.

Showing posts with label Liga Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Liga Malaysia. Show all posts

Saturday, January 3, 2015

Felda United dijangka akan menjadi salah satu pasukan pilihan musim ini selain JDT dan Pahang.

Oleh kerana kecemerlangan prestasi mereka pada tahun lepas semasa kempen Piala Malaysia.

2015 dilihat sebagai satu tahun harapan buat pasukan Felda United.

Gambar di bawah adalah senarai penuh pemain Felda United untuk tahun 2015 di bimbing oleh jurulatih Irfan Bakti.


Dan ini pula gambar jersi terbaru pasukan ini, Felda United untuk 2015.


Segak bergaya ketua pasukannya, Shukur Adan memakai jersi baru Felda United 2015 semasa majlis pelancaran jersi baru tersebut.

Sumber Gambar: FB Harimau Malaya

Monday, December 1, 2014

Nampak FAS sudah dapat menandatangani pemain pertahanan import baru bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2015.

Pemain pertahanan ini bagi menggantikan khidmat Pentelidis yang tidak disambungkan kontraknya kerana prestasi kurang memberangsangkan.


Pemain import baru Selangor, Robert Cornthwaite ini juga berasal dari Australia. Sama kewarganegaraan dengan Coach  Durakovic.

Diharap prestasi sistem Robert ini akan cemerlang bagi memperkuatkan barisan pertahanan Selangor bagi hadapi saingan liga yang semakin mencabar.

Wednesday, November 26, 2014

Berita baru dan boleh kira dah sahlah sekarang nie. Sah bahawa bekas penyerang Selangor, Paolo Rangel telah menandatangani kontrak bersama pasukan Terengganu.

Berita ini akan menguatkan gosip perpindahan Patrick Ronaldinho ke Selangor sebagai penyerang gantian kepada Rangel.

Gambar Paolo Rangel bersama pasukan pengurusan Terengganu



Selangor Cari Pemain Pertahanan Baru.

Selangor pula semakin galak mencari pemain pertahanan baru bagi menggantikan Steve Pantilidis yang tak disambungkan kontraknya.


Menurut lama FB Harimau Malaya, pemain pertahanan Australia menjadi sasaran baru selepas gosip mengatakan Selangor memancing Pemain Pertahanan antrabangsa Uruguay, Diego Lugano memang gosip semata mata.

Wednesday, November 19, 2014

Update terkini perkembangan pasukan Selangor bagi tahun 2015.

Berita terkini mengkhabarkan khabar gembira buat peminat pasukan Selangor kerana pemain cilik dan lincah dari Indonesia, Andik telah bersetuju menyambung kontrak setahun lagi bersama pasukan Selangor.


Kini perlu menunggu berita tentang Paulo Rangel yang dikhabarkan cuba dipancing oleh pasukan Terengganu bagi musim akan datang 2015.

Seorang lagi pemain import Selangor dari Australia, Steve Pentelidis tidak disambungkan kontraknya dan kita sebagai peminat pasukan Selangor akan tertunggu tunggu pemain import baru bagi menguatkan pasukan bagi saingan 2015.

Adakah betul dan adakah berkemungkinan pemain yang digosipkan akan menyertai Selangor, Diego Lugano, rakan sepasukan Luis Suarez di Uruguay.

Tuesday, November 11, 2014

El Hadji Diouf ke Sabah. Ini berita yang menarik, tapi gosip perpindahan untuk pasukan Selangor lagi menarik.

Pasukan Selangor dikhabarkan cuba membawa pemain Kebangsaan Uruguay, Diego Lugano untuk menyertai pasukan Selangor tahun hadapan.


Pemain pertahanan ini pernah mewakili Uruguay dalam Piala Dunia yang baru lepas di Brazil.

Tapi tak pasti berita ini betul atau gosip semata-mata.

Berita yang terlalu sukar untuk dipercayai. Tapi tak mustahil.

Apapun, kita tunggu dan lihat jerla gosip perpindahan ini.
Nampaknya semakin meriahlah Liga Malaysia tahun depan 2015 kalau betul bekas pemain Liverpool dan bekas pemain kebangsaan Senegal, El Hadji Diouf akan menyarung jersi pasukan Sabah tahun depan.


Nampaknya semakin banyak pasukan Liga Malaysia sudah mengikut langkah JDT dalam pembangunan pasukan bola sepak mereka.

Diharap lebih banyak pasukan akan membawa ramai lagi pemain ternama ke Liga Malaysia.

Ketibaan El Hadji Diouf di Sabah.

Barulah terkenal liga Malaysia ke serata dunia.

Selain terkenal, bolehlah sedikit sebanyak pemain kita belajar dari pengalaman mereka.

Itupun kalau mereka pandai menggunakan peluang inilah.

Kalau tidak, level pemain kita takkan ke mana jugaklah walaupun semua pemain EPL atau La Liga main di Liga kita.

Sumber: Berita Harian Online - El Haji Diouf Pemain Import Baru Sabah.

Wednesday, April 23, 2014

Assalamualaikum Semua.

Post sukan untuk malam ini. Berita mengenai perpindahan pemain dalam liga Malaysia.

Pemain yang menyertai Pasukan Red Giant, Selangor iaitu pemain tengah yang semakib meningkat naik Nazmi Faiz Mansor.

Di harap kemasukan Nazmi bakal memantapkan lagi bahagian tengah pasukan Selangor bagi meneruskan saingan merebut tahta liga Super Malaysia dan Piala Malaysia yang akan datang.

Nazmi Faiz bakal menyarung jersi bernombor 8 dan dijangka diturunkan pada perlawanan akan datang.

Nazmi Faiz berhijrah dari kelab PKNS FC dan perpindahan ini bakal membantu Nazmi mengembangkan keriernya sebagai pemain tengah versatile.

Sumber Gambar: Facebook Peminat Selangor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget