.

Showing posts with label Idea Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Idea Kreatif. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Sebelum ini blog Perkongsian RH ada kongsikan kad kahwin berkonsepkan kertas peperiksaan. Entry Design Kad Kahwin Konsep Kertas Peperiksaan. Memang menarik dan kreatif.

Entry ini sekali lagi nak kongsikan konsep kad kahwin yang kreatif.

Kali ini berkonsepkan Passport pula. Memang unik.

Pasanga pengantin boleh cuba design ini jika berminat untuk membuat kelainan.


Iklan:

Pakej Katering Perkahwinan dan Pakej Lengkap Perkahwinan - ISDA Catering & Wedding Planner


Tuesday, February 10, 2015

Dalam keretapi kalau perjalanan jauh, makan 10 ke 15 jam, pasti membosankan.

Kalau sekarang ada smartphone Okla jugak.

Tapi kalau tengok phone pun dah bosan tahap gaban, 5 gambar kat bawah nie la akan menjadi hasilnya.






Tuesday, January 27, 2015

Ebook percuma yang sesuai dibaca oleh semua orang.

Tak kisahlah blogger, peniaga mahupun orang yang makan gaji.

Tips yang Tn Raja Kamil kongsikan ini sangat mudah dan senang dipraktikkan.


Tips untuk buat duit secara part time.

Jadi, apa tunggu lagi? Download percuma. Tak perlu nak subscribe pun.

Terus boleh download dan terus praktikkan untuk mula menjana pendapatan sampingan.

Boleh download di blog Tn Raja Kamil - Ebook Percu, Tips Bisnes Tepi.

Benda bagus apa salahnya kita kongsi bersama agar dapat manfaat bersama.

Terima kasih kepada Tn Raja Kamil kerana menulis buku ini dan terima kasih kerana menyebarkan buku ini secara percuma.

Moga Tn Raja Kamil dan keluarga terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Amin.

Thursday, January 15, 2015

Ada orang memang suka menulis. Tapi tulisannya merapu meraban. Langsung tak sesuai nak di baca.

Lagi teruk, menulis yang menyusahkan orang lain. Jadi keyboard warrior yang sebarkan berita tak betul.

Ada orang tak suka menulis. Tapi hasil tulisannya sangat Wowww.

Sumber Gambar: http://ruangtulisan.blogspot.com/

Macam macam sebenarnya perihal menulis nie.

Ada yang hebat menulis tapi tak mampu memberi hasil dari penulisannya.

Menulis sebagai hobi di Facebook atau sosial media yang lain lain.

Ada yang tak berapa hebat, tapi boleh menjadi kaya raya dengan menulis.

Apa rahsianya ya?

Sebenarnya Rahsia Menulis dan Buat duit ini adalah buat.

Kena buat, praktik dan tulis, baru boleh buat duit dengan menulis.

Tapi sebelum menulis, kena cari ilmu dulu.

Tak ada ilmu akan menyebabkan kita gagal, lambat berjaya atau kurang berjaya.

Tiru jer jalan orang dah berjaya. Insha Allah kita akan berjaya jadi penulis yang berjaya buat duit.

Tuesday, January 13, 2015

Oleh sebab kegilaan terhadap game Clash Of Clan atau dikenali dengan COC.

Pengantin ini menjadikan ia tema untuk kad kahwin mereka.

Memang lain dari yang lain dan idea baru bakal pengantin baru lepas nie.

Gambar Kad Kahwin Tema COC


Lepas nie mungkin akan ada bersanding dengan baju tema COC.

Atau mungkin tema hari jadi COC.

Atau mungkin dinner guna tema pakaian COC.

Fuhhhh dahsyat demam COC nie.

Monday, January 12, 2015

~ Kalau anda minatkan perniagaan, macam-macam benda dalam dunia nie boleh dijadikan perniagaan.

~ Dalam bidang perniagaan kita semestinya menjadi kreatif agar perniagaan kita mampu terus kekal dalam industri.

~ Hari nie saya nak kongsi satu bentuk perniagaan dalam segmen Idea Bisnes di Blog Perkongsian RH ini

~ Segmen Idea Bisnes ini dimulakan dengan perniagaan berbentuk perkhidmatan.

~ Iaitu Idea Bisnes Hotel Bajet Rendah.

~ Konsep ini boleh juga digunakan untuk Bisnes Homestay.


~ Nampak agak janggal dan pelik konsep ini, tapi ia unik dan mampu dibina dengan kos yang rendah.


~ Selain itu, terdapat beberapa Kelebihan Konsep Hotel Bajet dan Homestay Berkonsepkan Paip antaranya:
1. Kos Pembinaan yang Murah.
2. Tak memerlukan design (reka bentuk) yang mahal.
3. Mampu milik jika ingin menyewakannya.
4. Kadar sewaan juga rendah dan mampu menarik ramai pelanggan.
5. Hanya memerlukan kawasan yang kecil untuk dibina.

6. Pembinaannya tak mengambil masa yang lama.



~ Untuk lebih banyak gambar Hotel Berkonsepkan Paip ini. Boleh Layari laman justapictures.


~ Lagi Banyak Gambar Hotel Berkonsepkan Paip.

Friday, December 19, 2014

Gambar jambatan tertinggi dan terpanjang di dunia yang terletak di negara China ini membuatkan aku terfikir, macam mana dia bina jambatan seperti ini.

Nak buat flyover atau jejantas yang hanya beberapa meter pun dah rumit. Inikan pula jambatan berkilometer ini.

Ini dia gambar jambatan terpanjang dan tertinggi di dunia buat masa ini yang terletak di wilayah Hunan.


Pandangan jambatan terpanjang dan tertinggi dari bawah.



Pemandangan jambatan terpanjang dan tertinggi di waktu malam.

Menakjubkan tak? Sangat menakjubkan pada aku. Tak dapat nak difikirkan macam mana mereka bina.

Sedangkan tengok proses pembinaan landasan MRT pun aku dah kagum, inikan pula jambatan yang panjang dan tinggi nie.

Harap satu hari nanti aku dapat lawat jambatan ini.

Sumber Gambar: Facebook

Thursday, December 18, 2014

Entry ini berinspirasikan dari posting di blog The Vocket yang semakin popular tu. Entry bertajuk 5 Pejabat Di Malaysia Ini Akan Buat Anda Rasa Awesome! #3 Buat Kami Happy.

Memang betul apa yang penulis di The Vocket ini tulis dan kongsikan. Setiap pejabat yang dikongsikan adalah sangat berbeza dan lain dari yang lain.

Ia tak formal dan lebih bersuasana santai.

Aku sebagai orang muda yang berniaga, pastinya akan impikan nak set up pejabat berkonsepkan macam Google Malaysia, Mindvalley, mahupun Groupon.

Suasana pejabatnya akan membuatkan kita berfikir dan bekerja secara santai dan lebih kreatif dan relax.

Jom kita tengok gambar Deko Pejabat yang Wow.

1. Google Malaysia


2. Groupon.


3. Mindvalley



Lain lain pun ada. Senarai penuh dan semua gambar boleh tengok di laman blog The Vocket 




Saturday, November 29, 2014

Sifat kreatif manusia memang ada macam macam gaya.

Kat ais boleh, kat makanan boleh dan macam macam lagi.

Kat post kali ini Blog Perkongsian RH nak kongsikan 9 gambar ukiran buah yang sangat menakjubkan.

Hanya yang berkreativiti tinggi sahaja mampu membuatnya.

Kalau tangan keras macam aku nie, ukiran ular lidi bolehlah aku buat.

Korang pulak macam mana? Haiwan apa yang korang boleh ukir dengan buah?

1. Ukiran Buah berbentuk burung dan bunga.


2. Ukiran Buah berbentuk burung hantu yang cute.


3. Ukiran buah berbentuk Naga kayangan. Orang Cina suka nie.


4. Ukiran buah bentuk Landak. Aku rasalah Landak. Kalau haiwan lain tak taula pulak.


5. Ukiran sayur bentuk anjing.


6. Ukiran buah bentuk burung hantu yang merah menawan. Dah tak menakutkan.


7. Ini tak pasti burung apa. Tapi sangat awesome.


8. Ukiran buah bentuk merak kayangan. Cantik sangat.


9. Ini biasa jer. Tapi orang biasa biasa macam aku takkan mampu ukir buah jadi macam ini. Tangan kayu taip artikel kat Blog bolehlah.


Kalau ukir buah memang tak jadi apala. Kalau ukir burung, mau jadi jin hasilnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget