.

Showing posts with label Kempen Marketing. Show all posts
Showing posts with label Kempen Marketing. Show all posts

Thursday, June 16, 2016

- Pernah tak anda datang ke IKEA, anda diekori oleh jurujual yang sentiasa mengekori langkah anda?

- Pastinya tidak bukan? Tak ke pelik tu.

- Macam mana IKEA boleh menjual tanpa ada Jurujual yang bertindak sebagai penjual atau agen jualan.

- Inilah rahsia kekuatan IKEA yang gagal ditiru oleh peniaga perabut atau perkakas rumah yang lain.

IKEA Menggunakan Content Marketing

- IKEA menjual berdasarkan dan berstrategikan konten marketing.

- Dimana Kontennya? Pada showroomnya yang besar tu. di situlah IKEA menceritakan dan memberi informasi tentang kegunaan produk keluaran mereka.

- Melalui showroon itu IKEA mendidik pengguna akan kelebihan produk keluarannya.

- Walaupun kita sekadar window shopping di IKEA, banyaj idea kita boleh dapat dan lama-kelamaan pasti kita akan terjebak untuk membeli barang keluaran IKEA.

- Betul tak? Betul kan?

Kelebihan Tiada Jurujual

- Tiada jurujual bakal membantu dan memujuk anda untuk membeli.

- Bukan semua orang sukakan jurual mengekor kita dalam kedai kan?

- Kita perlu keselesaan untuk memilih dan berjalan. Tiada sebarang paksaan. Itulah yang kita inginkan.

- Keselesaan sebenarnya membantu kita untuk memilih. Minda yang tenang akan menggalak emosi membeli kita.

Praktikkan Strategi Ini Dalam Bisnes Kita

- Banyak kelebihan jika kita mampu mempraktikkan strategi IKEA ini dalam bisnes kita.

- Cuma apa yang perlu adalah membekalkan informasi yang secukupnya pada bakal pelanggan supaya senang mereka membuat pilihan.

- Tak perlu jurujual kerana Konten kita yang akan menjual secara tidak langsung.

- Inilah Kelebihan Content Marketing.

- Menjual tanpa kelihatan seperti menjual.

Monday, February 2, 2015

Sebut pasal internet marketing, ramai akan terfikir tentang Facebook, Twitter, Instagram, blog dan macam-macam lagi.

Memang ada berpuluh malahan beratus sumber untuk internet marketing.

Ada yang percuma. Ada yang berbayar.

Tak kisahlah percuma atau berbayar, apa yang penting kita perlu gunakan Internet Marketing ini.

Banyak faedahnya. Antaranya adalah kos yang lebih rendah. Seperti yang dikongsikan oleh Pn Ainon di laman sekolahbisnes.net.


Memang kosnya sangat jauh berbeza dan hasilnya agak sama atau lebih baik.

Syarikat besar biasanya menggunakan offline marketing untuk menaikkan jenama mereka.

Bukan untuk membuat jualan semata-mata.

Seperti contoh, billboard besar di lebuhraya utama bukanlah bertujuan untuk menghasilkan jualan, tapi lebih kepada Branding dan Brand Positioning.

Jadi, sebagai peniaga kecil, kata seharusnya terus fokus kepada internet marketing kerana ia berkos rendah dan mampu bayar.

Itulah yang kami lakukan untuk mempromosikan bisnes perkahwinan yang kami buat, ISDA Catering & Wedding Planner.

Selain dari menaikkan Branding, internet marketing juga membantu menjana jualan terus dan paling penting, ia menjimatkan kos menjual kami.

Untuk kami yang berskala kecil, kami mampu menjimatkan kos lebih dari RM10k dengan internet marketing.

Ini kerana, kos pengiklanan di majalah untuk 1 keluaran adalah berharga RM2k +++. Dan bukan boleh beli slot untuk 1 keluaran, kontrak minima adalah 6 keluaran iaitu untuk 6 bulan.

Jadi, kosnya lebih kurang RM12k.

Selain dari majalah, medium pemasaran offline lain yang biasa digunakan dalam industri adalah Pameran atau Ekspo.

Kos menyertai Pameran adalah RM4k untuk saiz booth 10' x 10'. Kos yang sangat tinggi. Ini adalah kos paling minima.

Untuk pameran yang bereputasi tinggi, kosnya mencecah RM5k untuk saiz booth yang sama.

Dalam setahun perlu menyertai 3 Pameran sekurang-kurangnya jika ingin mendapatkan jualan yang banyak.

Jadi, RM4k x 3kali, kosnya lebih kurang RM12k.

Sebagai penyelesaian untuk kos offline marketing yang mahal, kita perlu gunakan Internet Marketing sebaik mungkin dan semaksimum yang boleh.

Mengikut pengalaman kami, penjimatan sehingga RM10k mampu dicapai jika menggunakan medium internet marketing sepenuhnya.

Jadi, ambil kesempatan ini untuk kita menjana pendapatan sebanyak yang boleh dengan kos pemasaran yang minima.

Sekian.

Wednesday, January 21, 2015

Pastinya tujuan pengasas produk Qu Puteh adalah untuk memperkenalkan jenamanya ke seluruh Malaysia.

Belanja sikit muka Anzalna, Barulah Putihhhhh

Jadi, dengan menaja acara seperti #AJL29 adalah strategi yang bijak.

Tapi pastinya kos tajaan sangat tinggi dan sebagai pemilik bisnes, liputan iklan perlulah berbaloi dengan jumlah bayaran.

Sebab itulah semasa #AJL29 berlangsung, memang banyak kali jenama Qu Puteh diulang ulang.

Satu strategi gerila marketing yang power.

Itu belum lagi dengan iklan tv semasa iklan komersil.

Fuhhhh. Memang promosi tahap maksimum nie.

Kekerapan jenama disebut telah menjadikan ia disebut orang ramai yang positif dan juga negatif.

Ada yang boleh terima. Ada yang serabut.

Tapi, ia berjaya memasuki minda penonton #AJL29 yang pastinya berjuta orang bilangannya.

Inilah kejayaan misi pengiklanan Qu Puteh.

Tapi dari segi kejayaan hasil jualan, itu belum pasti keberhasilannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget