di meja pengantin. Lakukan sedikit research tentang meja makan pengantin di internet. Paling tidakpun, pastikan segala keperluan asas meja makan beradab ada.

Keperluan Meja Makan Beradab / Meja Pengantin

Tak perlu dekorasi pun tak apa, yang penting keperluan wajib tu ada. Keperluan wajib ada di meja makan beradab adalah:
1. Lauk Pauk khas pengantin.
2. Set Pinggan dan Gelas
3. Set Sudu dan Garfu (Kalau tiada, sediakan bekas untuk basuh tangan)
4. Pelayan (bertindak sebagai tukang ambilkan lauk pauk untuk pengantin dan yang lain-lain)
5. Lauk pauk sampingan (lauk pengantin kebiasaannya tak berkuah, jadi perlu sediakan lauk sampingan yang berkuah)
6. Air minuman.

Kalau terlepas pandang, majlis makan beradab anda jadi tak teratur

Perkara-perkara di atas ni nampak simple, tetapi kerap orang akan terlepas pandang. Terutamanya lauk sampingan dan pelayan. Kerap kali pengantin kena ambil lauk sendiri tanpa dilayan seperti raja sehari. Jadila raja layan diri.

Inilah perkara penting yang perlu ada di meja makan beradab/pengantin anda nanti. Pastikan semua yang asas ini ada. Kalau nak lain dari yang biasa, boleh tambah dekorasi, dan lain-lain hidangan.

Nak letak seekor kambing pun boleh. Kalau anda beranila.

Siapa Yang Bakal Duduk Di Meja Makan Beradab

Ini satu lagi yang akan ramai dan kerap terlepas pandang walaupun anda menggunakan khidmat katering. Ini kerana,senarai nama ini ditentukan oleh pihak tuan rumah. Jika pihak tuan rumah terlepas pandang, maka yang lain punakan terlepas pandang jugala.

Sediakan nama mereka yang bakal duduk bersama pengantin dan beritahu mereka untuk bersedia bila sampai waktunya. Bersedia dari segi duduk di meja makan utama dan juga bersedia dari segi perutnya. Kosongkan perut siap-siap. Kebanyakkan mereka tak nak duduk bersama pengantin adalah kerana mereka dah kenyang. Inilah sebab musabab utama mereka menolak untuk duduk bersama pengantin.

Untuk pastikan meja makan beradab ini penuh waktu upacara sedang berjalan, lantik seorang yang kenal dengan orang dalam senarai nama untuk pastikan mereka yang disenaraikan ada dan duduk bersama pengantin.

Sekian
Razis
Pemilik ISDA Catering & Wedding Planner
www.isdacatering.com

Tagged: , ,

9 comments :

  1. Selalu tengok pengantin ambil sendiri lauk xde orang layan walaupun meja makan beradab disediakan... Singgah dr list Mia Liana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mungkin sebab tak ada pelayan yang menghidangkan.

      Itulah perlu nya pelayan yang terlatih.

      Kalau tak terlatih memang pengantin ambil lauk sendirila gayanya.

      Delete
  2. Slm...tumpang lalu sini=)
    Dr segmen mialiana..Nway...jemput singgah
    http://kisahkita-story.blogspot.com/2014/04/simple-1st-giveaway-blog-kisah-kita.html

    ReplyDelete
  3. thanks for the info.... makan beradab pun penting. kadang kita boleh terlepas pandang...

    thanks sudi join segmen nak url #3, senarai blog ada di http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html

    ReplyDelete
  4. Salam singgah dan follow dari segmen Mialiana :D

    ReplyDelete
  5. Bagus la entry ni bro razis...perkara dan tips yg perlu tak boleh dipandang sebelah mata...sebenarnya meja beradab ni la sgt penting, petanda kepada kesempurnaan dkedua mempelai di layani bak raja dan permaisuri...well done bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna khidmat katerer, Insha Allah mereka akan dilayan bak raja sehari. Tapi kalau guna khidmat rewang atau gotong royong tu yg selalu terlepas pandang.

      Itulah yg saya observed.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget