.

Showing posts with label Santai Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Santai Keluarga. Show all posts

Tuesday, November 4, 2014

Walaupun Melaka nie kampung kedua aku selepas Sabak Bernam sebab atok wife orang Melaka, tapi kalau nak bercuti, nak bawak anak mandi laut, memang akan datang ke Melaka.

Maklumlah kawasan dah familiar, jadi memang selalulah datang Melaka nie kalau nak bercuti sekejap dan mandi laut.

Lokasi yg biasa aku pergi adalah Pantai Puteri, Klebang.

Lokasi yang agak strategik untuk mandi laut dan tak jauh dari pusat Bandaraya.

Kalau kat Pengkalan Balak, jauh nak pergi pusat Bandaraya. Jadi, pilih la Pantai Puteri.

Kali nie aku menginap kat Chalet yang baru 6 bulan siap. Cantik dan bersih lagi.

Chalet ini namanya Puteri Qashrina Homestay, Pantai Puteri Melaka.



Tempat baru dan sesuai kalau nak bawa keluarga menginap di sini.

Jap lagi aku kongsikan gambar siang dan malam di Puteri Qashrina Homestay ini.

Puteri Qashrina Homestay ini ada 3 Jenis bilik, Homestay dengan 2 bilik, Homestay 1 bilik dan bilik studio untuk yang datang secara berpasangan dan belum ada anak.

Jom kita tengok gambar luaran Puteri Qashrina Homestay ini di waktu siang dan malam.


Antara kemudahan yang ada di Puteri Qashrina Homestay, pondok untuk lepak2 sambil dengan ombak pantai.


Lokasi strategik, laut depan Homestay nie jer. Lintas jalan, dah boleh terus mandi.


Gambar bilik jenis studio. Utk yang anak kecik2 bolehla.


View Puteri Qashrina Homestay di waktu malam. Berwarna warni lampunya. Senang nak cari.




Monday, November 3, 2014

Inilah aktiviti hujung minggu kalau tak ada function wedding atau tak ada appointment dengan bakal pengantin.

Bawa anak jalan-jalan hujung minggu. Biasa bawa jalan hari biasa, tapi keluar hujung minggu lain rasanya sebab ramai orang.

Anak-anak ISDA. Iman dan Imani

Hari biasa kalau jalan-jalan tak ramai sangat dan tak sesak. Seronok jer jalan. Tapi hari nie saja nak rasa kesesakan tu.

Sekali sekala bolehla, kalau selalu memang sesak jugak kepala.

Monday, September 29, 2014

Setelah penat bekerja, sebagai hadiah perlulah pergi bercuti merefresh minda dan tenaga dan mencari Idea Baru untuk bisnes terus berkembang.

Lokasi yang berbajet sederhana yang sesuai untuk merehatkan badan adalah Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Kami pergi bercuti pada hari biasa dan bukan hujung minggu, jadi, tiada pasar malam yang popular di Cameron Highland dan tiada juga kesesakan trafik.

Itu yang penting. Bercuti dan bersantai tanpa perlu bersesak-sesak di jalan raya.

Seperti biasa, lokasi popular kalau melawat ke Cameron Highland adalah Ladang Teh BOH, Sg Palas. Lokasi wajib pergi sebab nak feel macam dalam filem Ombak Rindu.








Panorama View dengan menggunakan Asus Zenfone 6.


Hotel tempat kami sekeluarga menginap.






Gambar diambil menggunakan Asus Zenfone 6 Front & Rear Camera. Gambar memang mantop. 13 megapixel. Dah macam DSLR.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget