.

Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Wednesday, September 9, 2015

Peminat bola sepak Malaysia pasti ramai yang sudah tahu akan insiden yang berlaku di Stadium Shah Alam semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia, Malaysia vs Arab Saudi tadi.

Insiden balingan suar oleh penyokong Malaysia.

Insiden ini adalah kemuncak ketidak puasan hati penyokong Malaysia dengan FAM.

Kekecewaan ini memuncak selepas kekalahan pasukan kebangsaan 0 - 10 ke atas UAE beberapa hari yang lepas.

Tapi, insiden ini bertujuaan memalukan FAM di mata dunia.

Tetapi, secara tak langsung ia memalukan Malaysia secara amnya.

Apapun, semoga hal ini tak berulang dan berharap FAM akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Peminat semakin muak dengan FAM yang kurang berjaya dalam pembangunan bola sepak Malaysia ini.

Gambar Insiden di Stadium Shah Alam.

Tuesday, November 18, 2014


Nampaknya jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh telah menamakan 22 pemain yang bakal membawa cabaran Malaysia di pertandingan Piala AFF Suzuki 2014 yang bakal berlangsung 4 hari lagi dihoskan bersama Vietnam dan Singapura.

Selepas kekalahan 1 - 3 di tangan Vietnam pada mingu lepas, harapan untuk memenangi Piala AFF tahun ini dianggap agak mustahil berdasarkan prestasi semasa.

Tapi, sebagai peminat bola sepak Malaysia, sokongan tetap diteruskan.


22 Pemain Harimau Malaya di Piala AFF Suzuki 2014

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Farizal Marlias
Khairul Azhan

Pemain Pertahanan
Shukor Adan
Fadhli Shas
Muslim Ahmad
Afif Amiruddin
Mahali Jasuli
Azmi Muslim
Zubir Azmi

Pemain Tengah
Safiq Rahim
Hafiz Kamal
Badhri Razi
Gary Steven Robat
Azamudin Akil
S.Kunanlan
Indra Putra
Baddrol Bakhtiar

Penyerang
Safee Sali
Norshahrul Idlan talaha
Amri Yahya
Manaf Mamat

Kalau nak ikutkan senarai di atas, tak banyak boleh diharapkan dari mereka dan hanya keajaiban dan tuah akan membantu pasukan Harimau Malaya pada Piala AFF edisi ini.

Sumber : Goal.com - Senarai 22 Pemain Harimau Malaya ke AFF 2014

Friday, October 31, 2014

Jersi baru Harimau Malaya yang bakal digunakan di Piala AFF sudah dilancarkan secara rasmi oleh penaja rasmi jersi Harimau Malaya, iaitu NIKE.

Jom tengok gambar jersi baru Harimau Malaya. Nampak gah.

Harap tuah jersi baru ini dapat membawa kemenangan kepada pasukan Harimau Malaya di AFF nanti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget