.

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Assalamualaikum.

Entry kali ini lebih bersikap personal dan sekadar berkongsi tempat percutian mampu milik oleh mereka yang sudah berkeluarga. Tempat bercuti yang dimaksudkan adalah The Lost World of Tambun. Terletak di daerah Tambun, Ipoh Perak.

Perjalanan memakan masa 2 hingga 3 jam dari Kuala Lumpur. Bergantung pada kelajuan kereta anda. Tapi diingatkan, biar lambat, asal selamat.

Antara kelebihan bercuti di Lost World of Tambun adalah kosnya taklah terlalu mahal dan bagi aku ia affordable. Kalau nak lagi best pergi waktu weekdays dan bukan cuti umum. Memang best sebab tak ramai orang.

Bagi mereka yang bekerja sendiri, terutamanya yang full time blogger atau IM yang sudah berkeluarga, ada anak-anak kecil, bolehla datang ke sini. Sambil bercuti pun masih boleh berblogging mahupun hantar email kepada subscriber.


Ini antara tarikan yang paling menarik iaitu Tiger Feeding Show. Ada 2 sesi pertunjukan memberi makan harimau. Yang aku ingat pukul 3 petang kalau tak silap. Kalau silap maafla ya. Lupa. Anak-anak mesti suka kalau dapat tengok binatangkan? Tapi kalau harimau nie, mak dengan bapak dia pun akan suka. Bukan anak jer.



Ini pula gajah batu jer. Kalau hidup takde nak dapat posing macam tu. Silap-silap kena libas dengan belalai gajah tu.

Lokasi gajah batu nie di permulaan tempat lombong bijih timah. Mereka buat satu kawasan seperti suasana perlombongan bijih timah. Dan gajah nie adalah pengangkutnya.


Gambar dari depan gajah batu tadi tu. Kan nampak lokasi perlombongan tu.


Ini pulak prop kalau nak ambil gambar mendulang bijih timah. Dulang tu pun disediakan. Masuk jer dalam air tu dan posingla ala-ala nak mendulang sebelah mak cik 2 orang tu.


Lepas tengok bab sejarah, pergi masuk pula taman haiwan peliharaan. Kat sini banyak burung dan haiwan-haiwan yang sewaktu dengannya. Banyak sangat nak taip dalam nie.


Kalau masa anda melawat ada penjaga dalam sangkar burung nie, dapatla bagi makan burung-burung nie. Sangat jinak burung-burung nie tapi dengan syarat ada makanan di tapak tangan anda. Kalau tak ada, jangan harap burung-burung nie nak datang lepak kat tangan anda.



Ayam serama pun ada dalam taman haiwan peliharaan nie.


Lepas penat berjalan-jalan, masa untuk mandi. Mesti anak-anak pun suka. Ini kolam air sejuk. Kat sebelah ada kolam air panas. Bolehla berendam untuk melegakan stress anda.

Kolam air panas nie termasuk dalam bayaran anda. Tapi kalau nak masuk malam, ada cas lain. Melainkan anda membeli waktu ada promosi.



Kalau nak pergi, boleh menginap di hadapan taman tema ini, ada disediakan hotel Lost World of Tambun. Dan pada mereka yang nak berjimat, belilah tiket semasa ada promosi dan rajin-rajinla search di internet. Memang dapat berjimat sambil bercuti.

Ini untuk mereka yang berbajet sederhana. Kalau bajet banyak nak bercuti ke oversea pun terpulangla. Kita pergi bercuti ikut kemampuan poket kita.

Jangan lepas pergi bercuti, sepatutnya hilang stress jadi bertambah stress sebab over bajet.

Sekian.

Monday, June 10, 2013

Salam 1Malaysia,

Memang menjadi rutin sejak berniaga dan kerja sendiri ini, aku akan bercuti selepas selesai 1 tugasan yang mencabar dan memenatkan. Tujuannya adalah untuk menghargai diri dan orang-orang yang terlibat dalam kerja keras yang telah lalu.

Tahun ini misi untuk ke Universal Studio Singapura (USS) telah berjaya. Puas hati walaupun perjalanan yang singkat.

Kami tidur di Johor Baharu, kemudian awal pagi baru bergerak ke Singapura menaiki bas terus ke Pulau Sentosa, tempat terletaknya USS.Tambang bas cuma RM5 sahaja. Murah dan senang. Kalau anda merancang nak ke USS, baik anda ikut cara kami, naik bas jer.

Senang dan menjimatkan masa. Ditambah pula jika anda tak tahu jalan di sana. Memang haru biru dan pasti akan sesat. Jika sesat, rugi masa nanti.

Satu lagi tips bercuti ke Universal Studio Singapura (USS) adalah, kalau anda bercuti ketika waktu orang bekerja seperti hari Isnin hingga Jumaat, dinasihatkan keluar dari hotel dan mulakan perjalanan selepas orang masuk pejabat. Lebih kurang pukul 9 pagi bolehla kita mulakan perjalanan kerana jika tidak kita akan tersangkut dalam kesesakan orang nak bekerja di Singapura.

Pasal makan, jangan risau yer sebab dalam USS sendiri ada kedai makanan Halal. Sedap dan lazat lagi.

Berikut antara gambar yang sempat diambil sepanjang percutian 3 hari 2 malam kami.






Kawasan wajib ambil gambar. Mesti kena ada. Maklumla simbol kepada Universal Studio.







Antara ole-ole yang dibeli sebagai tanda kenangan melawat USS.



Sekian. Dalam USS taknak cerita sangat, korang pusing dan rondala sendiri yer.

P/S: Simpan duit nak jalan ke tempat lain pula lepas ini.

Thursday, May 2, 2013

Salam Bercuti,

Musim cuti persekolahan merupakan waktu untuk bercuti bagi kebanyakan keluarga. Bagi yang berbajet besar, mereka akan memilih luar negara sebagai destinasi percutian mereka. Manakala yang berbajet kecil atau sederhana, lokasi dalam negara sudah memadai.

Yang penting adalah masa dihabiskan bersama keluarga. Antara tempat dalam negara yg sentiasa menjadi pilihan adalah persisir pantai. Dan Port Dickson adalah antara tempat yg menjadi pilihan ramai untuk bercuti kerana terdapat banyak kemudahan hotel dan resort.

Antara hotel atau resort penginapan yang ada adalah Laguna Beach Resort.  Lokasi yg strategik dan bilik yang lain dari yg lain dan unik.

Lokasinya yang memang di tepi pantai memberi kelebihan kepada tetamu resort ini untuk melakukan aktiviti pantai di waktu siang mahupun malam seperti Barbeque, sukan pantai atau beriadah bersama keluarga di tepi pantai.

Di resort ini juga disediakan swimming pool bagi yang takut sun burn kulit mereka jika mandi di pantai. Untuk yang bawa anak kecil juga sesuai untuk hanya bermandi manda di kolam yang disediakan untuk kanak-kanak.

Jom kita tengok gambar sekitar Laguna Beach Resort, Port Dickson:

Boleh Main Bola Sepak Pantai


Reka Bentuk Bangunan yang menarik


Kolam Mandi Untuk Tetamu Resort

Lokasi Untuk Bersantai



Selamat Bercuti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget