.

Showing posts with label Tips Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Tips Perkahwinan. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Seperti biasa, sebelum merancang sesuatu majlis tu, kami dan team ISDA Catering akan melakukan sesi site visit bersama bakal pengantin dan keluarga.

Kalau keluarga pengantin tak join, site visit pastinya bakal pengantin akan join.

Ini amat penting bagi memastikan kelancaran persiapan majlis, keperluan majlis dan paling penting hari majlis tersebut.

Jadi, pertengahan bulan November nanti kami akan kelolakan majlis perkahwinan di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh Melaka.




Memang lokasi yang strategik jika anda ingin langsungkan majlis dalam taman.

Tapak majlis yang agak luas boleh menampung tetamu yang ramai. Sesuai jika jemputan 1000 dan ke atas.


Taman Seribu Bunga ini juga sesuai jika anda merancang majlis perkahwinan yang agak private dengan bilangan tetamu yang terhad.

Kedua-dua kondisi majlis ini sesuai dilangsungkan di taman ini.

Dari segi masa, siang boleh, malam pun boleh juga. Cuma jika waktu malam, perlukan lebih banyak dekorasi pencahayaan.

Ia akan menambahkan lagi keindahan majlis perkahwinan anda nanti.

Untuk tempahan tapak ini, anda boleh terus ke Melaka Mall di mana terletaknya pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Semak kekosongan di pejabat ini dan kadar sewaan tapak ini lebih kurang RM1000++

Jika anda tiada kelapangan masa, boleh juga menempah pakej perkahwinan di Taman Seribu Bunga ini dengan pihak ISDA Catering.

Boleh terus ke FB cawangan Melaka kami di www.facebook.com/isdacateringmelaka.

Kami ada menyediakan pakej yang termasuk denga sewaan dan tempahan tapak di Taman Seribu Bunga ini.

Gambar Past Event di Taman Seribu Bunga

Anda tak perlu lagi untuk ke Pejabat Majlis Perbandaran lagi untuk menempah tapak

Pihak kami buat semua. PM ISDA Catering terus melalui email ke isdacatering@gmail.com.

Wednesday, January 28, 2015

Bersanding adalah salah satu acara yang utama dalan majlis perkahwinan.

Bagi ramai pengantin, takkan meriah sesebuah majlis perkahwinan itu jika tiada majlis persandingan di atas pelamin.

Tapi perkara ini sudah semakin berubah dan sudah semakin ramai pasangan pengantin memilih untuk tidak bersanding.

Ini adalah kerana ia lebih menjimatkan. Selain dari beberapa sebab tertentu.

Antara sebab lain, boleh rujuk di sini: Sebab majlis kahwin tak nak sanding.

Walau apa pun sebabnya, ia bergantung pada diri tuan punya majlis.

Di sini kita akan bincang apa aturcara majlis perkahwinan jika tidak mahu bersanding.

1. Ketibaan Pengantin - Sambutan dengan kompang live atau audio.

2. Berarak hingga ke meja makan beradab - ini adalah acara utama jika tidak bersanding.

3. Aturcara memotong kek - jika ada

4. Sesi fotografi - boleh dilakukan di pelamin (jika ada), mini pelamin, meja makan beradab atau secara santai di meja tetamu.

5. Free & Easy atau sesi beramah mesra bersama tetamu.

** Jika tiada pelamin ( banyak jimat jika tiada pelamin) dinasihatkan agar sewa backdrop berhias untuk meja makan beradab.

Lepas habis makan, ia boleh dijadikan tempat bergambar.

Iklan:

ISDA Catering & Wedding Planner ada menyediakan khidmat katering beserta koordinasi majlis sekali dan jika taknak bersanding, pihak ISDA Catering boleh menyediakan backdrop makan beradab secara percuma.

Hubungi mereka di laman Facebook Page mereka di ISDA Catering & Wedding Planner.

Tuesday, January 20, 2015

Ini rupakan satu lagi perkara yang selalu terlepas pandang oleh keluarga tuan Rumah dalam majlis perkahwinan.


Tak semua, tapi ada segelintir.

Kita faham dengan kesibukan tuan rumah. Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, sediakan wakil untuk guide rombongan pengantin.

Wakil Sudah Memadai

Memang dalam majlis kita raikan pengantin, tapi rombongan pengantin sebagai tetamu khas juga perlu kita raikan sebaik mungkin.

Seelok eloknya, wakil tuan rumah itu mengenali rombongan.

Kesian rombongan, tak ada arah tuju di majlis tu.

Sediakan Meja Khas.

Lagi satu, sediakan meja khas untuk mereka. Agar mereka tak melilau mencari tempat duduk.

Walaupun sekadar meja kosong tanpa hidangan di atas meja.

Maklumlah masa rombongan sampai bersama pengantin inilah masa di mana tetamu akan ramai dan meja yang kosong adalah terhad.

Tetamu Istimewa Perlu Diraikan

Jadi, pilih wakil untuk memberi guide pada keluarga rombongan pengantin dan seterusnya memberi layanan terbaik.

Tugas Wakil

1. Jemput masuk ke majlis seterusnya bawa ke meja yang telah disediakan.

2. Alu alukan kedatangan mereka.

3. Sediakan door Gift jika ada Gift istimewa untuk rombongan.

Monday, December 1, 2014

Alhamdulillah, dah masuk pun kita ke bulan Disember. Bulan terakhir untuk 2014. Dan ini adalah entry pertama yang membuka tirai bulan Disember ini.

Entry berkenaan kes kecurian yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan di Melaka yang dah jari viral di FB dan lain lain social media


Perkara ini elok untuk dijadikan iktibar dan peringatan buat semua yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan di rumah.

Waktu tuan rumah sedang sibuk menguruskan perarakan pengantin, pada masa inilah mereka beraksi.

Kita tengah sibuk, manalah nak tengok siapa yang masuk rumah kan?

Apapun jadikan kes pencuri di majlis kahwin di Melaka ini sebagai 1 peringatan.

Lepas ini, kalau buat majlis, khaskan 1 bilik yang berkunci untuk simpan barang barang berharga.

Kunci dan tak perlu selalu keluar masuk di situ. Kadang kadang saudara mara pun ada jugak yang agak panjang tangan. Tu kena beringat selalu dan jangan terlalu percaya walaupun saudara mara.

Almaklumlah, harta seperti smartphone, ipad, tablet, dan macam-macam lagi nie ada permintaan tinggi. Kalau lalai memang senanglah orang lain nengebasnya.

Apapun, kes kecurian di majlis kahwin kat Melaka nie betul betul membuka mata ramai tuan rumah selepas ini.

Sebelum nie ada jugak aku dengan kes kecurian di majlis kahwin, ada yang hilang set barang kemas dan sebagainya. Tapi pencuri tak terkantoi.

Kalau dah terkantoi macam pencuri kat Melaka nie, memang glamor seglamornyalah kak tu. Masuk facebook dan dah jadi viral.

Apapun peringatan sekali lagi, jangan lalai dan jagalah harta sendiri tanpa nak harapkan orang lain.

Friday, November 28, 2014

Majlis perkahwinan yang dilangsungkan di dewan kebiasaannya sama sahaja dengan majlis perkahwinan di rumah atau taman yang menggunakan kanopi.

Kalau ada perbezaan pun ia ada sedikit sahaja bergantung pada persembahan apa yang ada.




Untuk aturcara majlis nie, kalau boleh lantik seorang yang khas untuk aturkan majlis ini.

Kalau nak harap pengantin yang atur atau mak ayah pengantin yang atur, besar kemungkinan akan kelam kabut.

Sebaik baiknya pilih pakej perkahwinan yang ada sekali khidmat mengkordinasi aturcara majlis.

Jika tak ada, cari khidmat Pengacara Majlis atau DJ yang berpengalaman dalam mengatur aturcara majlis dan pastikan ia mengikut kehendak anda atau hasil perbincangan anda dan keluarga.

Aturcara biasa untuk majlis perkahwinan di dalam dewan adalah seperti berikut:

Untuk majlis di dewan, ada 2 pilihan, keluarga rombongan masuk dengan pengantin atau rombongan masuk dulu dan duduk di meja yang telah disediakan.

Lebih elok jika masuk dulu sebelum pengantin kerana ia akan mengurangkan kesesakan dalam dewan. 

Kalau dewan besar tak apala, kalau dewan sederhana atau kecil, anda bayangkanlah kesesakannya ya jika rombongan yang mengiringi anda tu lebih dari 50 orang.

1. Berarak dari turun kereta hingga Pintu Gerbang.
Menggunakan Kompang live, Audio atau Bagpipe atau lain-lain

2. Berarak dari pintu gerbang ke pelamin.
Menggunakan lagu tema cinta, Selawat, Audio Gamelan, Gamelan Live atau main kompang terus ke Pelamin

3. Bersanding di atas pelamin.

4. Bacaan Doa

5. Aturcara Merenjis diiringi paluan kompang

6. Makan Beradab

7. Potong kek

8. Sesi bergambar

9. Sesi bebas dan beramah mesra bersama tetamu.

Semasa bersanding dan selepas bacaan doa, jika ada sebarang persembahan seperti silat atau tarian, bolehlah persembahkan ketika ini, sebelum acara merenjis.

Untuk majlis di dalam dewan juga ada 2 pilihan kepada pengantin untuk berarak. Samaada pengantin lelaki dan perempuan berarak turun kereta bersama atau pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di dewan.

Kemudian baru berarak bersama.

Aturcara ini adalah aturcara yang biasa saya aturkan untuk majlis yang saya kelolakan bersama ISDA Catering & Wedding Planner.

Jika anda ingin ubah mengikut citarasa anda pun boleh. Tapi inilah aturcara terbaik yang mudah dan teratur untuk diuruskan.

Jika ada pertanyaan boleh tinggalkan di ruang komen atau boleh email ke blogger.razis@gmail.com

Sebarang pertanyaan tak dikenakan cas. Jangan risau. Kalau nak free lagi khidmat koordinasi aturcara majlis, ambil pakej perkahwinan dengan kami di ISDA Catering & Wedding Planner. PM jika ada sebarang pertanyaan.

Insha Allah kami akan koordinasikan majlis anda selancar yang mungkin.

Kalau nak khidmat PA Sistem + Pengacara  Majlis + karaoke + Koordinasi Aturcara Majlis pun boleh. Kalau nak Pengacara Majlis + Koordinasi Aturcara Majlis pun boleh juga.

Senang cerita, semua bolehlah. PM jer ke FB ISDA Catering & Wedding Planner atau komen di entry ini.

Wednesday, November 19, 2014

Musim cuti sekolah bakal tiba beberapa hari lagi. Aktiviti yang sinonim dengan uti sekolah adalah majlis perkahwinan dan percutian.

Tapi entry ini nak cerita tentang majlis perkahwinan.

Mana tahu entry ini akan membantu bakal pengantin menamatkan zaman bujang mereka pada musim persekolahan akan datang ini.

Entry ini akan kongsikan contoh pengiraan bajet kahwin dengan modal RM5k sahaja. Ya, 5k sahaja. Memang tight nak kira bajet sekecil ini.

Tapi tak mustahil.


Memang pening kalau memikirkan bab bajet. Hal kewangan.

Maklumlah, bukan semua kita ada bajet berkepuk-kepuk. Ada orang bajet berbelas ribu, ada berpuluh ribu malah ada juga yang beratus ribu.

Tapi kalau bajet tak besar, maka perlulah ukur baju di badan sendiri. Buat ikut kemampuan diri dan keluarga.

Jangan sampai berhutang dan kelak akan membebankan diri dan pasangan.

Kalau bajet terhad nie yang kena kira sebaik-baiknya agar majlis berjalan lancar dan meriah.

Jom kita kira bajet kahwin dengan duit sebanyak RM5,000 sahaja.

1. Mas Kahwin (Sebelah Perempuan Shj)

Berbeza mengikut negeri dan perlulah ikut keperluan negeri. Tak perlu nak lebih-lebih.

Ikut apa yang perlu sahaja. Boleh rujuk pejabat agama Islam di negeri masing-masing.

Anggaran Maksimum: RM300.

2. Hantaran

Buat ala kadar untuk lengkap kan syarat. Buatlah 3 dibalas 5 pun dah cukup.

Jangan sampai 19 balas 21 pulak. Melampau sangat tu.

Anggaran Maksimum: RM500.

3. Cincin

Perlu ada untuk hadiah kepada pengantin perempuan.

Tak perlu mahal-mahal. Cukup buat tanda sahaja. Nanti dah ada duit baru beli rantai sebesar rantai motor pun tak apa.

Anggaran Maksimum: RM500

4. Baju dan Persalinan

Gunakan baju yang sama, nikah dan sanding. Lagi jimat. Bukan tujuan buat majlis kahwin untuk tayang baju.

Tujuan majlis untuk mewar-warkan kita dah kahwin.

Anggaran Maksimum: RM500 sepasang.

5. Jamuan Makan

Kalau bajet sikit, tak perlulah nak order katering. Kos akan jadi tinggi.

Lebih baik masak secara gotong-royong. Memang menjimatkan.

Menu pula tak perlu gah sangat. Buat menu masakan kampung lagi tetamu suka.

Dan masak untuk jemputan lebih kurang 400 ke 500 orang dah cukup. Tak perlu jemputan sampai 1000 orang.

Anggaran kos:
Ayam 30ekor = RM500
Beras 5 beg 10kg = RM130
Barang-barang lain: RM300
Sewa Barang Surau: RM200
Lain-lain: RM370
Jumlah kasar: RM1500 (untuk jumlah tetamu 400 - 500 orang)

6. Khemah

Cukup sekadar khemah untuk tetamu makan dan meja makan pengantin.

4 khemah untuk tetamu 400 ke 500 orang sudah memadai.

Anggaran Kos: RM250x4=RM1,000.

7. Door Gift

Bajet dalam RM1 per biji.

Anggaran kos: RM500

8. Kad Kahwin.

Buat yang paling simple atau boleh print sendiri. Lagi murah.

Anggaran kos maksimum: RM200

Jumlah Penuh: RM5,000.

Kan mudah, siapa kata bajet sikit tak boleh buat majlisnya.

Buat ikut kemampuan, jangan ikut keinginan.

Tak perlu nak ikut trend sangat. Lepaskan yang wajib dan yang penting anda sudah sah sebagai suami dan isteri.

Itu yang dituntut agama.

Jika bajet lebih, barula buat lebih meriah.

Sekian.

p/s: Sebarang pertanyaan boleh ajukan di ruang komen.
P/S: Pengiraan ini adalah contoh sahaja, boleh diubah ikut kesesuaian anda masing masing.

Iklan Berbayar:
1. Pakej Katering Murah dan Jimat
2. Khidmat Nasihat Untuk Merancang
3. Strategi Cepat Kahwin dan Kaya Lepas Kahwin

Sumber: Ada 5k Pun Boleh Kahwin

Friday, October 31, 2014

Macam-macam ragam bakal pengantin mendesign kad kahwin mereka.

Ada yang buat macam timeline Facebook, ada buat macam surat khabar punya layout dan macam-macam lagilah.

Makin lama, makin banyak design baru kad kahwin dikeluarkan.

Ini yang terbaru, design kad kahwin yang berkonsepkan Kertas Soalan Peperiksaan.

Sangat kreatif idea ini.

Ini dia design kad kahwin yang berkonsepkan Kertas Soalan Periksa.




Thursday, April 24, 2014


1. Tetap jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik.

2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Jika tiada terpaksalah gunakan khidmat katering.

3. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah.

4. Elakkan penggunaan bunga segar untuk hantaran, pelamin mahupun hiasan lain kerana kosnya sangat tinggi.

5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan.

6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari.

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. 3 balas 5 pun dah cukup.

8. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah kerana cuti sekolah sinonim dengan kenduri kahwin dan barangan berkaitan majlis kahwin akan naik pada masa ini.

9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja.

10. Untuk hiburan dan bunyian, gunakan sahaja khidmat DJ dan PA Sistem berbanding khidmat Live Band, Kugiran, dan sebagainya.

Friday, April 18, 2014

Assalamualaikum Semua.

Entry kali ini masih berkaitan tips menguruskan majlis perkahwinan. Kali ini tips adalah berkaitan pengurusan salah satu acara dalam majlis perkahwinan, iaitu acara makan beradab/makan berdamai dan seumpama dengannya.


Kerap Terlepas Pandang Jika Majlis Bergotong Royong.

Bukan nak memandang rendah majlis berkonsepkan gotong royong. Majlis berkonsepkan gotong royong sangat bagus dan menjinatkan, cuma tiada orang yang akan mengambil berat meja makan pengantin dan juga meja rombongan. Ini kerana semua fokus pada makanan untuk tetamu dan melayan tetamu yang hadir.

Majlis makan beradab ini kebiasaanya akan terlepas pandang jika majlis berkonsepkan rewang, masak sendiri ataupun gotong royong. Jika majlis menggunakan khidmat katerer juga terkadang akan terlepas pandang juga.

Jika gotong royong kita akan faham jika ia terlepas pandang kerana tiada pihak yang akan mengambil berat aturcara ini. Makanan istimewa khas untuk pengantin juga akan terlepas pandang. Itu tak termasuk susunan pinggannya, lauknya dan lain-lain susunan.

Lantik seorang wakil untuk menguruskan meja makan pengantin

Untuk mengelakkan masaalah ini berlaku, anda bakal pengantin perlu lantik adik beradik atau saudara mara ataupun rakan baik untuk menguruskan meja makan beradab dan segala yang berkait dengannya.

Sangat perlu melantik seseorang khas untuk uruskan meja makan pengantin ni. Pastikan dia tahu segala keperluan, susunan dan aturan di meja pengantin. Lakukan sedikit research tentang meja makan pengantin di internet. Paling tidakpun, pastikan segala keperluan asas meja makan beradab ada.

Keperluan Meja Makan Beradab / Meja Pengantin

Tak perlu dekorasi pun tak apa, yang penting keperluan wajib tu ada. Keperluan wajib ada di meja makan beradab adalah:
1. Lauk Pauk khas pengantin.
2. Set Pinggan dan Gelas
3. Set Sudu dan Garfu (Kalau tiada, sediakan bekas untuk basuh tangan)
4. Pelayan (bertindak sebagai tukang ambilkan lauk pauk untuk pengantin dan yang lain-lain)
5. Lauk pauk sampingan (lauk pengantin kebiasaannya tak berkuah, jadi perlu sediakan lauk sampingan yang berkuah)
6. Air minuman.

Kalau terlepas pandang, majlis makan beradab anda jadi tak teratur

Perkara-perkara di atas ni nampak simple, tetapi kerap orang akan terlepas pandang. Terutamanya lauk sampingan dan pelayan. Kerap kali pengantin kena ambil lauk sendiri tanpa dilayan seperti raja sehari. Jadila raja layan diri.

Inilah perkara penting yang perlu ada di meja makan beradab/pengantin anda nanti. Pastikan semua yang asas ini ada. Kalau nak lain dari yang biasa, boleh tambah dekorasi, dan lain-lain hidangan.

Nak letak seekor kambing pun boleh. Kalau anda beranila.

Siapa Yang Bakal Duduk Di Meja Makan Beradab

Ini satu lagi yang akan ramai dan kerap terlepas pandang walaupun anda menggunakan khidmat katering. Ini kerana,senarai nama ini ditentukan oleh pihak tuan rumah. Jika pihak tuan rumah terlepas pandang, maka yang lain punakan terlepas pandang jugala.

Sediakan nama mereka yang bakal duduk bersama pengantin dan beritahu mereka untuk bersedia bila sampai waktunya. Bersedia dari segi duduk di meja makan utama dan juga bersedia dari segi perutnya. Kosongkan perut siap-siap. Kebanyakkan mereka tak nak duduk bersama pengantin adalah kerana mereka dah kenyang. Inilah sebab musabab utama mereka menolak untuk duduk bersama pengantin.

Untuk pastikan meja makan beradab ini penuh waktu upacara sedang berjalan, lantik seorang yang kenal dengan orang dalam senarai nama untuk pastikan mereka yang disenaraikan ada dan duduk bersama pengantin.

Sekian
Razis
Pemilik ISDA Catering & Wedding Planner
www.isdacatering.com

Monday, April 14, 2014

Assalamualaikum Semua.

Post kali ini berkaitan dengan majlis perkahwinan lagi. Dan akan ada banyak lagi post berkaitan majlis perkahwinan selepas post ini.

Di harap post2 yang lepas, post ini dan post akan datang dapat membantu bakal pengantin merancang dan menguruskan majlis perkahwinan mereka dengan lancar.

Post terbaru ini berkaitan dengan aturcara majlis perkahwinan. Ada pelawat blog ini yang menaip keyword Majlis Kahwin Tanpa Sanding.
Majlis perkahwinan tanpa aturcara bersanding nie bukan suatu yang baru atau bukan satu kelainan. Dah banyak juga majlis yang tidak melibatkan aturcara bersanding.

Majlis Berbentuk Islamik

Kebiasaanya majlis yang lebih kepada konsep Islamik akan menggugurkan aturcara bersanding dari majlis mereka.

Sebagai gantinya, mereka akan menjadikan aturcara makan beradab sebagai acara utama majlis mereka.

Membantu Pengantin Berjimat

Jika tiada acara bersanding, kebiasaannya pelamin juga tiada. Ini dapat menjimatkan kos perkahwinan pengantin. Kos pelamin agak tinggi dan dengan ketiadaan pelamin, kos perkahwinan dapat dijimatkan.

Jika inginkan pelamin pun, hanya perlu buat pelamin mini atau pelamin yang simple sekadar untuk bergambar bersama keluarga, rakan ataupun saudara mara.

Risau Orang Mengata.

Perkara ini memang sentiasa akan berlaku jika majlis anda lain dari yang lain. Akan ada buah mulut bual bicara orang lain. Itu memang tak akan dapat dielakkan.

Apa yang penting, anda perlu ikut pendirian anda tanpa perlu risau apa orang lain akan kata.

Jika anda bertujuan untuk penjimatan, teruskan. Jangan fikirkan apa yang akan dikatakan orang lain kerana anda yang akan beruntung di kemudian hari. Bukan orang lain. Duit anda yang akan jimat, bukan duit orang lain.

Itu yang anda perlu tetapkan dalam keputusan anda.

Sekian.
Razis
ISDA Catering & Wedding Planner
www.isdacatering.com

Thursday, April 3, 2014

Assalamualaikum semua.

Post kali ini saya akan kongsikan Tips Untuk Berjimat di Majlis Perkahwinan. Tipsnya adalah lakukan tampahan untuk keperluan majlis perkahwinan anda di Pameran Perkahwinan.

Anda perlu gunakan sebaik mungkin keadaan semasa di mana Pameran Produk Perkahwinan diadakan agak kerap. Boleh dikatakan setiap bulan akan ada pameran perkahwinan. Terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Tetapi, di negeri negeri lain seperti Johor, Terengganu, Melaka dan Pahang juga tak kurang hebatnya. Ada penganjur khas akan menganjurkan Pameran Perkahwinan di negeri-negeri tersebut.


Oleh itu jangan ketinggalan untuk hadir ke Pameran-Pameran ini untuk mendapatkan produk dan servis berkaitan perkahwinan untuk majlis perkahwinan anda dengan harga terkini dan terbaik. Dan semestinya akan ada pelbagai promosi akan diberikan oleh pemamer/exhibitor sepanjang pameran ini berlangsung.


Jadi, melalui pameran ini anda mampu menjimatkan kos untuk majlis perkahwinan anda. Jika tidak berjimat melalui harga yang murah, tapi pasti anda akan berjimat kerana hadiah promosi yang anda bakal dapat akan membantu anda berjimat dari sudut lain.

Seperti contoh, kebiasaannya pemamer dari syarikat kad kahwin akan memberikan promosi berupa bunting ataupun banner, kotak door gift dengan harga promosi dan lain-lain. Di sini anda sudah mampu berjimat dari segi kos cetakan bunting mahupun banner.



Contoh lain, ada sebahagian katerer akan menghadiahkan pakej berbulan madu kepada pengunjung yang membuat tempahan semasa pameran. Sekaligus anda tak perlu keluarkan duit poket anda untuk belanja berbulan madu. Kan dah jimat tu.

Untuk Fotografi pula, kebiasaannya mereka akan menghadiahkan sesi fotografi tambahan seperti sesi outdoor percuma, sesi pre-wedding percuma atau ada juga fotografer yang memberi photo booth sebagai hadiah promosi semasa pameran. Lihat, banyak anda boleh jimatkan.

Manakala, kalau butik pula, ada butik yang akan memberi persalinan sanding baru sebagai promosinya. Atau ada juga yang memberi persalinan untuk majlis pernikahan tanpa sebarang cas. Lagi satu cara anda boleh jimat. Bukan sikit anda akan jimat. 5 ke 6 ratus ringgit jugak tu.


Ada pelbagai lagi penjimatan yang anda boleh dapat jika menempah melalui pameran-pameran perkahwinan. Anda juga boleh bandingkan harga dan pakej-pakej yang mereka tawarkan. Ini yang paling penting. Kalau nak tahu lebih lanjut, lebih baik anda sendiri berkunjung ke pameran-pameran yang berhampiran anda.

Untuk mengikuti pameran-pameran terkini berdekatan tempat anda, anda boleh cari Penganjur-penganjur yang selalu menganjurkan pameran (cari di Facebook supaya senang anda nak dapat update) seperti:
- Pameran Pengantin Malaysia
- JomKahwin
- Karnival Kerja kahwin
- Festival Pengantin Malaysia
- Pameran Pengantin Melaka

Cari mereka di Facebook dan boleh "like" page mereka untuk anda tidak ketinggalan.

Sekian,


Tuesday, April 1, 2014

Assalamualaikum Semua.

Kali ini saya akan kongsikan tips yang berkaitan menguruskan aturcara majlis perkahwinan . Aturcara sesebuah majlis perkahwinan ini nampak tak berapa penting, tapi sebenarnya ia sangat penting.

Lebih-lebih lagi jika majlis anda akan dihadiri oleh orang kenamaan. Kerabat diraja, YB, mahupun bos tempat anda bekerja. Susun atur acara di majlis anda akan membuatkan majlis anda tersusun dan kemas perjalanannya.

Pengantin Jangan Susah-Susah Fikir Aturcara Masa Majlis
Jangan sesekali anda sebagai pengantin nak buat sendiri semua itu. Pasti anda tak mampu. Setakat merancang ok. Tapi jangan masa majlis pun anda nak sibuk-sibuk. Silap-silap boleh pitam nanti.

Anda perlu percaya pada adik-beradik, saudara mara ataupun rakan baik anda. Ini jika anda tak mengambil khidmat koordinator majlis.

Lantik Floor Manager Dari Kalangan Ahli Keluarga Atau Rakan
Jika anda ambil tak perlulah pening kepala kerana mereka akan uruskan. Jika tiada wedding koordinator atau wedding planner, anda plan dan rancang sendiri tapi jangan lupa lantik Floor Manager anda sendiri.

Untuk susan aturcara majlis perkahwinan yang baik, anda boleh ikut susunan yang biasa dibuat oleh Team ISDA Creative.

Susun dan Draft Mengikut Masa Yang Ditetapkan.
Untuk memastikan susunan aturcara teratur, pastikan anda lakukan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat terutamanya Floor Manager anda.

Susun dan tetapkan terus masanya kerana kita akan lebih tepati dan berdisiplin jika masa ditetapkan.
Seperti contoh, tetapkan masa bersanding jam 1.00pm, dan pastikan semua patuhinya.

Jika Libatkan Pihak Lain, Pastikan Mereka Tepati Masa
Kebiasaanya kita akan panggil persembahan lain untuk meriahkan majlis perkahwinan kita seperti kompang, tarian, gamelan, silat mahupun band.

Penting untuk pastikan mereka tepati masa bagi mengelakkan aturcara majlis terganggu.

Semua Pihak Kena Tahu
Ini yang paling penting. Pastikan semua pihak yang terlibat tahu susun atur aturcara majlis anda itu dan tiada yang ketinggalan.

Inilah pentingnya perbincangan sebelum majlis. Tak perlu rehearsal pun tak apa. Tapi yang penting, semua pihak tahu peranan masing-masing dalam majlis tersebut.

Sekian.
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini "Pakej Perkahwinan - Percuma Khidmat Koordinasi Aturcara Majlis"

Saturday, July 20, 2013

Salam 1Malaysia,

Merancang majlis perkahwinan memang rumit. Lebih-lebih lagi kalau anda atau keluarga anda tiada pengalaman. Maklumlah, anak sulung. Semestinya tiada pengalaman mengurus dan merancang majlis perkahwinan.

Sebenarnya tak rumit nak merancang majlis perkahwinan kalau anda ada duit yang cukup. Nak senang, upah jer Wedding Planner. Atau ambil pakej yang terus ada khidmat Wedding Planner.

Sumber Gambar: www.isdacatering.com

Segala perancangan Wedding Planner akan selesaikan. Tapi, walau dah upah Wedding Planner, anda perlu tahu sedikit sebanyak untuk mengelakkan anda ditipu atau tertipu.

Jika anda nak merancang perkahwinan anda sendiri adalah lebih baik anda sediakan Checklist/senarai semak keperluan majlis perkahwinan anda sendiri. Checklist ini untuk pastikan anda tidak tertinggal perkara yang penting.

Mulakan Checklist dengan membahagi kepada 2 kategori. PENTING dan KURANG PENTING. Perkara penting ini maksudnya perkara yang perlu ada untuk memastikan majlis berjalan lancar. Kalau tak ada perkara penting ini, majlis anda akan kelihatan cacat.

Manakala perkara kurang penting ini, jika tak ada dalam majlis anda pun ia takkan menjejaskan perjalanan majlis perkahwinan anda nanti.

Sumber Gambar: ISDA Catering & Wedding Planner


Perkara yang terletak dalam kategori PENTING adalah seperti:
1. Makanan (Katering atau Rewang)
2. Andaman (Persalinan dan Pelamin) - (Kurang penting jika anda lebih kepada Islamik)
3. Dewan (Beserta Kelengkapan Dewannya) atau Kanopi (Untuk Majlis di rumah atau taman)
4. Kad Jemputan
5. Door Gift
6. Lokasi Majlis (Dewan atau Di Rumah)

5 Perkara ini antara item yang PENTING bagi memastikan kelancaran majlis anda. Anda perlu tekankan lebih kepada 5 perkara PENTING di atas. Tak kirala berapa pun bajet anda itu tidak penting. Tak semestinya anda perlu membazir untuk melancarkan majlis anda. Yang penting semua yang PENTING ada.

Perkara yang terletak dalam kategori KURANG PENTING adalah:
1. Sistem Audio (PA Sistem)
2. Persembahan (Kompang, Silat, Tarian atau Gamelan mahupun Live Band)
3. Candy Buffet
4. Photo Booth
5. Bertukar-tukar persalinan
6. Photografi
7. Ustaz Pembaca Doa

Sumber: Pasukan Kompang ISDA Creative

7 Perkara ini adalah KURANG PENTING, tetapi ia bergantung kepada individu dan bergantung pada BAJET individu juga.

Sekarang kita pergi kepada perkara TERPENTING semasa majlis anda berlangsung, iaitu penyusunan aturcara majlis. Walau sebajet mana sekalipun anda, pasti anda inginkan kelancaran di majlis anda nantikan? Anda pasti inginkan majlis anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Untuk pastikan kelancaran majlis persandingan anda, rancang aturcara sebaik mungkin. Sediakan seorang ketua di majlis anda nanti yang akan bertindak sebagai Floor Manager. Beliau akan berhubung dengan semua yang terlibat agar majlis anda lancar dan teratur.

Sebelum majlis tersebut, pastikan anda rancang aktiviti di majlis perkahwinan anda dengan terancang. Seperti contoh di bawah:

Jam 1.30 petang - Sanding

Jam 1.35 petang - Bacaan Doa

Jam 1.40 petang - Acara Merenjis

Jam 2.00 petang - Majlis Makan Beradab

Jam 2.30 petang - Majlis Memotong kek/pulut kuning (Jika Ada)

dan seterusnya.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KOORDINASI ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN ini, boleh hubungi ISDA Catering & Wedding Planner. Kepakaran mereka adalah pakej lengkap perkahwinan berserta khidmat mengkordinasikan aturcara majlis perkahwinan

Iklan:
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini "Pakej Perkahwinan - Percuma Khidmat Koordinasi Aturcara Majlis"

Untuk dapatkan lebih banyak tips, boleh juga layari Blog Tips Perkahwinan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget