.

Showing posts with label Jom Buat Duit. Show all posts
Showing posts with label Jom Buat Duit. Show all posts

Wednesday, February 15, 2017

Anda memang minat dan rajin berFB atau berTwitter kan?

Alang-alang dah anda rajin bermain dan berkongsi di FB dan Twitter tu, apa kata anda menggunakan kerajinan anda itu untuk membuat duit.

Sambil kongsi, sambil main social media, sambil buat duit.

Sapa nak bagikan? Kalau dapat sebulan RM50 pun jadila.

Buat tambah-tambah duit untuk isi minyak ke, isi top up ke.

Thursday, January 14, 2016

Jika ada pemilik produk atau servis yang berminat untuk produk atau servis mereka direview di dalam blog ini, bolehla hantarkan email ke blogger.razis@gmail.com.

Hantar butiran lengkap produk atau servis anda ke email di atas.

Cas yang dikenakan adalah sangat murah dan berpatutan.

Hanya RM10.00 sahaja untuk 1 posting.

Murahkan?

Jadi, apa tunggu lagi? Emailkan butiran segera untuk tindakan selanjutnya.

Review ini bukanlah untuk keuntungan semata-mata, cuma nak membantu rakan peniaga untuk mewar-warkan produk atau servis anda.

Kalaupun bukan untuk menjual, ia akan berkesan untuk tujuan pemasaran dan pastinya review tentang produk dan servis anda akan kekal di blog ini, selagi mana blog ini wujud.

Dan review itu akan ada dirangkaian enjin carian selagi ia ada dalam blog ini.

Jika berminat, cepat-cepat emailkan butiran ke blogger.razis@gmail.com

Tuesday, February 17, 2015

Nak berniaga, tapi tak tahu nak jual apa?

Inilah memang masalah yang selalu kita alami. Bukan orang baru nak berniaga jer hadapi masalah ini.


Orang yang dah lama berniaga pun hadapi masalah ini. Cuma orang yang berpengalaman berniaga ini tujuannya untuk mengembangkan bisnesnya atau cabang bisnesnya.

Dalam berniaga kita perlukan banyak cabang produk atau servis agar kita berlainan berbanding pesaing kita yang lain.

Untuk banyak produk atau servis, kita perlu ada banyak pembekal atau supplier.

Sekarang kita tak perlu susah payah cari supplier sendiri, dah ada orang kumpulkan untuk kita.

Klik jer kat sini ==> Senarai Pembekal Top Malaysia


Sekarang satu masalah dah selesai. Masalah pembekal dah tak jadi masalah sekarang nie.

Kita dah boleh berniaga sekarang nie. Masa untuk kita memulakan perniagaan dah jadi mudah dan cepat.

Masalah pembekal dah selesai, perkara seterusnya yang perlu kita ambil perhatian adalah kat mana nak jual? Siapa pembeli kita?

Hal ini pun sekarang senang nak selesaikan. Guna sosial media Facebook untuk selesaikannya.

Dah ramai yang buat duit dan berjaya memulakan dan seterusnya berkembang melalui bisnes di Facebook. CARA BISNES DI FACEBOOK

Dah selesai 2 perkara untuk mulakan bisnes kita sendiri tanpa keluarkan produk sendiri.

Dah bolehlah kita mula berniaga dengan adanya senarai pembekal Malaysia dan Cara bisnes di Facebook ini.

Jom bisnes.

Thursday, January 15, 2015

Ada orang memang suka menulis. Tapi tulisannya merapu meraban. Langsung tak sesuai nak di baca.

Lagi teruk, menulis yang menyusahkan orang lain. Jadi keyboard warrior yang sebarkan berita tak betul.

Ada orang tak suka menulis. Tapi hasil tulisannya sangat Wowww.

Sumber Gambar: http://ruangtulisan.blogspot.com/

Macam macam sebenarnya perihal menulis nie.

Ada yang hebat menulis tapi tak mampu memberi hasil dari penulisannya.

Menulis sebagai hobi di Facebook atau sosial media yang lain lain.

Ada yang tak berapa hebat, tapi boleh menjadi kaya raya dengan menulis.

Apa rahsianya ya?

Sebenarnya Rahsia Menulis dan Buat duit ini adalah buat.

Kena buat, praktik dan tulis, baru boleh buat duit dengan menulis.

Tapi sebelum menulis, kena cari ilmu dulu.

Tak ada ilmu akan menyebabkan kita gagal, lambat berjaya atau kurang berjaya.

Tiru jer jalan orang dah berjaya. Insha Allah kita akan berjaya jadi penulis yang berjaya buat duit.

Wednesday, November 19, 2014

Dah lama rasanya tak buat peraduan kat blog ini. Dah lebih setahun rasanya.

Oleh sebab itu, maka peraduan mudah yang tak berapa peraduan sangat dilancarkan.

Tujuannya adalah untuk memeriahkan lagi trafik ke blog ini yang sekarang suam-suam kuku jer trafiknya.


Caranya sangat mudah, printscreen jer bukti anda telah menjadi pelawat ke 100,000 di side bar yang tertulis pageviews.

Email hasil printscreen anda ke blogger.razis@gmail.com dengan tajuk 'Menang Pelawat ke 100,000'.

Sangat mudah peraduan ini. Cuma perlu datang blog ini dan lihat anda pelawat ke berapa.

Hadiah yang ditawarkan kepada adalah wang tunai RM10.00.

Hadiah tak seberapa dari blog ini agar lebih ramai masuk blog ini.

Sekian. Jom lawat dan menang dari Blog ini

Friday, October 24, 2014

Affiliate atau pemasaran agen yang dibayar berdasarkan komisen atas setiap jualan adalah satu sistem pemasaran yang menjadi pilihan ramai Internet Marketer (IM) dalam memasarkan produk dan servis mereka.

Aku pun baru berjinak-jinak dalam dunia affiliate ini dan pernahla jugak dapat income dari program affiliate ini tetapi tak banyak.



Jadila buat belanja makan roti canai kat kedai mamak.

Income tak banyak ini disebabkan oleh tak ada ilmu pengetahuan untuk buat affiliate nie. Buat dan promosi pun main terjah jer. Memang komisen tak masyukla.

Kalau nak berjaya dalam affiliate ini perlukan ilmu pengetahuan yang tinggi kerana kita perlu bersaing dengan agen affiliate lain yang dalam masa sama mempromosi produk atau servis yang sama.

Memang mencabar kerja menjadi affiliate ini. Tetapi, dengan panduan dari pakar dalam bidang affiliate ini, iaitu Tuan Rahman Basri dan Tuan Shuth, Insha Allah pendapatan melalui affiliate akan berbaloi-baloi dan masyuk.

Panduan ini boleh anda dapat dengan klik banner di bawah. Boleh dapatkan segera dan boleh terus promosi dan menjana pendapatan dengan Affiliate.


Tuesday, February 25, 2014

Assalamualaikum semua.

Posting hari ini adalah copy paste perkongsian dari ABS: Panduan Membuka Bisnes Pertama

+ Jangan sekali-kali menggunakan duit hutang sebagai modal bisnes.

+ Gunakan duit simpanan sendiri sahaja sebagai modal.

+ Mulakan bisnes dengan apa yang ada dalam tangan.

+ Gunakan kepandaian yang ada pada diri kita. Jual kepandaian kita itu. Mulakan bisnes servis.

+ Jangan membuka kedai, sehinggalah kita sudah benar-benar mampu.

Walaupun ringkas, panduan ini akan banyak membantu kita membina perniagaan sendiri yang berdaya saing dan mampu bertahan lama.

Panduan ringkas ini diambil dari Facebook Pn Ainon - Founder ABS. Lebih banyak panduan dan tips anda boleh dapat dari laman Facebook Pn Ainon ini. Rugi jika tak subscribe.

Monday, July 22, 2013

Salam 1Malaysia,

Anda semakin buntu untuk menambah pendapatan sampingan kerana kos kehidupan semakin meningkat?

Anda buntu nak tambah pendapatan tetapi banyak peluang perlukan anda untuk menjual. Buat dan sertai kumpulan MLM yang memerlukan komitmen masa dan modal.

Jadi, apa kata anda cuba dengan menjadi seseorang yang menjana pendapatan tambahan dengan menjadi penulis.

Menjadi penulis tidak sesukar menjadi jurujual kerana sejak di bangku sekolah kita telah diajar menulis karangan. Jadi, apa yang kita perlukan adalah menambah ilmu agar bidang penulisan mampu menjana pendapatan sampingan.

Berikut merupakan antara cara yang boleh anda pilih untuk menulis dan menjana pendapatan tambahan.

1. Menulis blog.
Menulis blog adalah cara terbaik untuk melatih diri menulis dan menerbitkan tulisan kita untuk bacaan umum.

Dengan tulisan di blog, kita boleh mendapatkan feedback dari pembaca seterusnya meningkatkan mutu dan kualiti tulisan kita.

Inilah cara terbaik yang menjadi pilihan ramai untuk memulakan kerjaya sebagai penulis.

Sumber rujukan untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog

2. Menulis novel.
Novel tak semestinya bercetak. Anda boleh terbit dan kongsikan novel karya anda melalui blog atau ebook. Ini dapat menjimatkan kos pengeluaran anda dan pastinya melatih tulisan anda sebelum diterbitkan dalam sebuah naskhah.

Bukti menulis novel memang boleh menjana pendapatan sudah terlalu banyak. Contohnya saudara Ahadiat Akasha dengan novel popular Lagenda Budak Setan yang sangat terkenal seterusnya di adaptasi dalam filem. Fauziah Ashaari yang menaikkan fenomena adaptasi novel ke filem dan drama menerusi novelnya Ombak Rindu.

Paling terkini adalah drama Ariana Rose yang baru sahaja tamat siarannya di TV3. Sudah banyak novel di adaptasikan dan ini membuktikan menulis novel berpotensi besar dan boleh menjadikan kita bebas kewangan. Bukan sekadar pendapatan tambahan.

Rujuk sini untuk Menjana Pendapatan dengan Menulis Novel

3. Menulis Surat Jualan.
Menulis surat jualan memerlukan kita berkemahiran mengarang dan menulis ayat yang mampu menjual. Jika kita berkemahiran dalam bidang ini, kita akan menjadi buruan ramai Internet Marketer (IM) yang memang senantiasa mencari mereka yang berbakat dalam bidang penulisan Surat Jualan.

Kebiasaannya surat jualan ini akan digunakan dalam pemasaran email atau website mahupun minisite jualan.

Untuk bidang menulis Surat Jualan ini kena rujuk mereka yang pakar dan kita boleh rujuk di Panduan Penulisan

4. Menulis Artikal dan Jual.
Menulis artikal dan menjualnya tidak sesusah menulis surat jualan mahupun menulis novel.

Jika tulisan bermutu memang ramailah yang akan berminat dengan karya tulisan anda. Kita boleh menjual karya artikal kita kepada blog, akhbar mahupun majalah-majalah.

Begitulah 4 perkongsian yang boleh membantu kita menambah pendapatan sampingan dengan penulisan dan menulis. Memang telah lama terbukti dengan menjadi penulis kita akan menambah pendapatan.

Tetapi sebelum terjun kebidang penulisan ini, lengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dan untuk permulaan, bolehla dapatkan ebook terbitan dan keluaran yang ditulis oleh Tn Aqif Azizan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget