.

Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Monday, September 25, 2017

Masih ada lagi ke bisnes atau syarikat yang tidak menggunakan sosial media seperti Facebook, Instagram atau Massanger sebagai medium marketing mereka?

Jika belum Ada, memang rugilah mereka itu kerana Facebook, IG dan lain-lain sosial media adalah lubuk generasi melenial berkumpul.

Generasi yang lahir pada tahun 90an adalah mereka yang kerap menggunakan sosial media ini.

Menggunakan FB dan sosial media lain akan memberi kelebihan kerana FB ada lebih 2 billion pengguna, Massanger pula ada 1 billion pengguna manakala IG ada 700 ribu pengguna dan semakin bertambah.

Jadi, gunakan lubuk ini untuk mengembangkan bisnes kita.

Saturday, July 2, 2016

Mengurus sesebuah perniagaan itu memang banyak cabarannya.

PEKERJA BERSILIH GANTI

Antaranya adalah cabaran dalam mengekalkan kesetiaan pekerja atau ahli dalam team.

Kebiasaannya, pekerja akan berpindah dari satu syarikat ke syarikat lain.

Tak ada apa yang kita boleh lakukan jika keinginan mereka sudah begitu.

Takkan kita nak paksa mereka untuk setia dengan kita.

Apa yang boleh kita sebagai pendiri bisnes lakukan adalah dengan memberi ganjaran kepada yang masih setia.

GANJARAN KEWANGAN ATAU JAWATAN

Ganjaran mungkin dari segi kewangan ataupun kenaikan jawatan.

Kenaikan jawatan biasanya membawa kepada kenaikan gaji atau elaun.

Inilah ganjaran kepada kesetiaan.

Sunday, June 26, 2016

Bersesuaian dengan kedatangan Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, maka sekalian umat Islam yang berkemampuan akan berbelanja untuk persalinan baru.
.
Persalinan baru yang bakal kita pakai pada pagi Aidilfitri nanti sempena meraikan kemenangan setelah berjaya berjuang selama sebulan kita berpuasa.
.
Antara salah satu lokasi baru yang menjadi kegilaan ramai terutamanya wanita untuk membeli belah adalah Bangi.
.
Bangi tu besar. Lebih spesifik bersebelahan PKNS Bangi.
.
Tekan jer Waze tu, cari Kompleks PKNS Bangi, jumpalah kawasan ini nanti.
.
Admin nak post pasal tempat ini sahaja ya, bukan nak cerita kedai-kedai yang ada di sini.
.
Kedai banyak sangat.
.
Cerita kedai nanti admin Posting lain pulak.
.
Memang kegilaan dunia fesyen Muslim dan muslimah yang pelbagai.
.
Ada jubah lelaki dan wanita, baju kurung, dan banyak lagila.
.
Yang penting ia up-to-date.
.
Ini yang paling penting dalam dunia fesyen. Perlu up-to-date.
.
Bukan saja satu butik terkemuka, malahan ada berpuluh butik pakaian ada di Bangi nie.
.
Pilihlah mana-mana butik agar memberi kepuasan.
.
Berjalan di kota fesyen Bangi ini memang membuka minda.
.
Memang menjadi fenomena baru fesyen Muslim dan Muslimah di negara kita ini.
.
Moga kawasan ini akan terus menjadi tumpuan dan terus berkembang.
.
Banyak kebaikannya dengan kewujudan kawasan seperti ini terutamanya dari segi ekonomi setempat.
.
Pada yang belum ada Persalinan raya tu, bolehla usha2 kat Bangi nie.

Wednesday, April 20, 2016

Air laut yang berombak takkan menyebabkan katanya sesebuah kapal itu. Tetapi kebocoran kapal yang menyebabkan air laut menenggelamkan sesebuah kapal itu perlahan-lahan.

Inilah hakikatnya persekitaran dalam mempengaruhi bisnes kita dan diri kita secara tak langsung.

Persekitaran yang negatif takkan menjatuhkan kita secara mendadak. Ia akan menjatuhkan kita sikit demi sedikit.

Sebagai contoh, persekitaran bisnes yang dikelilingi oleh Kemewahan tanpa kesedaran yang tinggi akan memusnahkan bisnes perlahan-lahan.

Habis duit bisnes dikikis sedikit demi sedikit untuk kemewahan diri.

Akhirnya, bisnes yang kecundang.

Oleh itu, pilihan tentang persekitaran dari segi networking dan kejiranan bisnes juga sangat penting.

Seelok-eloknya kita pilih persekitaran yang positif dan produktif.

Thursday, March 31, 2016

Bisnes kena ada kedai nie mitos yang semakin lenyap sejak kewujudan social media.

Kalau dulu mungkinkah mitos nie ada benarnya sebab dulu tak wujud social media yang menjadi tempat kita berurusniaga.

Tapi, ramai peniaga berjaya yang bermula tanpa kedai.

Mereka berniaga secara berpindah-randah.

Kalau ikutkan konsep Nabi Muhammad SAW pun tak mempunyai premis atau kedai semasa mula berniaga.

Baginda Rasulullah SAW hanya berniaga secara trading.

Berniaga secara berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kalau dilihat pada masa sekarang ia lebih kurang seperti konsep berniaga pasar malam ataupun pasar tani dan semakin popular sekarang "food truck".

Tiada sewaan kedai yang tetap dan tiada sewaan yang tinggi.

Sewaan kedai nie sangat sinonim dengan kos yang tinggi dan mesti dibayar setiap bulan.

Ada jualan atau tidak, sewa tetap kena bayar.

Kalau ikutkan pengalaman aku sebagai peniaga khidmat katering untuk majlis perkahwinan, kami beroperasi lebih dari 2 tahun di rumah sebelum berani untuk menyewa kedai.

Nak sewa kedai pun kami sangat berkira dengan kadar sewaannya kerana kami berkira-kira dengan komitmen bulanan.

Alhamdulillah sekarang kami mampu menyewa kedai untuk operasi bisnes katering perkahwinan yang sangat mencabar.

Dengan persaingan yang tinggi, kami perlu memastikan kos terjaga disamping kualiti servis dan makanan terjamin.

Bagi peniaga baru yang ingin mula berniaga, elakkan dari menyewa kedai yang melibatkan kos yang tinggi.

Kalau perlukan kedai juga, sewa yang murah-murah dulu.

Kalau boleh kongsi kedai dengan penyewa lain, kongsi jer dulu.

Kalau dah sewa pula, jangan buat renovasi melampaui batas. Renovasi pun buat ala kadar jer.

Renovasi seminima yang boleh kerana kita perlu tumpukan lebih kepada operasi harian dan marketing.

Lebihkan kos pada marketing dan bukan pada renovasi dan atau sewaan kedai.

Monday, February 1, 2016

Kemahiran meletak harga sesuatu barang atau servis adalah satu kemahiran yang paling penting.

Sebab kalau salah letak harga, ia beri kesan kepada bisnes.

Kalau letak mahal sangat, nanti pelanggan tak beli.

Kalau letak murah sangat, nanti kita yang rugi.

Memang pening kalau nak memikirkan harga yang bersesuaian.

Nak senang, lebih baik kita tentukan harga mengikut harga pasaran.

Itu jalan paling selamat.

Jangan letak harga rendah sangat kerana anda akan merosakkan nilai pasaran.

Lagi satu, harga rendah akan menjejaskan kualiti kerja kita kerana mentaliti kita akan terpengaruh dengan harga murah = kualiti rendah.

Pelanggan Nak Murah Tapi Nak Kualiti Tinggi

Tapi pelanggan takkan berfikiran begitu.

Bagi pelanggan, mereka akan mencari harga yang murah, tapi nak berkualiti. Faham-fahamla ya.

Akibatnya, kalau kita menjual dengan harga murah, memang kitala yang parah dikemudian hari.

Akibatnya kita yang tanggung.

Memang tersepit kita di antara pelanggan dan harga. Antara kepuasan pelanggan dan kerugian.

Jadi, elakkan meletak harga terlalu rendah atau rendah dari harga pasaran.

Tipsnya, Ikut Harga Pasaran.

Ikut harga pasaran dan tingkatkan kualiti pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Saturday, January 16, 2016

Sebut jer jenama Ramly, pasti dah terbayang dalam kepala kita syarikat apa Ramly nie.

Produknya sentiasa menjadi pilihan ramai terutamanya produk burgernya yang pasti sangat sinonim dengan burger jalanan kat Malaysia nie.

Rasanya memang tiada tandingan dan mampu menandingi kualiti rasa burger McDonald dan juga Burger King.

Kini, Ramly terus mengembangkan kuasanya dengan terbinanya kilang terbaru syarikat tersebut di Pulau Indah Klang.

Dijangka, jualannya akan mencecah RM2 billion selepas kilang barunya beroperasi dijangka pada 2018.

Satu pencapaian yang sangat-sangat boleh dibanggakan dan wajar kita contohi.

Syarikat yang didirikan dengan modal RM2000 sahaja, kini mampu mencecah jualan berbillion ringgit.

Sama-samalah kita terus mencontohi syarikat ini dan teruslah kita menyokong produk syarikat ini.

Sumber: The Vocket

Saturday, January 9, 2016

Dah 9 hari berlalu untuk tahun 2016.

Dijangka 2016 adalah tahun yang mencabar, terutamanya dari segi ekonomi.

Ramai yang sedang berusaha untuk memastikan pendapatan utama terus stabil.

Ada yang dah diberhentikan kerja.

Ada yang sedang membina perniagaan sebagai #2kerja seperti yang disarankan menteri.

Yang mana dah ada #2kerja , mereka sedang membina #3kerja kerana kesempitan kewangan.

Apapun, berapa kerja sekalipun, apa yang penting adalah kehidupan dapat diteruskan bersama keluarga.

Lagi 1, bagi memastikan #2kerja anda itu meringankan, bukan membebankan adalah dengan merancang serapi mungkin.

Perancangan rapi akan menjayakan rancangan #2kerja anda itu akan meringankan bebas anda.

Kalau anda inginkan #2kerja yang melibatkan industri perkahwinan, bolehlah hubungi pihak ISDA Catering & Wedding Planner.

Mungkin anda boleh jadi agent jualan, atau mungki terus menjadi rakan kongsi di kawasan anda.

Bisnes berkaitan majlis perkahwinan Insha Allah sesuai dijadikan #2kerja kerana ia hanya memerlukan komitmen penuh pada hujung minggu sahaja.

Hari lain hanya dipenuhi dengan urusan biasa sahaja.

Wednesday, November 4, 2015

Macam susah nak dipercayai. Tapi ini adalah benar. Game bukanlah sesuatu benda yang boleh dipandang remeh sekarang ini.


Kalau kita ada kemahiran atau skills, dan menjadi pilihan ramai, diminati ramai, pasti ia akan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Dah banyak contoh syarikat yang dibina kerana minat, mampu menjana pendapatan yang lumayan dan bernilai berbilion ringgit.

Salah satu yang hampir dengan kita ialah penjualan syarikat iproperty.com yang bernilai RM2.2 billion dibeli oleh syarikat gergasi luar. Boleh ke laman thevocket.com untuk membaca cerita tentang iproperty.com ini.

Manakala link di bawah nie adalah link berita Candy Crush dibeli.

Sumber: Syarikat Game Call Of Duty Beli Syarikat Candy Crush $5.9 billion atau lebih kurang RM24 billion.

Thursday, September 3, 2015

Supplier a.k.a pembekal, memang komponen penting dalam bisnes.

Tanpa pembekal, bisnes tak akan dapat berjalan dengan lancar.

Jadi, sangat penting kita mencari pembekal yang bagus dan menepati spesifikasi yang kita tetapkan.

Tanpa pembekal yang bagus, maka banyak kerugian bakal kita tanggung.

Kerugian dari segi masa, tenaga dan paling penting, kerugiaan dari segi kewangan.

Banyak beban kita akan hadapi jika pembekal tak memberi komitmen dan dalam bahasa mudahnya, pembekal hampeh.

Sekian.

Wednesday, June 17, 2015

Lagi satu entry yang buat syarat untuk pastikan blog terus bernyawa.

Walaupun nyawa-nyawa ikan di darat jer.

Apapun, diucapkan selamat menyambut dan mengharungi Ramadhan tahun ini.

Semoga kita di beri kan kesihatan untuk meneruskan ibadah puasa selama sebulan disamping ibadah lain.

Jika ingin membuat jamuan berbuka puasa dan mencari katering, boleh le FB ISDA Catering.

Kalau nak Ayam Berempah Frozen yang boleh di goreng terus untuk simpanan di rumah dan dijadikan hidangan segera semasa berbuka mahupun bersahur, boleh ke FB ISDA Lazat.

Heheh, sempat promosi sikit.

Sekali lagi diucapkan salam Ramadhan kepada yang sudi baca post ini.

Wednesday, February 18, 2015

Memang menjadi idaman ramai antara kita untuk memegang status seperti Billionaire Termuda Dunia ini.

Siapa yang tak nak menjadi kaya, lebih-lebih lagi terkaya.

Tapi inilah yang berlaku kepada wanita berusia 24 tahun dari Hong Kong, Perenna Kei yang sekarang memegang status Billionaire Termuda Dunia.

Status terbaru ini telah membuatkan pengasas bersama Facebook, Dustin Moskovitz yang berusia 29 tahun.

Sumber Gambar: majalahinovasi.com

Tetapi, berbanding Dustin Moskovitz, kekayaan Perenna Kei adalah diwarisi dari kekayaan ayahnya, Ji Haipeng, Pengerusi dan juga CEO syarikat Logan Property Holdings. Bukan diperolehi sendiri.

Nilai kekayaan Perenna Kei dianggarkan bernilai $1.3 billion atau lebih kurang RM4.55 billion ($1 = RM3.5)

Apa yang kita boleh pelajari dari sini adalah, untuk menjadikan anak kita kaya atau berjaya, kita perlu binakan kekayaan atau kejayaan mereka.

Dan lagi satu, dengan menjadikan anaknya adalah Billionaire Termuda Dunia, syarikat bapanya juga mendapat promosi mudah dan mendapat kredibiliti tinggi di mata dunia.


Sumber: New Youngest Billionaire

Thursday, January 29, 2015

Mentaliti yang dimaksudkan adalah mentaliti untuk berniaga dan ubah mentaliti sekarang iaitu mentaliti makan gaji.

Bukan makan gaji itu tak bagus, tapi ia kurang memberi manfaat kepada orang lain.

Dan lagi 1, cabaran makan gaji adalah seperti artikel di bawah nie.


Kita kekurangan syarikat Melayu bumiputera yang berskala besar di Malaysia nie.

Inilah yang menjadikan graduan Melayu akan terpinggir jika keputusan mereka sekadar cukup cukup makan.

Berbeza dengan syarikat yang dimiliki oleh Bangsa Cina. Kita tengok senarai 100 terkaya di Malaysia pun kita dah boleh jangka bilangan syarikat di bawah mereka.

Jadi, sebagai langkah permulaan, kita bersama ubah mentaliti kita sendiri dari mentaliti makan gaji kepada mentaliti berniaga.

Jika kita mulakan dari sekarang, dalam masa 10 tahun lagi, Insha Allah masalah seperti dalam artikel di atas kita akan dapat atasi.

Sebagai permulaan, boleh download ebook percuma keluaran Tn Raja Kamil di sini ==> Ebook Percuma, Tips Bisnes Tepi Oleh Raja Kamil

Tuesday, January 27, 2015

Ebook percuma yang sesuai dibaca oleh semua orang.

Tak kisahlah blogger, peniaga mahupun orang yang makan gaji.

Tips yang Tn Raja Kamil kongsikan ini sangat mudah dan senang dipraktikkan.


Tips untuk buat duit secara part time.

Jadi, apa tunggu lagi? Download percuma. Tak perlu nak subscribe pun.

Terus boleh download dan terus praktikkan untuk mula menjana pendapatan sampingan.

Boleh download di blog Tn Raja Kamil - Ebook Percu, Tips Bisnes Tepi.

Benda bagus apa salahnya kita kongsi bersama agar dapat manfaat bersama.

Terima kasih kepada Tn Raja Kamil kerana menulis buku ini dan terima kasih kerana menyebarkan buku ini secara percuma.

Moga Tn Raja Kamil dan keluarga terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget