.

Showing posts with label #MH17. Show all posts
Showing posts with label #MH17. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Esok merupakan hari berkabung bagi seluruh rakyat Malaysia yang bakal menerima 20 jenazah mangsa tragedi MH17.

Kesemua jenazah dijangka tiba esok pagi dan kerajaan telah mengumumkan bahawa esok adalah hari berkabung untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Berikut merupakan peraturan ISTIADAT BERKABUNG yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kita sebagai umat Islam, sama-samalah kita sedekah kan bacaan Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam agar roh mereka tenang dan di tempatkan bersama golongan Beriman. Amin.

Friday, July 18, 2014

Ini hanya kemungkinan dan boleh jadi juga salah satu faktor kejadian pesawat MH17 ditembak jatuh.

Kalau dilihat dari gambar, memang tak jauh beza pesawat MAS MH17 ini dengan pesawat yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin.

Apa pun berkemungkinan terjadi dan jika ini terjadi, pihak bertanggungjawab haruslah dibawa kemuka keadilan.

Apapun ini semua adalah perancangan Allah SWT yang Maha Agung.

Kita sebagai umat Islam perlu redha dengan ketentuannya dan sama-sama kita berdoa agar keluar mangsa tabah menghadapi dugaan besar ini.

#alfatihah.

Assalamualaikum.

Satu lagi berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, iaitu berita pesawat MAS MH17 telah terhempas di sempadan Ukraine - Russia.

Pesawat MH17 ini dilaporkan telah ditembak oleh pihak yang belum dapat dipastikan di kawasan bergolak antara Russia dan Ukraine.

Berita ini sangat menyedihkan bagi kita seluruh rakyat Malaysia umumnya dan khasnya bagi ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH17 ini.

Semoga ahli keluarga krew dan penumpang tabah menerima dugaan ini ditambah pula bagi keluarga beragama Islam yang akan menyambut Aidilfitri tak lama lagi.

Moga tabah kesemuanya atas dugaan ini. Al - Fatihah semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget