.

Showing posts with label Gosip Perpindahan. Show all posts
Showing posts with label Gosip Perpindahan. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Akhirnya Juan Cuadrado menjadi pemain terbaru dibeli oleh Chelsea di jam-jam terakhir jendela perpindahan.

Memang menjadi kebiasaan, perpindahan saat terakhir ini lebih dramatik dan menarik.


Perpindahan Cuadrado dari kelab Itali, Fiorentina ke Chelsea ini bernilai £26.8 juta.

Dan M.Salah, akan dipinjamkan ke Fiorentina oleh Chelsea sebagai salah satu terma perpindahan.

Selain perpindahan masuk ini, Chelsea juga telah menjual pemain Andre Shurle ke Wolfburg.

Nampaknya aktif Chelsea membeli dan menjual pemain di jendela perpindahan ini.

Wednesday, November 26, 2014

Berita baru dan boleh kira dah sahlah sekarang nie. Sah bahawa bekas penyerang Selangor, Paolo Rangel telah menandatangani kontrak bersama pasukan Terengganu.

Berita ini akan menguatkan gosip perpindahan Patrick Ronaldinho ke Selangor sebagai penyerang gantian kepada Rangel.

Gambar Paolo Rangel bersama pasukan pengurusan Terengganu



Selangor Cari Pemain Pertahanan Baru.

Selangor pula semakin galak mencari pemain pertahanan baru bagi menggantikan Steve Pantilidis yang tak disambungkan kontraknya.


Menurut lama FB Harimau Malaya, pemain pertahanan Australia menjadi sasaran baru selepas gosip mengatakan Selangor memancing Pemain Pertahanan antrabangsa Uruguay, Diego Lugano memang gosip semata mata.
Gosip Perpindahan terbaru bagi kem Selangor. Pemain import PKNS FC, Patrick Ronaldinho dikhabarkan akan menyertai Selangor musim hadapan.

Sekaligus menguatkan  berita perpindahan Paolo Rangel ke pasukan lain musim depan.


Ronaldinho yang juga dari Brazil adalah antara penyerang import terbaik dalam liga Malaysia.

Jadi, kalau Rangel berpindah, tapi dapat Ronaldinho pun bagus jugak. Tapi dengan harapan dapatla pemain tengah yang berkaliber.

Sumber: Stadium Astro - Kemungkinan Ronaldinho Ke Selangor Semakin Kukuh

Monday, November 24, 2014

Bayern Munich dilaporkan bakal menawarkan Shaqiri beserta wang perpindahan £7 juta kepada Man United untuk membawa Andres Harrera ke Bayern Munich.

Harrera yang baru dibeli oleh Mana United adalah antara pemain muda kegemaran Pep Guardiola.


Pemain tengah Sepanyol ini telah lama diperhatikan oleh Guardiola.

Peratus untuk perpindahan ini terjadi adalah 50 - 50 sebab Van Gaal juga adalah peminat Shaqiri yang bakal digunakan untuk menguatkan bahagian winger.


Harrera pula sudah dilihat sebagai lebihan dalam team Man United kerana Fellaini menjadi pilihan Van Gaal sekarang disamping Carrick yang sudah pulih dari kecederaan.

Apapun, kita tunggu jendela perpindahan dibuka Januari nanti. Jadi atau tidak.

Sekian.

Tuesday, November 11, 2014

El Hadji Diouf ke Sabah. Ini berita yang menarik, tapi gosip perpindahan untuk pasukan Selangor lagi menarik.

Pasukan Selangor dikhabarkan cuba membawa pemain Kebangsaan Uruguay, Diego Lugano untuk menyertai pasukan Selangor tahun hadapan.


Pemain pertahanan ini pernah mewakili Uruguay dalam Piala Dunia yang baru lepas di Brazil.

Tapi tak pasti berita ini betul atau gosip semata-mata.

Berita yang terlalu sukar untuk dipercayai. Tapi tak mustahil.

Apapun, kita tunggu dan lihat jerla gosip perpindahan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget