.

Showing posts with label transfer news. Show all posts
Showing posts with label transfer news. Show all posts

Thursday, June 9, 2016

Ini confirm dan sahih berita perpindahan pemain pertahanan Villareal telah pun menandatangani kontrak bersama United.

Ini telah disahkan oleh laman Rasmi Man United dan juga Facebook rasmi Man United.

Ini merupakan perpindahan pemain pertama di bawah kendalian Jose Mourinho.

Friday, May 27, 2016

Berita yang dah lama ditungu-tunggu oleh Peminat Manchester United.

Berita yang boleh dikategorikan sebagai menggembirakan. Iaitu berita pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus baru Man United.

Apapun tak boleh nak gembira sangat kerana belum bermula pun aksi liga musim baru.

Takut-takut jadi macam Van Gaal juga.

Reputasi gah bersama Belanda, tetapi tidak gah mengurus pasukan kelab.

Apapun, pastinya sasaran para peminat pasukan Man United di bawah pimpinan Jose Mourinho adalah menjulang piala kejuaraan.

Liga dan Champion League.

Tuesday, December 23, 2014

Berita dan gosip terbaru melibatkan pasukan Man United yang dikhabarkan cuba mendapatkan bintang Real Madrid, Gareth Bale dengan nilai £120 juta.

Nilai tertinggi mengatasi rekod perpindahannya sendiri dari Tottenham Hotspurs ke Real Madrid yang bernilai £85 juta pada 2 musim lepas.


Tapi macam kurang berbaloi jer £120 juta Untuk seorang pemain macam Bale nie.

Lebih baik belanjakan £120 juta tu untuk 3 ke 4 pemain lain yang lebih berbaloi macam Vidal, Reus, Matt Hummel, ataupun Strootman.

Kalau dari segi kelajuan, memang tak dinafikan Bale nie. Tapi dari segi lain, memang kurang berbanding Ronaldo.

Kalau £120 juta itu untuk beli Ronaldo, confirm berbaloi-baloi.

Apapun, ia masih lagi rumours atau gosip lagi. Masih belum ada pengesahan.

Samalah kita tunggu dan lihat wahai para peminat Manchester United.

Monday, November 24, 2014

Bayern Munich dilaporkan bakal menawarkan Shaqiri beserta wang perpindahan £7 juta kepada Man United untuk membawa Andres Harrera ke Bayern Munich.

Harrera yang baru dibeli oleh Mana United adalah antara pemain muda kegemaran Pep Guardiola.


Pemain tengah Sepanyol ini telah lama diperhatikan oleh Guardiola.

Peratus untuk perpindahan ini terjadi adalah 50 - 50 sebab Van Gaal juga adalah peminat Shaqiri yang bakal digunakan untuk menguatkan bahagian winger.


Harrera pula sudah dilihat sebagai lebihan dalam team Man United kerana Fellaini menjadi pilihan Van Gaal sekarang disamping Carrick yang sudah pulih dari kecederaan.

Apapun, kita tunggu jendela perpindahan dibuka Januari nanti. Jadi atau tidak.

Sekian.

Saturday, September 20, 2014

Kalau diikutkan dengan prestasi semasa dalam permainan, pasti ramai yang pelik kerana Real Madrid sanggup menjual Maria.

Antara pemain berbakat dan banyak sumbangan dalam pasukan Real Madrid.

Dan diganti oleh pemain yang baru meningkat naik dan menyerlah dalam Piala Dunia Brazil yang lepas, James Rodriquez.

Ada beberapa kemungkinan boleh menyebabkan keadaan ini berlaku.

Menurut Presiden Real Madrid, Perez, pembelian Rodriquez bukan disebabkan keperluan pasukan, tetapi disebabkan beliau menyerlah dalam saingan Piala Dunia.

Dapat dilihat bahawa pembelian Rodriquez bukanlah kerana keperluan, tetapi untuk penjenamaan.

Untuk jualan jersi dan jenama Real Madrid di Colombia, negara kelahiran Rodriquez.

Kalau diikutkan, nama Maria tak sepopular Rodriquez samada di negara kelahiran mahupun Eropah dan Asia.

Dengan populariti semasa Rodriquez, maka Real Madrid boleh menjana keuntungan segera melalui penjenamaan dan jualan jersi Rodriquez.

Seperti yang dilakukan Madrid melalui pembelian Ronaldo dari Manchester United, dan Bale dari Tottenham Hotspurs.

Kos pembelian kedua pemain ini dapat dibiayai oleh penjualan jersi kedua pemain ini.

Jadi, tak peliklah penjualan Maria dan pembelian Rodriquez berlaku.

Tuesday, September 2, 2014

Tempoh perpindahan pemain liga Eropah sudah tamat dan United adalah antara kelab yang paling sibuk dan paling banyak berbelanja untuk mendapatkan pemain baru.

Kesemuanya terdapat 6 pemain baru yang dibawa masuk oleh Van Gaal bagi memperkuatkan lagi pasukan United.

Pemain bahagian serangan adalah yang paling ramai dibawa masuk oleh Van Gaal.

Kemasukan yang paling menarik adalah kemasukan Di Maria dan juga Falcao. 2 pemain berprofil tinggi dan menjadi buruan kelab utama Eropah tetapi memilih United.

Bagi mereka United merupakan antara pasukan kelab terbesar dunia walaupun musim ini United tidak akan bermain di pentas Eropah.

Secara dasarnya memang mengejutkan berita perpindahan Falcao ke United, tapi sangat menggembirakan bagi peminat setia United yang masih belum menunjukkan taring mereka selepas 4 perlawanan kompetitif di England di bawah pengurusan Van Gaal.

Perpindahan Falcao secara pinjaman ini pastinya membantu menajamkan bahagian serangan United yang kurang berbisa.

Seterusnya Falcao akan menjadi saingan kepada Wayne Rooney dan RVP.

Ditambah pula dengan pembelian Di Maria dari Real Madrid, pastinya bahagian serangan United bakal menjadi igauan pasukan lain di BPL.

Kemasukan Falcao ini menyebabkan 2 penyerang muda United, Welback dan Chicharito dipinjamkan keluar ke Real Madrid dan Arsenal.

Wednesday, August 27, 2014

Berita yang ditunggu-tunggu peminat pasukan BPL, Manchester United. Berita pengesahan perpindahan Angel De Maria dari Real Madrid.

Perpindahan ini dikhabarkan bernilai £59.7 juta yang secara tak langsung memecahkan rekod perpindahan pemain di liga English yang dipegang Fernando Torres ketika beliau dibeli Chelsea dari Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak £50 juta.

Ketibaan De Maria ke Man United pastinya menggembirakan para peminat kerana prestasi semasa pemain tak meyakinkan terutamanya pemain sayap kanan dan kiri yang kurang tajam dan kurang mencabar salam setiap perlawanan.

Gambar Angel De Maria di Manchester United.

Thursday, July 17, 2014

Berita terbaru yang boleh dikatakan mengejutkan peminat bola sepak Eropah. Berita perpindahan pemain kebangsaan German Tony Kroos yang baru sahaja memenangi Piala Dunia 2014 beberapa hari yang lalu.


Berita perpindahan Tony Kroos ke Real Madrid dari Bayern Munich agak mengejutkan kerana Bayern Munich adalah antara kelab terbesar di Eropah dan pastinya agak jarang pemain kebangsaan German akan bermain dengan kelab lain, lagi-lagi pemain itu adalah pemain Bayern Munich.

Tapi inilah hakikatnya kerana Tony Kroos bukanlah pemain tengah pilihan utama Pep Guardiola, jurulatih baru pasukan Bayern.

Atas sebab inilah Tony Kroos bertindak menandatangani kontrak bersama Real Madrid. Bersama Real Madrid, Kroos bakal bergandingan di bahagian tengah bersama Luka Modric dan juga Xavi Alonso, seterusnya bakal menyingkirkan rakan senegara Kroos, Sami Khadira ke bangku simpanan.

Berikut adalah barisan kemungkinan Real Madrid pada musim 2014/2015:

Penjaga Gol: Iker Casillas

Pertahanan: Marcelo, Sergio Ramos, Pepe, Carvajal

Tengah: Xavi Alonso, Modric, Kroos

Serangan: Ronaldo, Bale, Benzema

Sumber: Twitter The Sun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget