.

Showing posts with label Manchester City. Show all posts
Showing posts with label Manchester City. Show all posts

Friday, October 23, 2015

Satu lagi rumours a.k.a gosip perpindahan bagi kelab Manchester United.

United digosipkan dengan pemain sensasi dunia iaitu Messi. Memang susah nak dipercayai gosip ini.


Tapi tak mustahi kerana £180 juta tu dah tak besar mana pun dan United tiada masalah dengan dana sebesar itu.

Lebih lebih lagi untuk pemain seperti Messi.

Ditambah pula Messi dikhabarkan ingin beralih ke angin ke Liga lainla kerana kurang berpuas hati dengan percukaian Sepanyol.

Selain United, pesaing United di Liga Inggeris iaitu Man City dan Chelsea juga berminat dan mampu membayar £180 juta untuk Messi.

Apapun ianya hanya gosip. Betul atau tidak kita perlu tunggu sehingga 2017 di mana kontrak Messi akan tinggal setahun lagi dan tamat 2018.

Kalau Messi tandatangan kontrak sambungan, maka berkecailah harapan United, City dan Chelsea.

Kalau Messi tak tandatangan kontrak baru, maka akan berpeluanglah Messi berpindah ke kelab baru 2017 nanti.

Sumber: www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/man-united-news-transfer-rumours-6687776

Wednesday, January 14, 2015

Berita Perpindahan (transfer news) terbaru. Tapi bukan untuk Liga Malaysia sebab dah tutup pun jendela perpindahan pemain Liga Malaysia.

Ini berita perpindahan kelab Eropah. Kelab di Liga Perdana Inggeris.


Manchester City sahaja menandatangani Penyerang baru Wilfred Bony dari Swansea.

Nilai perpindahan dikhabarkan bernilai £28 juta.

Tuesday, October 28, 2014

FIFA telah mengeluarkan senarai pendek 23 pemain yang bakal bersaing bagi menjadi pemain terbaik dunia 2014, Anugerah FIFA Ballon D'or 2014.

Anugerah paling berprestig bagi pemain bola sepak dunia. Anugerah ini dimenangi oleh Cristiano Ronaldo pada tahun lepas.



Selain Ronaldo, pemenang 4 tahun berturut-turut 2009-2012, Lionel Messi juga turut tercalon dalam senarai 23 pemain ini.

Senarai Penuh 23 Pemain Bakal Terima Anugerah FIFA Ballon D'or 2014

  1. Gareth Bale, Wales, Real Madrid
  2. Karim Benzema, France, Real Madrid
  3. Diego Costa, Spain, Chelsea
  4. Thibaut Courtois, Belgium, Chelsea
  5. Angel Di Maria, Argentina, Manchester United
  6. Mario Gotze, Germany, Bayern Munich
  7. Eden Hazard, Belgium, Chelsea
  8. Zlatan Ibrahimovic, Sweden, Paris Saint-Germain
  9. Andres Iniesta, Spain, Barcelona
  10. Toni Kroos, Germany, Real Madrid
  11. Philipp Lahm, Germany, Bayern Munich
  12. Javier Mascherano, Argentina, Barcelona
  13. Lionel Messi, Argentina, Barcelona
  14. Thomas Muller, Germany, Bayern Munich
  15. Manuel Neuer, Germany, Bayern Munich
  16. Neymar, Brazil, Barcelona
  17. Paul Pogba, France, Juventus
  18. Sergio Ramos, Spain, Real Madrid
  19. Arjen Robben, Netherlands, Bayern Munich
  20. James Rodriguez, Colombia, Real Madrid
  21. Cristiano Ronaldo, Portugal, Real Madrid
  22. Bastian Schweinsteiger, Germany, Bayern Munich
  23. Yaya Toure, Ivory Coast, Manchester City
Dari 23 senarai pemain ini, kesemua mereka mewakili negara mereka dalam Piala Dunia Brazil yang baru lepas kecuali Zlatan Ibrahimovic.

Manakala 2 penjaga gol turut bersaing untuk cuba memenangi anugerah berprestig ini iaitu Manuel Neuer dan Thibaut Courtois.

Kalau mengikut senarai di atas, berkemungkinan Ronaldo bakal mengekalkan anugerah yang dimenangi tahun lepas kerana persembahan cemerlangnya bersama Real Madrid dan berjaya membantu Madrid memenangi Liga Juara-juara.

Cuma, Ronaldo kurang cemerlang ketika bersama Portugal dan ini sedikit memberi kesan kepada Ronaldo.

Messi juga pastinya antara calon pilihan.

Calon lain yang berkemungkinan untuk menang adalah Tony Kroos dan Mario Gotze yang membantu Germany memenangi Piala Dunia Brazil.

Manakala calon lain dilihat kurang menyerlah dan apapun sama-sama kita tunggu siapa yang menang nanti ya.

Sumber: ESPN

Tuesday, July 31, 2012

Man Utd sekali lagi memecah rekod dalam tajaan jersi bola sepak dengan mendapat tajaan tertinggi pada musim ini dan seterusnya.

Tajaan terbaru ini dari sebuah syarikat permotoran Chevrolet. Tajaan yang bernilai £210muntuk kontrak selama tujuh tahun, iaitu bersamaan dengan £30m setahun. Jumlah paling tinggi bagi semua kelab di Eropah dan dunia.

 Tajaan sebanyak £30m ini berjaya mengatasi tajaan yang diterima Barcelona dari Qatar Foundation iaitu sebanyak £25m.

Berikut merupakan senarai kelab dan tajaan jersi mereka:

  1. MANCHESTER UNITED £30m (General Motors)
  2. BARCELONA £25m (Qatar Foundation)
  3. BAYERN MUNICH £23.6m (Deutche Telekom)
  4. LIVERPOOL £20m (Standard Chartered)
  5. MANCHESTER CITY £20m (Etihad Airways)
  6. SUNDERLAND £20m (Invest in Africa)
  7. REAL MADRID £16.8m (Bwin)
  8. CHELSEA £13.8m (Samsung)
  9. TOTTENHAM HOTSPUR £10m (Autonomy & Investec)
  10. AC MILAN £10m (Emirates)
  11. NEWCASTLE UNITED £10m (Virgin Money)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget