.

Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Saturday, July 2, 2016

Dah lebih setahun guna Phone Oppo Find 7.

Bagus dah bagus dah. Cas laju (Fast charging), camera depan dan belakang cantik. Dan banyak lagi la bagusnya Oppo Find 7 nie.

Cuma bila dah guna lebih dari setahun dengan cara penggunaan yang agak kuat, memang bateri Find 7 nie akan rosak a.k.a Kong.

Cas penuh pun cepat jer akan habis.

Kalau guna untuk main game, 10 ke 15 dah mati.

Memang perlu disokong oleh powerbank.

Ini memang kelemahan kebanyakan phone. Bateri akan cepat rosak a.k.a kong

Cuma, bateri Oppo Find 7 nie sangat susah nak beli. Ada jual di Servis Centre saja.

Dan bukan selaku ada stok. Kena order dulu kalau nak beli.

Itupun belum tentu dapat. Macam aku nie, dah order sebulan lebih pun masih tak dapat lagi.

Pergi ke servis centre di menara Berjaya tu, katanya memang tak sampai lagi.

Lambat betul.

Apapun, kena sabar jerla sebab dah nasib beli phone semacam nie.

Pada yang nak beli Oppo Find 7 tu, bolehla gunakan isu ini sebagai salah satu pertimbangan.

Tapi kalau tak kisah, Oppo Find 7 nie memang antara best phone yang pernah aku pakai.

Value for money. Berbaloi.


Friday, March 20, 2015

Iphone adalah salah 1 produk keluaran syarikat ternama Dunia, Apple.

Iphone adalah jenama yang menaikkan nama Apple dan pastinya menjadi satu fenomena baru dunia.

Kegunaan biasa Iphone yang dah sampai Iphone 6, ramai dah tahu kegunaan dan kecanggihannya.

Memang tak dapat disanggah dan dinafikan.

Tapi ada kegunaan baru Iphone yang ditemui oleh penunggang motosikal ini.

Jom kita tengok gambar kegunaan lain Iphone.

Friday, December 19, 2014

Gambar jambatan tertinggi dan terpanjang di dunia yang terletak di negara China ini membuatkan aku terfikir, macam mana dia bina jambatan seperti ini.

Nak buat flyover atau jejantas yang hanya beberapa meter pun dah rumit. Inikan pula jambatan berkilometer ini.

Ini dia gambar jambatan terpanjang dan tertinggi di dunia buat masa ini yang terletak di wilayah Hunan.


Pandangan jambatan terpanjang dan tertinggi dari bawah.



Pemandangan jambatan terpanjang dan tertinggi di waktu malam.

Menakjubkan tak? Sangat menakjubkan pada aku. Tak dapat nak difikirkan macam mana mereka bina.

Sedangkan tengok proses pembinaan landasan MRT pun aku dah kagum, inikan pula jambatan yang panjang dan tinggi nie.

Harap satu hari nanti aku dapat lawat jambatan ini.

Sumber Gambar: Facebook

Saturday, November 1, 2014

Fenomena baru iPhone bakal melanda Malaysia dengan kemasukan model terbaru iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.


Maxis dan Digi adalah 2 syarikat telekomunikasi yang akan membawa masuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Dilaporkan laman web mereka down seketika pada hari pertama proses pre order iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Inilah kegilaan yang dibawa oleh iPhone.

Bukan hanya di Malaysia, tapi ke seluruh dunia.


Dahsyat betul penangan iPhone ini.

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini memang boleh tahan harganya.

Tak ramai akan mampu memilikinya.

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini diambil berdasarkan laman LowYat.net:

Harga iPhone 6:
RM2,399 untuk 16GB
RM2,749 untuk 64GB
RM3,149 untuk 128GB

Harga iPhone 6 Plus:
RM2,749 untuk 16GB
RM3,149 untuk 64GB
RM3,549 untuk 128GB

Mahal sangat bagi aku yang bukan penggila gajet nie.

Cukuplah beli smartphone yang boleh online dan boleh update Blog ini di mana-mana sahaja.

Kalau ikutkan hati, memang berminat nak pakai iPhone. Tapi apakan daya, ada benda lebih penting perlu diutamakan berbanding iPhone.

Jadi, tunggu sampai iPhone 10 kot baru nak beli. Hahaha.

Sekian.

p/s: Sumber Gambar dari Google.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget