.

Showing posts with label Cerita Blogger. Show all posts
Showing posts with label Cerita Blogger. Show all posts

Wednesday, March 16, 2016

Baca blog post neilpatel.com tentang penulisan blog yang kurang dari 3000 patah perkataan mampu menarik lebih ramai pembaca.

Itu tak dinafikan sebab sekarang nie kebanyakan pembaca blog membaca melalui smartphone.

Skrin kecik, lebih sesuai baca post yang tak terlalu panjang.

Lagi satu, smartphone dengan data yang perlahan, akan menyebabkan loading blog yang bertulisan panjang menjadi lambat.

Kalau dah lambat tu, percent nak ditutup memang tinggi.

Aku pun kalau blog lambat loading, tutup jer.

Sebarang nie zaman semua nak cepat. Yang lambat memang akan tertinggal dan ditinggalkan.

Jadi, lepas nie, blog razishamit.com akan tulis post sedang-sedang jer.

Nak post panjang-panjang memang tak la.

Thursday, February 19, 2015

Fenomena dunia blogging dan internet berinformasi dimeriahkan lagi dengan kehadiran satu laman baru yang masih segar bugar.

Laman tersebut adalah The Vocket. Hasil idea dan kreativiti Tn Fazreen yang juga seorang blogger, bersama teamnya berjaya mewujudkan The Vocket.


Logo yang simple, tetapi membawa 1001 harapan dan impian team The Vocket.

Dalam bulan pertama kemunculannya, the Vocket telah berjaya menjadi Blog Of The Month untuk Innity.

Syarikat pengiklanan yang terkenal di kalangan blogger Asia.

Manakala dari segi view, The Vocket telah mencapai view sebanyak lebih dari 3 juta sejak 2 bulan kemunculannya.

Terbaru statistik The Vocket yang kami ambil dari Laman FB Tn Fazreen.

Statistik ini memang sangat WOW.

Apa yang kita boleh pelajari hasil dari penubuhan The Vocket ini adalah banyak.

Antaranya adalah 5 yang telah tersenarai di bawah ini.

1. Kerja Berpasukan

Kekuatan yang paling nyata adalah The Vocket dibina secara berpasukan diketuai oleh Tuan Fazreen.

Kerja Berpasukan memberi banyak kelebihan kerana banyak kepala mampu berfikir dan yang paling penting, banyak content penulisan dapat dihasilkan.

Lain individu, lain kepakarannya dan lain content sumbangannya.

2. Konten yang berisi dan berinformasi.

Pembaca blog semakin pandai memilih konten yang mereka ingin baca.

Mereka takkan membaca blog yang bercerita kosong semata-mata.

Jadi, The Vocket antara sumber pilihan ramai pembaca kerana kontennya yang berilmu dan memberi informasi.

3. Memilih Partner Yang Sesuai.

Satu lagi kekuatan The Vocket yang menjadi perbezaan dengan blog atau blogger lain adalah pemilihan partner.

The Vocket telah memilih untuk bernaung di bawah ABS Holdings yang kepakarannya adalah mengembangkan bisnes dan jenama bisnes.

Dengan kerjasama ini, Team The Vocket dapat menumpukan sepenuhnya pada penghasilan konten berkualiti manakala team ABS akan menumpukan pada penjenamaan dan pengembangan lagi jenama The Vocket.

4. Berpandangan Jauh.

Satu lagi perkara yang perlu ada pada semua blogger. Berpandangan jauh dan luar dari kebiasaan.

The Vocket sangat berpandangan jauh dalam pengembangan jenamanya.

Ini terbukti dengan kerjasama teknikal dengan Astro, Astro Radio dan banyak lagi syarikat media terkemuka Malaysia.

5. Meletakkan Nilai Kita Tinggi

Nilai Kita, kita yang tentukan.

Jadi, letakkan nilai kita di kadar yang tinggi agar kita lebih dipandang tinggi dan secara tak langsung kualiti kita akan menjadi tinggi.

Contohnya, The Vocket meletakkan nilai advertorial di lamannya setinggi RM25,000. Sangat tinggikan? Jadi, setkan nilai kita setinggi yang boleh.

Jangan takut orang tak pilih kita, lebih baik kita takut akan kualiti kita pada jangka masa panjang.

Jangan letakkan nilai kita rendah kerana orang akan pandang kita rendah.

Tuesday, February 3, 2015

Kalau betul jalannya, betul strateginya, tak mustahil nak buat duit dengan blogging.

Tak kisahlah blogger Malaysia atau blogger luar Malaysia.

Ini kisah blogger Luar Malaysia yang aku dah follow sejak aku mula berblogging nie.

Income tahunannya $946,256. Kalau convert ke Ringgit, lebih kurang RM3.3 juta. (Guna rate 3.5)

Rujuk gambar di bawah untuk buktinya.


Blogger ini memang akan kongsikan pendapatan beliau setiap bulan dan inilah jumlah pendapatan setahunnya untuk tahun 2014.

Memang memotivasikan pendapatan Blog Pat Flynn ini.

Apapun, usaha pasti seiring dengan ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan ini.

Pada yang ingin menambah ilmu blogging, boleh belajar di sini ILMU Blogging

Dah ada ilmu set up Blog, nak buat duit dengan Blog pun kena ada cara, lubuk dan ilmu, cara paling mudah buat duit dengan Blog.

Caranya dengan affiliate, affiliate yang agak terkenal di Malaysia adalah klikjer.

Apapun caranya, apa yang penting, kita kena cuba dan praktik. Insha Allah berjaya.

Cepat atau lambat jer penentunya.

Sunday, February 1, 2015

Baru bulan pertama 2015 berlalu, misi blog Perkongsian RH ini dah gagal.

Kalau ikutkan perancangan, sehari sekurang-kurangnya post 1 entry.

31 hari bermakna dapat 31 post entry.

Tapi gagal nak capai sebab agak sibuk di hujung bulan.

Kalau ikutkan momentum dari awal bulan, memang tak mustahil boleh capai.

Tapi oleh kerana kesibukan menguruskan 2 majlis perkahwinan yang diamanahkan kepada ISDA Catering & Wedding Planner pada 31.1.15 iaitu semalam, terus tak dapat kekalkan momentum menulisnya.

Nak menguruskan majlis kahwin orang memang memakan banyak masa dan komitmen.

Jadi, pada bakal pengantin yang bakal menamatkan zaman bujang tahun 2015 ini, bolehla lawat laman ISDA Catering & Wedding Planner jika nak dapatkan pakej yang menarik.

Kami akan cuba bantu anda menguruskan majlis dan memudahkan urusan majlis perkahwinan anda.

Tapi tertakluk pada bakal pengantin di KL, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja.

Negeri lain belum ada cawangannya.

Harap bulan 2, yang bermula hari ini, akan dapat capai 28 post entry atau lebih.

www.isdacatering.com

Friday, January 23, 2015

Pada dasarnya memang yang ramai berblog kerana pendapatan tambahan. Tapi ia tak lah semudah disangka dan ia juga tidak sesusah disangka.

Yang diperlukan untuk berjaya buat duit dengan blog adalah ilmu dan usaha.

Ilmu kalau tak ada usaha memang takkan jadi jugak.

Macam tu sebaliknya, kalau usaha dan banyak, tapi tiada ilmu, memang takkan menjadi juga.

Kat gambar ini adalah cara buat duit melalui blog yang dikongsikan oleh Top Blogger Antarabangsa, Problogger.net.


Secara umumnya, ada 7 cara utama untuk buat duit dengan blog seperti gambar di atas.

Untuk bacaan lebih lanjut dan lengkap, boleh baca artikel lengkap di blog problogger.net di link di bawah.

Sumber: Helping blogger to Make Money From Blog - Problogger.net

Saturday, January 17, 2015

Memang tak sangka langsung, lebih dari 100 blogger yang tinggalkan link blog mereka untuk dimasukkan ke dalam blogwalking list blog Perkongsian RH ini.

Mulanya tak yakin boleh cegah 100 blog. Sekali post kat FB group blogger, memang mendapat sambutan hangat.

Siap kena buat list ke2. List pertama dah lebih 100 blogger. Lebih tepat 110.


List kedua pula dah semakin cecah 100. Kalau mencecah 100 jugak, maka kena bukak list ke3 lah jawabnya.


Sampai hari ini tak habis update lagi. Pada yang belum dimasukkan tu tunggu ya.

Insha Allah akan cuba masukkan semua yang.

Apapun terima kasih pada semua rakan blogger yang tinggalkan link blog mereka samaada di komen post atau di FB Group.

Semoga usaha kecil ini dapat memeriahkan lagi dunia blogging.

Seterusnya dapat mengenali lebih banyak blogger dan blog anda semua.

Sekian.
Razishamit

Friday, January 16, 2015

Tahun 2015 dah 2 minggu berlalu. Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua rakan blogger.

Misi terbaru blog Perkongsian RH adalab mencari Blog sebanyak mungkin untuk mengisi senarai blogwalking list di side bar blog ini.


Untuk dimasukkan dalam senarai blogwalking list blog Perkongsian RH ini, cuma perlu tinggalkan komen di entry ini.

Lepas tu link blog anda akan dimasukkan.

Taknak pertukaran link pun tak apa. Kalau nak letakkan link blog ini di blog anda lagilah dialu-alukan.

Jadi, apa lagi, komen dan tinggalkan link blog anda ya.


Thursday, January 1, 2015

Tahun 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya. Dan 2015 pun baru sahaja menjelang.

Selamat Tahun Baru 2015 diucapkan kepada pembaca Blog razishamit.com ini.


Seperti tahun baru yang kebiasaannya dipenuhi dengan azam baru, begitu juga aku.

Azam baru 2015 adalah menyempurnakan Azam 2014 yang belum tertunai.

Antara yang belum tertunai adalah azam berkaitan blogging iaitu penempatan blog ini agar mampu menjana pendapatan lebih konsisten.

Manakala azam 2014 untuk bisnes yang belum tertunai adalah mempunyai lokasi atau dewan khas untuk melangsungkan perkahwinan sendiri di bawah jenama Laman Cinta ISDA.

Ini antara azam yang besar yang belum tertunai. Azam kecik kecik ada banyak lagi.

Tahun 2015 ini akan ada azam baru antaranya aku sasarkan blog ini akan berada dalam senarai top 500 blog di Malaysia ini.

Sekarang level jauh, beribu ribu (kalau ikut ranking Alexa.com)

Manakala untuk bisnes, azamnya adalah nak menambah cabang bisnes dalam bidang trading, pertanian, event, dan internet marketing menerusi blog razishamit.com ini.

Sunday, November 30, 2014

Alhamdulillah. Tepat tengah malam nie masuklah kita ke bulan terakhir 2014. Bulan disember. Sekejap jer kan rasanya dan masuk bulan 12.


Untuk blog ini, banyak pembaharuan dan aku buat pada bulan November ini. Salah satunya aku upgrade ke domain dot com. Dari razishamit.blogspot.com ke www.razishamit.com

Kalau ikutkan, aku dah berblogging sejak 2008. Tapi blog ini aku wujudkan sejak 2011 lagi. Lama jugakla tu. Dah lebih kurang 3 tahun wujudnya blog ini.

Blog sebelum ini ada lagi. Cuma kurang update dan aku lebih fokus kat blog Perkongsian RH ini.

Sebelum ini memang suam suam kuku jer blog ini sebab update pun sebulan 5 atau 6 jer. Paling banyak pun 10 atau 11.

Tapi bulan 11 nie memang luar biasa mood nak update blog nie. Sampai 46 posting dapat dipublish bulan ini. Termasuk post yang ini adalah 47.

Paling banyak setakat ini. Average 1 hari 1.5 posting aku publish. Kita taip tiap harila aku update Blog ini.

Untuk bulan 12 yang akan tiba beberapa jam jer lagi nie, aku harap dapat terus kekal update blog perkongsian RH ini supaya ia terus kekal ada dalam dunia blogging yang semakin mencabar.

Gaya penulisan tetap akan sama, aku akan tabur jer, tak nak skema sangat. Tapi tetap ada batas bahasa aku akan ikut. Taklah tabur sangat pun sebenarnya.

Dan paling penting, harap blog ini akan terus naik dan naik pembacanya. Sekarang setakat cukup cukup makan jer.


Itu untuk blog, untuk bisnes tak banyak perbezaan macam bulan bulan sebelumnya.

Sibuk tetap sama cuma bertambah sikit sebab dah mula cuti sekolah.

Harapan untuk bisnes di bulan 12 pula macam biasalah, nak sales naik berganda ganda untuk tahun depan 2015.

Staff baru akan masuk lagi 2 orang. So, memang kena push mereka buat sales banyak banyak dan banyak.

Semoga bulan 12 ini kita lebih cemerlang. Cemerlang dunia dan cemerlang ke arah akhirat. Amin

Wednesday, November 26, 2014

Dah lama jugak aku tak join segmen atau giveaway. Nie baru nak join. Join segmen bloglist blogger diarijejakahangat.com a.k.a DJH.

Sambil join segmen bloglist ini, korang juga boleh berpeluang menang RM10 tunai dengan jadi pelawat bertuah di blog Perkongsian RH ini.

Peraduan ini tak ada kena mengena dengan Segmen Bloglist DJH ini.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pencarian bloglist bagi bulan Disember 2014 di Diari Jejaka Hangat bermula pada hari ini, 24 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 November 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk Segmen Bloglist Disember DJH 2014   
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
    Senang dan mudah kan?

    Mereka yang bertuah akan dipilih untuk masuk dalam bloglist DJH untuk bulan Disember dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Diari Jejaka Hangat  ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada. 1 Disember 2014.


    Kredit untuk Kak Mialiana

    Friday, November 21, 2014

    Mencari templates untuk blog memang agak memeningkan. Melainkan anda seorang blogger yang tak kisahkan tentang template blog anda.

    Sample Templates Blogger Blogspot

    Tapi bagi blogger yang mengambil berat kecantikan dan kesimplean blog mereka, pasti mereka akan pening mencari template terbaik untuk blog mereka.

    Templates ini bergantung pada cita rasa blogger masing masing.

    Tapi perlu dititikberatkan kerana pemilihan templates yang betul akan membantu anda menarik trafik yang banyak dari Google Search. Maksudnya, templates blog mesra SEO. Ini sifu Blogger Blogspot - Tn Hasrul Hassan bagi tips.

    Ada blogger yang lebih suka yang simple, contohnya blog Abangensem.com. Simple dan tenang jer nak baca blognya.

    Ada juga yang suka banyak column untuk senang letakkan banner iklan, link blog dan macam macam lagi.

    Tapi kebanyakkan blogger akan letak yang simple jer template blog mereka. Blog dengan 2 column selalu menjadi pilihan mereka.

    Aku pun pilih 2 column jer sebab taknak serabutkan blog. Kalau dulu memangla, kalau boleh ada yang 10 column templates itulah yang akan aku gunakan.

    Templates Blog Yang Aku Guna Sekarang
    Tapi itu dulu ya.

    Oleh sebab aku guna platform blogspot, aku biasa ambil template di laman Btemplates - Free Blogger Templates for your Blog

    Insha Allah anda akan dapat apa yang anda kehendaki.

    Lagi 1, bagi anda yang buat bisnes online, boleh juga gunakan blog platform blogspot ini sebagai minisite anda. Rahsia Menjadi 'PRO' Dalam Rekaan Minisite Menggunakan Blogspot

    Tak perlu keluarkan modal besar membeli hosting jika anda baru nak berjinak dalam online bisnes. Guna jer platform blogspot sebagai minisite.

    Tapi kenala dapatkan panduan dari yang pakar di Rahsia Menjadi 'PRO' Dalam Rekaan Minisite Menggunakan Blogspot

    Monday, November 17, 2014

    Keywords yang membawa trafik ke Blog Perkongsian RH ini agak menarik minggu ini.

    Ini jerla sumber trafik Blog Perkongsian RH yang tak seberapa ini.

    Seperti biasa, entry berkaitan pengantin, perkahwinan menjadi penyumbang utama mingguan dan bulanan.

    Semoga tips perkahwinan yang dikongsikan di Blog Perkongsian RH ini dapat membantu bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga.




    Penyumbang kedua terbanyak adalah Lost world Of Tambun. Tempat percutian bajet dan mampu pergi. Entry yang pastinya dicari oleh ramai ibubapa yang sedang merancang percutian hujung tahun ini. Keywords Asus Zenfone pun memberi sedikit sumbangan trafik. Harap lebih banyak carian dari Search Engine masuk ke Blog ini sebab nak harap kekerapan update, memang akan gagal sebab kekangan masa antara bisnes dan Blog ini.

    Thursday, November 13, 2014

    Semakin banyak blogger timbul dan tenggelam sejak kebelakangan ini.


    Ada blogger baru yang terus berjaya mendapatkan ramai pembaca kerana kualiti tulisan mereka seperti blog thevocket.com

    Ramai juga blogger otai yang tak update blog mereka kerana kekangan masa untuk mengemaskini blog mereka.

    Terutamanya bagi blogger separuh masa yang ada komitmen kerja. Tapi kebanyakan mereka masih aktif berblogging kerana berblog adalah passion, minat dan sudah menjadi darah daging mereka.


    Walaupun industri blogging semakin meriah, ada beberapa ciri blog yang akan aku selalu kunjungi.

    Samaada sebagai sumber bacaan santai mahupun penambah ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan juga blogging.

    5 ciri-ciri blog yang akan selalu aku kunjungi adalah:

    1. Kerap dikemaskini (Kerap Update)

    Entry baru akan menarik aku untuk baca blog tersebut. Biasalakan, nak buat apa lawat blog kalau tiada update baru.

    Melainkan termasuk dari Search Engine sebab kita cari maklumat tertentu dan maklumat yang kita cari ada dalam blog tersebut.

    Contohnya Blog hasrulhassan.com yang selalu up to date blognya.

    2. Tulisan yang ringkas

    Tulisannya ringkas tapi padat dengan isi. Tulis apa yang perlu sahaja, tak perlu intro atau terlalu berbunga bunga tanpa isi.

    Lebih baik terus kepada isi (straight to the point).

    Rasanya, mana-mana pembaca pun akan suka blog yang ringkas dan padat. Tak perlu nak baca panjang-panjang untuk dapatkan isi pentingnya.

    Contoh: Blog Abangensem.com

    3. Blog kongsi ilmu dan tips.

    Satu kelebihan internet yang perlu kita manfaatkan adalah ilmu dan tips yang banyak dikongsikan secara percuma mahupun berbayar.

    Jadi, para blogger yang banyak kongsikan tips adalah menjadi pilihan aku untuk selalu singgah.

    Contoh Blog: Blog Denaihati.com

    4. Blog Yang Senang Di Baca Menggunakan Phone

    Rasanya mana-mana pembaca Blog pada masa kini akan baca Blog atau apa saja informasi di internet menggunakan smartphone.

    Smartphone dah semakin canggih dan memudahkan akses internet.

    Jadi, Blog yang Mudah di baca dan boleh baca di mana-mana sahaja akan jadi pilihan.

    Dalam kereta pun boleh baca.

    Contoh: Blog thevocket.com

    5. Blog Tak Terlalu Banyak Iklan.

    Lagi satu ciri Blog yang aku akan dan suka baca adalah Blog yang tak banyak iklan.

    Maklumlah, aku biasa baca Blog guna smartphone, kalau Blog banyak iklan, memang tak boleh atau susah nak dibaca.

    Jadi, tutup jerla walaupun tajuknya menarik minat untuk dibaca.

    Contoh: Blog kujie2.com

    Sunday, November 2, 2014

    Ini antara keywords popular yang membawa trafik ke Blog Perkongsian ini.

    Sejak baru nak aktif balik berblogging nie, kenala update keywords untuk dijadikan sumber rujukan masa hadapan.


    Keywords berkaitan perkahwinan masih menjadi sumber utama trafik ke blog ini.

    Harap aku dapat terus konsisten menaikkan semula blog ini.

    Domain pun dah upgrade, kenala terus bekerja keras untuk naikkan.

    Saturday, November 1, 2014

    Kalau buka guna web browser mungkin orang boleh baca.

    Tapi kalau pakai phone, smartphone, macam yang aku screenshot nie, memang tak nampaklah gamaknya.

    Kalau buka guna web browser pun, dah tentu semak samun dengan iklan jugak.

    Jadi, berpada-padalah nak letak iklan tu.

    View iklan mungkin tinggi, tapi jumlah klik belum tentu lagi sebab penuh sangat dengan iklan.

    Jadi, kurangkan iklan, lebihkan content ya.



    Thursday, October 30, 2014

    Berdasarkan survey dan pembacaan sendiri, antara entry yang kerap menarik perhatian pembaca Blog adalah entry yang berkaitan blogging itu sendiri dan berkaitan dengan Hiburan.


    Ramai Pembaca Blog adalah pemilik Blog. Maka mereka sangat perlukan informasi untuk meningkatkan kualiti Blog mereka.

    Jadi, saya senaraikan 3 Jenis entry yang mudah menarik pembaca untuk membaca.

    1. Entry berkenaan Panduan Menarik Trafik Ke Blog.
    - Segala entry yang berkongsi tentang trafik Blog akan mampu menarik minat pembaca terutamanya pembaca yang mempunyai Blog sendiri.
    - Trafik sentiasa menjadi sasaran blogger.
    - Ini kerana, tanpa trafik, Blog ibarat Hidup Segan, Mati Tak Mau.
    - Jadi, sebarang entry terutamanya dari otai blogger yang berkaitan dengan trafik akan menarik pembaca.

    2. Entry Cara Buat Duit Dengan Blog.
    - Satu lagi entry yang sentiasa menjadi carian para blogger mahupun orang yang sedang mencari sumber pendapatan sampingan.
    - Buat Duit Dengan Blog boleh dikategorikan mudah kerana modal yang perlu dikeluarkan tak banyak.
    - Jadi, entry buat duit dengan Blog memang akan menarik minat pembaca.
    - Oleh itu, jika anda blogger yang dah mula buat duit dengan Blog, elok kongsikannya di Blog agar menarik lebih ramai pembaca.
    - Walaupun income itu hanya 2 atau 3 ringgit. Ia adalah perkongsian yang baik sebagai motivasi diri dan pendorong blogger baru.

    3. Entry kontroversi Artis mahupun Selebriti.
    - Entry gosip artis dan Selebriti akan menjadi pilihan kerana sudah menjadi lumrah manusia yg sukakan gosip.
    - Kalaupun gosip itu bukan cerita sebenar, ia tetap menarik pembaca untuk membacanya.
    - Apapun, entry ini kurang digalakkan jika Blog anda fokus kepada bidang lain.
    - Entry gosip ini lebih kepada publisiti dan tak menaikkan kredibiliti anda sebagai blogger.
    Entry ini sesuai untuk Blog yang memang fokus pada entry hiburan semata-mata.

    Diharap entry ini dapat membantu. Kepada anda yang ada idea lain, bolehlah kongsikan di sini untuk rujukan kita semua rakan blogger.

    Sunday, October 19, 2014

    Sesiapa pun dalam dunia nie minta dijauhkan dari sebarang bencana atau dugaan. Tetapi siapa boleh elakkan jika sudah ditakdirkan.

    Cuma perlu terima dengan penuh keredhaan dan teruskan kehidupan.

    Inilah yang menimpa rakan blogger yang rumahnya telah hangus terbakar dijilat api.



    Kebakaran ini memusnahkan keseluruhan rumah mereka dan sekarang mereka tinggal sehelai sepinggang.



    Apapun syabas diucapkan kepada Top Blogger, Denaihati atas usaha mereka menjalankan kempen 1 komen 1 ringgit mereka dermakan kepada rakan blogger yang ditimpa kebakaran.

    Anda perlu komen jer. Itu jer anda perlu buat. Tak perlu keluarkan duit anda.

    Usaha anda hanya perlu komen di entry yang link di bawah:

    1 Komen, RM1 Akan didermakan.

    Jom komen dan bantu keluarga rakan blogger ini.

    Sekian.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Get this widget