.

Showing posts with label Santai Blog. Show all posts
Showing posts with label Santai Blog. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Tahun 2015 dah 2 minggu berlalu. Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua rakan blogger.

Misi terbaru blog Perkongsian RH adalab mencari Blog sebanyak mungkin untuk mengisi senarai blogwalking list di side bar blog ini.


Untuk dimasukkan dalam senarai blogwalking list blog Perkongsian RH ini, cuma perlu tinggalkan komen di entry ini.

Lepas tu link blog anda akan dimasukkan.

Taknak pertukaran link pun tak apa. Kalau nak letakkan link blog ini di blog anda lagilah dialu-alukan.

Jadi, apa lagi, komen dan tinggalkan link blog anda ya.


Thursday, January 1, 2015

Tahun 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya. Dan 2015 pun baru sahaja menjelang.

Selamat Tahun Baru 2015 diucapkan kepada pembaca Blog razishamit.com ini.


Seperti tahun baru yang kebiasaannya dipenuhi dengan azam baru, begitu juga aku.

Azam baru 2015 adalah menyempurnakan Azam 2014 yang belum tertunai.

Antara yang belum tertunai adalah azam berkaitan blogging iaitu penempatan blog ini agar mampu menjana pendapatan lebih konsisten.

Manakala azam 2014 untuk bisnes yang belum tertunai adalah mempunyai lokasi atau dewan khas untuk melangsungkan perkahwinan sendiri di bawah jenama Laman Cinta ISDA.

Ini antara azam yang besar yang belum tertunai. Azam kecik kecik ada banyak lagi.

Tahun 2015 ini akan ada azam baru antaranya aku sasarkan blog ini akan berada dalam senarai top 500 blog di Malaysia ini.

Sekarang level jauh, beribu ribu (kalau ikut ranking Alexa.com)

Manakala untuk bisnes, azamnya adalah nak menambah cabang bisnes dalam bidang trading, pertanian, event, dan internet marketing menerusi blog razishamit.com ini.

Wednesday, November 5, 2014

Kisah benar.

Bukan nak jatuhkan jenama Malaysia, tapi anda kena baca sampai habis. Untuk ilmu memilih kereta.


Jangan beli myvi auto buatan Malaysia.

Ini masalah utamanya.

Dulu pakcik kwn saya beli myvi 1.5 extreme, auto transmisi.( umur 52 thun). Bila siang keta dia leh jalan.

Bila mlm tak boleh jalan. Selepas seminggu dgn prasaan marah, dia pegi ke tempat dia beli dan komplenTrue story

Jangan beli myvi auto buatan msia...ini masalah utamanya....
Dulu pakcik kwn saya beli myvi 1.5 extreme, auto transmisi.( umur 52 thun). Bila siang keta dia leh jalan.

Bila mlm xleh jln. Selepas sminggu dgn prasaan marah, dia pegi ke tempat dia beli dan komplen.

Pomen pun test drive, ok yo. Xkan mlm xleh jalan, pkcik betul ke ni? Botul.

Siang pakcik masuk gear D( day), ok jer. Bila malam masuk gear N (night) langsung xmau jalan apa bodoh punya kete niiii!!!!!.

Pomen tu pitam.... ha.... ha... ha.....😆.....luruih bendul pakcik ni....

Paneh telingo...?????. Pomen pun test drive, ok yo. Xkan mlm xleh jalan, pkcik betul ke ni? Botul.

Siang pakcik masuk gear D( day), ok jer. Bila malam masuk gear N (night) langsung xmau jalan apa

bodoh punya kete niiii!!!!!. Pomen tu pitam.... ha.... ha... ha.....😆.....luruih bendul pakcik ni....

Cerita copy paste dari group Whatsapp. Jangan marah ya.

Tuesday, November 4, 2014

Alhamdulillah. Dapat jugak buku ini versi penuh. Sebelum nie dah beli versi mini dan isinya memang menakjubkan.

Isinya telah membantu aku dalam kehidupan seharian sebagai usahawan.

Buku ini selalu cari mesti dah out of stock, tapi Alhamdulillah dapat beli di MPH, Mahkota Parade tadi.


Harap dapat khatam buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini minggu ini jugak.

Dan semoga diberikan kekuatan untuk mengamalkan apa yang dikongsikan dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini.

Sunday, November 2, 2014

Ini antara keywords popular yang membawa trafik ke Blog Perkongsian ini.

Sejak baru nak aktif balik berblogging nie, kenala update keywords untuk dijadikan sumber rujukan masa hadapan.


Keywords berkaitan perkahwinan masih menjadi sumber utama trafik ke blog ini.

Harap aku dapat terus konsisten menaikkan semula blog ini.

Domain pun dah upgrade, kenala terus bekerja keras untuk naikkan.

Saturday, November 1, 2014

Kalau buka guna web browser mungkin orang boleh baca.

Tapi kalau pakai phone, smartphone, macam yang aku screenshot nie, memang tak nampaklah gamaknya.

Kalau buka guna web browser pun, dah tentu semak samun dengan iklan jugak.

Jadi, berpada-padalah nak letak iklan tu.

View iklan mungkin tinggi, tapi jumlah klik belum tentu lagi sebab penuh sangat dengan iklan.

Jadi, kurangkan iklan, lebihkan content ya.



Thursday, October 23, 2014

Ramai blogger baru masih mencari dan tercari-cari arah tuju blog dan penulisan mereka.

Yang dah lama berblog macam aku nie pun ada masalah yang sama.

Susah nak kekal fokus dalam satu arah berblog ini. Masih blur tentang arah tuju.

Untuk menjadi blogger berjaya dan blog menjadi terkenal, perlukan arah penulisan yang jelas dalam berblog.

Kebanyakkan Top Blogger sudah ada arah mereka dan segmen penulisan mereka yang tersendiri dan fokus dalam bidang atau tajuk tertentu agar mereka tak lari dari tujuan asal mereka menulis blog.

Sumber: eizil.com

Tapi kini aku semakin nampak arah tuju aku berblog nie. Arahnya adalah tulis jer pasal apa yang aku rasa nak tulis.

Jadi, blog ini akan jadi sedikit caca marbala dan bercampur baur dari segi kandungannya entry dan posting.

Tapi aku akan lebihkan pada bidang dan nasihat untuk merancang majlis perkahwinan dan juga bisnes.

Almaklumlah, aku adalah pengusaha dan peniaga yang terlibat dalam industri perkahwinan.

Disamping berniaga tu, apa input dan pengalaman akan aku kongsikan dalam blog ini antaranya adalah Panduan Bakal Pengantin untuk Merancang Majlis Perkahwinan mereka. Tips dan panduan ini adalah antara entry yang banyak menarik pelawat ke blog aku yang tak seberapa ini.

Harap sedikit tips ini akan membantu bakal pengantin merancang majlis perkahwinan mereka supaya majlis berjalan dengan lancar dan teratur.

Sukan juga akan aku selitkan dalam blog ini sebab bola sepak adalah sukan kegemaran dan aku adalah penyokong Manchester United.

Apa berita best yang aku rasa aku nak kongsi, aku akan kongsikan bergantung pada kelapangan masa untuk menulis.

Bukan mencari alasan untuk tidak menulis, tapi komitmen bisnes dan komitmen nak menjaga 3 orang anak memang memerlukan masaa yang banyak.

Anak dah tido barula boleh nak berblogging. Kalau tak memang kena kacau jerla jawabnya.

Rasanya itulah arah blog ini selepas ini. Di harap adala yang sentiasa sudi membaca dan melawat blog biasa-biasa ini.

Tuesday, October 14, 2014

Saja nak kongsikan hasil kreatif pembuat air kopi.

Menarik juga hasil kerja mereka. Kalau Mmg dah berbakat, buat apa pun mampu menarik perhatian ramai.

Begitu juga dalam bisnes, buat bisnes yang mengikut bakat dan minat anda.

Insha Allah hasilnya berbaloi dan menarik perhatian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget