Assalamualaikum Semua Peminat Pasukan Selangor.
Kemenangan bermakna buat pasukan Selangor bagi terus menghidupkan saingan dalam persaingan kumpulan piala AFC.
Pusingan kedua ini dimulakan dengan cukup baik oleh pasukan bimbingan Mehmet Durakovic.
Kemenangan ini hasil dari satu-satunya pemain Import Selangor yang dapat bermain malam ini iaitu Poulo Rangel. Berbanding 4 pemain import yang beraksi buat pasukan Hanoi T & T.
Kecemerlangan ini diharap dapat diteruskan dalam baki siangan kumpulan dalam piala AFC dan juga Liga Super Malaysia.
Sudah lama gergasi merah tak memenangi kejuaraan tempatan dan penyokong tertunggu-tunggu dan akan berharap tahun ini pasukan Selangor akan merangkul kejuaraan Liga mahupun Piala Malaysia.
0 comments :
Post a Comment