.

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

Musim perayaan nie adalah musim menghias rumah.

Selain dari musim membeli kelengkapan seperti persalinan baru untuk keluarga bagi menyambut hari raya yang kita sambut setahun sekali.

Selain dari persiapan persalinan baru, rumah pun pasti perlu dihias bagi menaikkan seri bagi menyambut tetamu yang bakal tiba.

Salah satu cara yang kelihatan mewah dan menjadi pilihan ramai adalah memasang Wallpaper di dinding rumah.

Memang cantik dan kelihatan mewah jika memasang Wallpaper.

Ini gambar Wallpaper yang telah siap di pasang sendiri.

Kalau nak daparkan koleksi Wallpaper murah dan cantik, boleh dapatkan di MK Curtain di Nilai 3.

Banyak pilihan yang ada.

Selain di Nilai 3, di Kaison juga ada jual.

Kelemahan Wallpaper ini adalah kos pemasangannya sangat tinggi.

Lebih mahal dari segulung Wallpaper itu sendiri (Bagi yang murahla).

Pemasangannya memang agak susah dan rumit, sebab itulah kosnya menjadi mahal.

Tapi kini tak perlu risau lagi, anda boleh pasang sendiri sebenarnya.

Tak perlu bayar mahal-mahal jika kita boleh pasang sendiri.

Apa yang anda perlukan untuk memasang Wallpaper adalah:

1. Wallpaper - saya beli di MK Curtain Nilai 3 yang berharga RM139/roll

2. Perlu ada tangga (untuk memudahkan pasang yang tinggi)

3. Gam Wallpaper (Biasa dijual sekali)

4. Berus cat atau boleh juga guna roller cat.

Cara memasang Wallpaper ini pula,

1. Ukur panjang bersesuaian dengan tinggi dinding atau ikut keperluan anda.

2. Potong ikut ukuran tadi untuk potongan pertama.

3. Potong yang kedua, tapi kena pastikan bunga atau apa sahaja bentuk MESTILAH bersambung untuk menampakkan kesinambungan. Jika tidak, ia akan kelihatan CACAT.

4. Bancuh GAM mengikut sukatan yang telah diajar dalam packing gam tersebut.

5. Sapu gam pada belakang Wallpaper KESELURUHANNYA. Jangan buat separuh-separuh. Nanti tak sempurna, akan ada gelembung nanti.

6. Pasang dan lekat pada dinding dengan teliti.

7. Kemudian pasang kepingan kedua selepas disapu gam dan pastikan ia bersambung bunga atau corak. Ia perlu dilakukan secara teliti juga.

8. Tunggu kering dan dah siap. Boleh tangkap gambar.

Sekian, harap perkongsian ini membantu anda menyerikan lagi rumah anda.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya dari kami di Blog Perkongsian RH.

Thursday, September 3, 2015

Sekarang dah masuk bulan september. Dah 8 bulan di tahun 2015 meninggalkan kita.

Misi kita dah sampai mana agaknya ya?

Aku punya misi dengan blog nie memang dah ke laut China Selatanla gamaknya.

Memang tak berupdate sangat.

Misi nak buat duit dengan blog nie pun memang tak tercapaila.

Tapi, masih boleh diperbaiki lagi. Ada lagi 3 bulan sebelum berakhirnya 2015.

3 bulan macam2 boleh berlaku dan boleh dibuat.

Apapun, misi satu lagi dah hampir tercapai. Iaitu misi bersama ISDA Creative Consulting dan ISDA Catering & Wedding Planner.

Jualannya setakat ini menampakkan peningkatan yang baik.

Moga terus meningkat dan berjaya mencapai sasaran di tahun 2015 ini.

Wednesday, June 17, 2015

Lagi satu entry yang buat syarat untuk pastikan blog terus bernyawa.

Walaupun nyawa-nyawa ikan di darat jer.

Apapun, diucapkan selamat menyambut dan mengharungi Ramadhan tahun ini.

Semoga kita di beri kan kesihatan untuk meneruskan ibadah puasa selama sebulan disamping ibadah lain.

Jika ingin membuat jamuan berbuka puasa dan mencari katering, boleh le FB ISDA Catering.

Kalau nak Ayam Berempah Frozen yang boleh di goreng terus untuk simpanan di rumah dan dijadikan hidangan segera semasa berbuka mahupun bersahur, boleh ke FB ISDA Lazat.

Heheh, sempat promosi sikit.

Sekali lagi diucapkan salam Ramadhan kepada yang sudi baca post ini.

Friday, January 16, 2015

Konsep terbaru kedai dobi yang semakin orang ramai minati. Kedai dobi layan diri. Kalau ada modal sederhana besar, bisnes bentuk macam ini sesuai untuk dilaburkan.

Pertama kali cuba kedai dobi layan diri nie di Clean Pro Bandar Baru Selayang.


Memang tak berapa nak reti guna, tapi nasib baik ada akak tu yang tunjuk caranya.

Harga mencuci di dobi layan diri Clean Pro boleh tahan harganya, tapi pastinya lebih jimat dari dobi biasa.



Dan paling penting dapat jimat masa dari nak cuci sendiri dan jemur sendiri. Sabun kena bawa sendiri ya. Takde sabun percuma.

Lagipun senang cuci di sini sebab ada mesin tukaran duit syiling 50 sen. Tukarla berapa banyak pun nak tukar.

Paling ramai pengguna kedai dobi layan diri nie adalah suri rumah atau wanita bekerja.

Waktu ramai orang mula datang untuk mencuci adalah lepas pukul 5 petang. Kalau korang taknak sesak2, cucila sebelum jam 5 petang.

Malam pun ramai jugak. Biasala, sambil santai2 pergi mencuci baju. Nak lagi santai, cuci atas 12 tengah malam. Insha Allah tak ramai melainkan hujung minggu.


Tuesday, December 30, 2014

Aktiviti biasa keluarga sebelah Wife pada hujung tahun adalah aktiviti Family Day. Memang meriah kalau berkumpul sebab keluarga sebelah wife ada 13 pak cik dan mak cik.

Boleh bayangkanlah betapa ramainya kalau berkumpul setiap hujung tahun tu.

Dan tahun ini Family Day diadakan di Pantai Puteri, Melaka dan ia lebih meriah kerana dibuat malam dan siang harinya.

Lokasi yang mudah akses oleh keluarga ini sebab meraka semua berasal dari Tangga Batu. Nak ke Pantai Puteri nie hanya 10 minit naik kereta, dan 5 minit jer kalau naik moto sebab ada jalan short cut.

Sebelah malam ada BBQ, bakar kambing golek dan sedikit majlis bacaan doa selamat di tepi pantai.

Gambar baru sampai tepi pantai untuk persiapan.

Hidupkan api untuk kambing golek time.

Ramai2 angkat kambing fresh untuk digolek.
Kambing sembelih sehari sebelum.

Dah naik, apa lagi, kipasla.
Acara sukaneka untuk kanak-kanak selepas majlis doa selamat dan sambil makan kambing golek.


Main Dam Haji memang best.

Team kami sedang menyusun aturcara dan aktiviti di hari Family Day.


Aku susun lagu jer pagi-pagi nie.


Semua lepas daftar berbaris ikut pasukan yang telah diundi.

Penuh kawasan nie dengan manusia berbaju biru.

Aktiviti pertama untuk pasukan. Explore Race.

Main Ting Ting pun salah satu acara.

Acara baling selipar sambil tutup mata. Macam mana tu?

Acara kegemaran ramai, Bola sepak pantai.

Pengampaian Hadiah oleh Nenek.

Last sekali macam biasa. Tangkap gambar sebagai kenangan.




Ini keluarga kami yang menganjurkan tahun ini.

Ini krew ISDA yang dibawa khas untuk tolong sepanjang Family Day ini.
Kalau takde mereka, letih kami nak uruskan sendiri.

Monday, December 22, 2014

Musim cuti Krismas dan Tahun Baru 2015 tinggal beberapa hari sahaja.

Yang pastinya akan ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk balik ke kampung atau bercuti bersama keluarga atau kawan.

Tapi, macam biasa yang dihadapi masa musim cuti umum, Jalan raya dan highway mestilah akan sesak dan padat.

Aku pun yang akan terjebak dengan kesesakan kali ini sebab aku akan balik ke Melaka hujung minggu ini untuk sambut Family Day keluarga mertua kat Pantai Puteri.

Nampaknya kenalah baca cadangan jadual waktu perjalanan oleh PLUS.


Setiap tahun memang ada Family Day ini, tapi tahun ini clash dengan jadual cuti umum Krismas pulak.

Harap tak sesak sangatlah highway ke Melaka tu pada hari khamis nanti.

Apapun, harap perjalanan kami berjalan lancar.

Sunday, December 21, 2014

Sebelum ini ada buat entry berkenaan kos tukar skrin Zenfone 6 aku yang pecah sebab terjatuh dan kosnya agak tinggi separuh dari kos beli handphone Zenfone 6 baru.

Mahal memang mahal kosnya, tapi kena dan terpaksa tukar sebab phone nie best dan skrinnya besar. Senang untuk berblogging dan lagi satu, kelajuannya memang sesuai untuk blogging.


Lagi satu sebab aku tukar sebabnya adalah kos nak beli handphone baru memang lebih tinggi. Lebih baik repair jer dari beli baru.

Dan paling penting, kosnya tak semahal kos kedai yang sebelum ini aku tanya. Kedai pertama yang aku tanya tu RM400++.

Dan kedai tempat aku repair ini adalah di Low Yat dan kosnya RM300++ jer. Kurang hampir RM100++ jugaklah.

Jadi, jika ada kawan-kawan blogger atau kawan-kawan pembaca yang mengalami masalah skrin Zenfone 6 anda jatuh dan sayang nak tukar phone baru, bolehlah repair di Low Yat.

Tapi untuk yang tinggal berdekatan sahajalah. Kalau dah jauh sangat tu, carilah tempat yang berbaloi ya.

Friday, December 5, 2014

Tak tahulah kalau memang itu kosnya. Tapi berdasarkan pengamatan aku memang mahal kot.

Handphone Asus Zenfone 6 aku jatuh dan skrinnya pecah, tapi boleh pakai lagi.

Dan nak pegi repair kat satu kedai nie kat Kepong, tanya kosnya berapa dulu, Pas Tu dia cakap RM400 satu set.

Mestilah terperanjat monyet aku sekejap. Terus tak jadi nak repair. Pakai jerla selagi boleh pakai. Kos nak sukarnya dah macam beli handphone baru.

Rasa macam mengarut jer. Aku tak tahu la sebab apa ia jadi mahal macam tu.

Pada yang ada pengalaman pakai Asus dan mengalami kerosakan macam aku, memang kos repairnya semahal itu ke?

Handphone dah tip top, laju sebab ram 2gb, gambar pun clear, maklumlah 13 megapixel, tapi sampai bab repair memang mengejutkan.

Tapi aku nak cuba pergi tanya kosnya repair kat Low Yat pulak minggu depan. Manalah tahu murah sikit.

Kalau mahal jugak memang tak repairlah jawapannya. Tunggu beli handphone baru jerla.

Lepas dapat tahu kos repair kat Low Yat, aku akan buat post kat sini.

Sharing is caringkan...

Sunday, November 30, 2014

Alhamdulillah. Tepat tengah malam nie masuklah kita ke bulan terakhir 2014. Bulan disember. Sekejap jer kan rasanya dan masuk bulan 12.


Untuk blog ini, banyak pembaharuan dan aku buat pada bulan November ini. Salah satunya aku upgrade ke domain dot com. Dari razishamit.blogspot.com ke www.razishamit.com

Kalau ikutkan, aku dah berblogging sejak 2008. Tapi blog ini aku wujudkan sejak 2011 lagi. Lama jugakla tu. Dah lebih kurang 3 tahun wujudnya blog ini.

Blog sebelum ini ada lagi. Cuma kurang update dan aku lebih fokus kat blog Perkongsian RH ini.

Sebelum ini memang suam suam kuku jer blog ini sebab update pun sebulan 5 atau 6 jer. Paling banyak pun 10 atau 11.

Tapi bulan 11 nie memang luar biasa mood nak update blog nie. Sampai 46 posting dapat dipublish bulan ini. Termasuk post yang ini adalah 47.

Paling banyak setakat ini. Average 1 hari 1.5 posting aku publish. Kita taip tiap harila aku update Blog ini.

Untuk bulan 12 yang akan tiba beberapa jam jer lagi nie, aku harap dapat terus kekal update blog perkongsian RH ini supaya ia terus kekal ada dalam dunia blogging yang semakin mencabar.

Gaya penulisan tetap akan sama, aku akan tabur jer, tak nak skema sangat. Tapi tetap ada batas bahasa aku akan ikut. Taklah tabur sangat pun sebenarnya.

Dan paling penting, harap blog ini akan terus naik dan naik pembacanya. Sekarang setakat cukup cukup makan jer.


Itu untuk blog, untuk bisnes tak banyak perbezaan macam bulan bulan sebelumnya.

Sibuk tetap sama cuma bertambah sikit sebab dah mula cuti sekolah.

Harapan untuk bisnes di bulan 12 pula macam biasalah, nak sales naik berganda ganda untuk tahun depan 2015.

Staff baru akan masuk lagi 2 orang. So, memang kena push mereka buat sales banyak banyak dan banyak.

Semoga bulan 12 ini kita lebih cemerlang. Cemerlang dunia dan cemerlang ke arah akhirat. Amin

Saturday, November 29, 2014

Kalau hari minggu busy kerja dengan ISDA Catering & Wedding Planner memang selalu tak berupdate Blog nie.

Tapi hari nie nak update sebab Malaysia menang lawan Singapore.

Bagus bagus sebab menang. Tapi masa draw tadi dah rasa sakit hati jugakla.

Tapi nasib baik tuah menyebelahi Dollah Salleh. Dapatlah penalti. Aku cakap tuah Dollah Salleh sebab kalau kalah dia yang kena pecat.

Bukan pemain yang asyik buat hal tu. Agak hangin aku dengan pemain yang selalu buat kesilapan sama kalau dah leading.

Apapun tahniah Dollah Salleh. Perubahan taktikal anda membawa hasil. Gary patut digantikan lebih awal oleh Hafiz Kamal.

Begitu jugak Mat Yo, patut Indra masuk lebih awal jugak atau Indra main terus dari awal.

Dan semoga berjaya hingga ke perlawanan akhir team Dollah Salleh yang akan lawan Vietnam.

Tuesday, November 25, 2014

Milo nie satu jenama yang sudah melekat dan sinonim dengan rakyat Malaysia.

Aku dari kecik dan minum milo sampailah sekarang umur dan nak masuk 3 series.


Nampak tak betapa lamanya Milo dah melekat dan sebati dengan kehidupan kita.

Tapi disebabkan Milo dikeluarkan oleh Nestle yang merupakan syarikat luar negara dan dilaporkan bahawa Nestle antara penyumbang ke negara Haram Israel, maka aku mula mencari pengganti kepada Milo.

Mula mula adalah beli Malt Coklat jenama apa2 ntah. Tak terkenal langsung.

Try tapi tak sesuai dengan selera aku sekeluarga.

Tapi, minggu lepas hari jumaat aku pegi Karnival Upin Ipin kat PICC, ada booth jual Malt Coklat jenama Reevo, aku try beli, minum dan sesuai dengan citarasa kami sekeluarga.

Reevo Pengganti Milo


Dah seminggu kami tak minum Milo dan pastinya akan terus menjadi pengguna Reevo.

Jenama Reevo nie dah lama tahu melalui Facebook hasil perkongsian sifu bisnes Pn Ainon, tapi tak ada jual di supermarket, jadi agak susahlah nak beli dan cuba.

Tapi bila dah beli dan sedap, lepas nie memang akan terus order dari agen mereka.

Harga pun lebih murah berbanding Milo dan bolehlah korang beli sebagai pengganti Milo.

Sama sama kita support produk tempatan.

Dah terlalu lama kita sumbangkan kekayaan kat jenama luar. Sekarang masa yang tepat untuk kita support jenama tempatan.

Jika ada pengedar Reevo baca post ini, bolehlah kongsikan no contact anda dan lokasi agar mudah untuk kami hubungi kalau nak dapatkan bekalan Reevo nie.

Free marketing nie.

Sunday, November 23, 2014

Akhirnya selesai juga hutang yang terpaksa ditanggung kerana tak fikir panjang lima tahun lepas.

Maklumlah, baru kerja dan baru merasa gaji ribu ribu. Tak banyak manapun gaji ribu ribu tu. Tapi disebabkan kejahilan, terjebaklah dengan hutang Courts nie.


5 tahun nak menghabiskan hutang nie. Serik dah nak hutang kat kedai kuning biru tu. Dah cukuplah pengalaman meminjam dengan Courts nie.

Pinjamannya tak seberapa, seronoknya pun seminggu jer, tapi azab nak nak bayar hutang tu. Fuhhhh. Pening kepala nak fikir.

Sekarang aku dah set untuk tak beri perkakas rumah secara hutang lagi lepas nie.

Nak beli, beli cash jer bila dah betul betul cukup duitnya. Nak belajar beli cash jer lepas nie. Ikut nasihat pakar simpan duit.

Pada yang baru nak berhutang dengan Courts tu, kalau boleh lupakanlah. Cari dulu alternatif lain .

Dulu lecturer aku pernah cakap, Courts bukan jual barang sangat pun, tapi sebenarnya buat untung melalui financing yang dicas kepada customer.

Wednesday, November 19, 2014


Hukum ambil MC palsu.

Friday, November 14, 2014

Minggu ini memang sibuk sikit dengan urusan nak menguruskan majlis perkahwinan adik di kampung.

Anak dara pun menyibukkan dirinya.

Walaupun dan menjadi rutin mingguan menguruskan majlis perkahwinan orang. Bila sampai nak uruskan wedding adik sendiri memang lain sikitla kesibukannya.

Ini sebab majlis perkahwinan adik di kampung, aku pula tinggal di Rawang.

Itulah yang menyebabkan kesibukannya berlipat ganda.

Tips untuk bakal pengantin, jangan buat majlis jauh dari tempat tinggal anda sebab kepenatan anda akan berlipat kali ganda nanti.

Melainkan orang lain uruskan semuanya di kampung atau anda ada wedding planner.

Tapi yang menyebabkan kurang sibuknya adalah majlis ini dibuat secara rewang atau tempat aku di panggil gejobos.

Nampak tak kejawaannya di situ.

Hari ini curi masa sikit untuk update blog dan lepas ini akan membusykan diri sehingga esok untuk hari persandingannya.

Moga majlis berjalan lancar dan cuaca cerah cerah sepanjang hari.

Thursday, November 13, 2014

Semakin banyak blogger timbul dan tenggelam sejak kebelakangan ini.


Ada blogger baru yang terus berjaya mendapatkan ramai pembaca kerana kualiti tulisan mereka seperti blog thevocket.com

Ramai juga blogger otai yang tak update blog mereka kerana kekangan masa untuk mengemaskini blog mereka.

Terutamanya bagi blogger separuh masa yang ada komitmen kerja. Tapi kebanyakan mereka masih aktif berblogging kerana berblog adalah passion, minat dan sudah menjadi darah daging mereka.


Walaupun industri blogging semakin meriah, ada beberapa ciri blog yang akan aku selalu kunjungi.

Samaada sebagai sumber bacaan santai mahupun penambah ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan juga blogging.

5 ciri-ciri blog yang akan selalu aku kunjungi adalah:

1. Kerap dikemaskini (Kerap Update)

Entry baru akan menarik aku untuk baca blog tersebut. Biasalakan, nak buat apa lawat blog kalau tiada update baru.

Melainkan termasuk dari Search Engine sebab kita cari maklumat tertentu dan maklumat yang kita cari ada dalam blog tersebut.

Contohnya Blog hasrulhassan.com yang selalu up to date blognya.

2. Tulisan yang ringkas

Tulisannya ringkas tapi padat dengan isi. Tulis apa yang perlu sahaja, tak perlu intro atau terlalu berbunga bunga tanpa isi.

Lebih baik terus kepada isi (straight to the point).

Rasanya, mana-mana pembaca pun akan suka blog yang ringkas dan padat. Tak perlu nak baca panjang-panjang untuk dapatkan isi pentingnya.

Contoh: Blog Abangensem.com

3. Blog kongsi ilmu dan tips.

Satu kelebihan internet yang perlu kita manfaatkan adalah ilmu dan tips yang banyak dikongsikan secara percuma mahupun berbayar.

Jadi, para blogger yang banyak kongsikan tips adalah menjadi pilihan aku untuk selalu singgah.

Contoh Blog: Blog Denaihati.com

4. Blog Yang Senang Di Baca Menggunakan Phone

Rasanya mana-mana pembaca Blog pada masa kini akan baca Blog atau apa saja informasi di internet menggunakan smartphone.

Smartphone dah semakin canggih dan memudahkan akses internet.

Jadi, Blog yang Mudah di baca dan boleh baca di mana-mana sahaja akan jadi pilihan.

Dalam kereta pun boleh baca.

Contoh: Blog thevocket.com

5. Blog Tak Terlalu Banyak Iklan.

Lagi satu ciri Blog yang aku akan dan suka baca adalah Blog yang tak banyak iklan.

Maklumlah, aku biasa baca Blog guna smartphone, kalau Blog banyak iklan, memang tak boleh atau susah nak dibaca.

Jadi, tutup jerla walaupun tajuknya menarik minat untuk dibaca.

Contoh: Blog kujie2.com

Tuesday, November 4, 2014

Alhamdulillah. Dapat jugak buku ini versi penuh. Sebelum nie dah beli versi mini dan isinya memang menakjubkan.

Isinya telah membantu aku dalam kehidupan seharian sebagai usahawan.

Buku ini selalu cari mesti dah out of stock, tapi Alhamdulillah dapat beli di MPH, Mahkota Parade tadi.


Harap dapat khatam buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini minggu ini jugak.

Dan semoga diberikan kekuatan untuk mengamalkan apa yang dikongsikan dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini.
Walaupun Melaka nie kampung kedua aku selepas Sabak Bernam sebab atok wife orang Melaka, tapi kalau nak bercuti, nak bawak anak mandi laut, memang akan datang ke Melaka.

Maklumlah kawasan dah familiar, jadi memang selalulah datang Melaka nie kalau nak bercuti sekejap dan mandi laut.

Lokasi yg biasa aku pergi adalah Pantai Puteri, Klebang.

Lokasi yang agak strategik untuk mandi laut dan tak jauh dari pusat Bandaraya.

Kalau kat Pengkalan Balak, jauh nak pergi pusat Bandaraya. Jadi, pilih la Pantai Puteri.

Kali nie aku menginap kat Chalet yang baru 6 bulan siap. Cantik dan bersih lagi.

Chalet ini namanya Puteri Qashrina Homestay, Pantai Puteri Melaka.



Tempat baru dan sesuai kalau nak bawa keluarga menginap di sini.

Jap lagi aku kongsikan gambar siang dan malam di Puteri Qashrina Homestay ini.

Puteri Qashrina Homestay ini ada 3 Jenis bilik, Homestay dengan 2 bilik, Homestay 1 bilik dan bilik studio untuk yang datang secara berpasangan dan belum ada anak.

Jom kita tengok gambar luaran Puteri Qashrina Homestay ini di waktu siang dan malam.


Antara kemudahan yang ada di Puteri Qashrina Homestay, pondok untuk lepak2 sambil dengan ombak pantai.


Lokasi strategik, laut depan Homestay nie jer. Lintas jalan, dah boleh terus mandi.


Gambar bilik jenis studio. Utk yang anak kecik2 bolehla.


View Puteri Qashrina Homestay di waktu malam. Berwarna warni lampunya. Senang nak cari.




Monday, November 3, 2014

Inilah aktiviti hujung minggu kalau tak ada function wedding atau tak ada appointment dengan bakal pengantin.

Bawa anak jalan-jalan hujung minggu. Biasa bawa jalan hari biasa, tapi keluar hujung minggu lain rasanya sebab ramai orang.

Anak-anak ISDA. Iman dan Imani

Hari biasa kalau jalan-jalan tak ramai sangat dan tak sesak. Seronok jer jalan. Tapi hari nie saja nak rasa kesesakan tu.

Sekali sekala bolehla, kalau selalu memang sesak jugak kepala.

Friday, September 5, 2014

Kalau ikutkan kualiti gambarnya memang setaraf digital camera. Tapi yang lebih bagusnya adalah ia smartphone.

Memang baguslah. Ada pelbagai pilihan untuk bergambar dan Mode terbaik untuk gambar adalah HDR.

Gambar memang terbaik.

Untuk front camera pun bagus juga kualitinya dan pada yang suka selfie dan nak gambar berkualiti bagus memang disarankan ambil jer Zenfone 6 nie.

Laju dan berbaloi.

Gambar 1st untuk front camera dan gambar 2nd utk camera belakang.

Tuesday, August 26, 2014

Semakin hari semakin banyak dan pelbagai telefon pintar dikeluarkan oleh pelbagai pengeluar.

Trend terkini adalah telefon pintar jenama Lenovo. Jenama yang menjadi pilihan ramai kerana harga yang murah dan mampu milik.

Oleh kerana wife dah pakai Lenovo, maka aku memilih Asus Zenfone 6 sebagai pilihan untuk gantikan S3 yang baterinya semakin hampeh dan tak mampu tampung penggunaan yang berlebihan.

Setakat ini Asus Zenfone 6 tak mengecewakan kerana fungsi dan aplikasinya memuaskan hati.

Ditambah pula dengan aplikasi "one hand Mode" yang memudahkan penggunaan menggunakan dengan sebelah tangan. Ini kerana saiz Asus Zenfone 6 agak besar bagi saiz tangan orang Asia dan orang Malaysia.

Mode ini tersangat membantu dan ia tak jauh beza saiz one hand modenya dengan S3.

Apapun ia adalah Mode yang sangat memudahkan penggunaannya. Berbaloi juga dengan harganya.

Ini baru satu bestnya Asus Zenfone 6. Ada lagi banyak bestnya telefon pintar ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget