.

Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts
Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts

Wednesday, March 16, 2016

Baca blog post neilpatel.com tentang penulisan blog yang kurang dari 3000 patah perkataan mampu menarik lebih ramai pembaca.

Itu tak dinafikan sebab sekarang nie kebanyakan pembaca blog membaca melalui smartphone.

Skrin kecik, lebih sesuai baca post yang tak terlalu panjang.

Lagi satu, smartphone dengan data yang perlahan, akan menyebabkan loading blog yang bertulisan panjang menjadi lambat.

Kalau dah lambat tu, percent nak ditutup memang tinggi.

Aku pun kalau blog lambat loading, tutup jer.

Sebarang nie zaman semua nak cepat. Yang lambat memang akan tertinggal dan ditinggalkan.

Jadi, lepas nie, blog razishamit.com akan tulis post sedang-sedang jer.

Nak post panjang-panjang memang tak la.

Friday, January 23, 2015

Pada dasarnya memang yang ramai berblog kerana pendapatan tambahan. Tapi ia tak lah semudah disangka dan ia juga tidak sesusah disangka.

Yang diperlukan untuk berjaya buat duit dengan blog adalah ilmu dan usaha.

Ilmu kalau tak ada usaha memang takkan jadi jugak.

Macam tu sebaliknya, kalau usaha dan banyak, tapi tiada ilmu, memang takkan menjadi juga.

Kat gambar ini adalah cara buat duit melalui blog yang dikongsikan oleh Top Blogger Antarabangsa, Problogger.net.


Secara umumnya, ada 7 cara utama untuk buat duit dengan blog seperti gambar di atas.

Untuk bacaan lebih lanjut dan lengkap, boleh baca artikel lengkap di blog problogger.net di link di bawah.

Sumber: Helping blogger to Make Money From Blog - Problogger.net

Thursday, January 15, 2015

Ada orang memang suka menulis. Tapi tulisannya merapu meraban. Langsung tak sesuai nak di baca.

Lagi teruk, menulis yang menyusahkan orang lain. Jadi keyboard warrior yang sebarkan berita tak betul.

Ada orang tak suka menulis. Tapi hasil tulisannya sangat Wowww.

Sumber Gambar: http://ruangtulisan.blogspot.com/

Macam macam sebenarnya perihal menulis nie.

Ada yang hebat menulis tapi tak mampu memberi hasil dari penulisannya.

Menulis sebagai hobi di Facebook atau sosial media yang lain lain.

Ada yang tak berapa hebat, tapi boleh menjadi kaya raya dengan menulis.

Apa rahsianya ya?

Sebenarnya Rahsia Menulis dan Buat duit ini adalah buat.

Kena buat, praktik dan tulis, baru boleh buat duit dengan menulis.

Tapi sebelum menulis, kena cari ilmu dulu.

Tak ada ilmu akan menyebabkan kita gagal, lambat berjaya atau kurang berjaya.

Tiru jer jalan orang dah berjaya. Insha Allah kita akan berjaya jadi penulis yang berjaya buat duit.

Thursday, January 1, 2015

Tahun 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya. Dan 2015 pun baru sahaja menjelang.

Selamat Tahun Baru 2015 diucapkan kepada pembaca Blog razishamit.com ini.


Seperti tahun baru yang kebiasaannya dipenuhi dengan azam baru, begitu juga aku.

Azam baru 2015 adalah menyempurnakan Azam 2014 yang belum tertunai.

Antara yang belum tertunai adalah azam berkaitan blogging iaitu penempatan blog ini agar mampu menjana pendapatan lebih konsisten.

Manakala azam 2014 untuk bisnes yang belum tertunai adalah mempunyai lokasi atau dewan khas untuk melangsungkan perkahwinan sendiri di bawah jenama Laman Cinta ISDA.

Ini antara azam yang besar yang belum tertunai. Azam kecik kecik ada banyak lagi.

Tahun 2015 ini akan ada azam baru antaranya aku sasarkan blog ini akan berada dalam senarai top 500 blog di Malaysia ini.

Sekarang level jauh, beribu ribu (kalau ikut ranking Alexa.com)

Manakala untuk bisnes, azamnya adalah nak menambah cabang bisnes dalam bidang trading, pertanian, event, dan internet marketing menerusi blog razishamit.com ini.

Sunday, November 30, 2014

Alhamdulillah. Tepat tengah malam nie masuklah kita ke bulan terakhir 2014. Bulan disember. Sekejap jer kan rasanya dan masuk bulan 12.


Untuk blog ini, banyak pembaharuan dan aku buat pada bulan November ini. Salah satunya aku upgrade ke domain dot com. Dari razishamit.blogspot.com ke www.razishamit.com

Kalau ikutkan, aku dah berblogging sejak 2008. Tapi blog ini aku wujudkan sejak 2011 lagi. Lama jugakla tu. Dah lebih kurang 3 tahun wujudnya blog ini.

Blog sebelum ini ada lagi. Cuma kurang update dan aku lebih fokus kat blog Perkongsian RH ini.

Sebelum ini memang suam suam kuku jer blog ini sebab update pun sebulan 5 atau 6 jer. Paling banyak pun 10 atau 11.

Tapi bulan 11 nie memang luar biasa mood nak update blog nie. Sampai 46 posting dapat dipublish bulan ini. Termasuk post yang ini adalah 47.

Paling banyak setakat ini. Average 1 hari 1.5 posting aku publish. Kita taip tiap harila aku update Blog ini.

Untuk bulan 12 yang akan tiba beberapa jam jer lagi nie, aku harap dapat terus kekal update blog perkongsian RH ini supaya ia terus kekal ada dalam dunia blogging yang semakin mencabar.

Gaya penulisan tetap akan sama, aku akan tabur jer, tak nak skema sangat. Tapi tetap ada batas bahasa aku akan ikut. Taklah tabur sangat pun sebenarnya.

Dan paling penting, harap blog ini akan terus naik dan naik pembacanya. Sekarang setakat cukup cukup makan jer.


Itu untuk blog, untuk bisnes tak banyak perbezaan macam bulan bulan sebelumnya.

Sibuk tetap sama cuma bertambah sikit sebab dah mula cuti sekolah.

Harapan untuk bisnes di bulan 12 pula macam biasalah, nak sales naik berganda ganda untuk tahun depan 2015.

Staff baru akan masuk lagi 2 orang. So, memang kena push mereka buat sales banyak banyak dan banyak.

Semoga bulan 12 ini kita lebih cemerlang. Cemerlang dunia dan cemerlang ke arah akhirat. Amin

Thursday, November 27, 2014

Ramai mengetahui Facebook merupakan antara medium pemasaran/marketing terbaik dan murah pada masa ini.



Ramai dah jadi jutawan melalui bisnes di Facebook pada masa sekarang.

Facebook Popular, Blog Dilupakan

Tetapi sebelum popularnya Facebook, blog telah menjadi pilihan ramai untuk menjual dan membuat marketing. Ini kerana kosnya amat murah berbanding medium pemasaran lain pada masa itu.

Itu sebelum Facebook mengambil alih dan seterusnya mengungguli medium pemasaran berkos rendah. 

Akan tetapi, perlu diingat, semakin tinggi permintaan dalam pengiklanan Facebook, cas dan kosnya pasti akan terus meningkat.

Dan sekarang pelbagai polisi baru dikeluarkan oleh Facebook dan hal ini merumitkan lagi proses menjual melalui Facebook secara percuma atau secara kos yang minima.

Ini berlaku sejak pengapungan Facebook di pasaran saham. Pastinya kini keuntungan menjadi keutamaan Facebook.

Tapi, Jangan Lupakan Blog


Oleh sebab itulah kita tak boleh melupakan peranan blog sebagai medium pemasaran.

Blog dilihat kurang popular berbanding Facebook adalah kerana Facebook sangat "user friendly" berbanding blog yang agak teknikal sedikit, maklumlah Facebook adalah Social Media.

Ia memang berfungsi sebagai laman pertembungan social dan bukan pusat menjual.

Tetapi perlu diingat, blog adalah "Google Search Friendly". Ramai antara kita akan mencari sesuatu maklumat masih menggunakan Google.

Di sinilah kekuatan blog.

Ada Kedua Duannya Lagi Bagus

Maka dengan ini, blog adalah masih relevan sebagai medium pemasaran selain Facebook. Jika digabungkan keduanya, Insha Allah hasilnya akan lebih besar. "Two Is better than One".

Wujudkan blog jika anda belum ada, dan jika sudah ada kekalkan ia dan terus update. Apa yang anda promosikan di Facebook, promosikan juga di blog dan sebaiknya.

Blog Simple Tapi Jana Sehingga 5 Angka Sebulan


Boleh lihat contoh blog simple saya yang telah berjaya menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan www.isdacatering.com.

Selain blog ini, laman Facebook page juga saya sediakan sebagai serampang 2 mata. Fb Page saya untuk blog ini adalah ISDA Catering & Wedding Planner

Ada banyak lagi contoh blog yang menjana pendapatan lumayan seperti blog Majalah Niaga di www.majalahniaga.com dan banyak lagi.

Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda.

Sekian.

Monday, November 24, 2014

Alhamdulillah. SPM dah hampir tamat. Dan dah ada yang tamat pun peperiksaan SPMnya.

Biasanya, kalau dah habis SPM nie, dah merdeka katanya. Dah bebas dari alam persekolahan yang penuh dengan peraturan dan disiplin.


Macam macam ragam dilakukan untuk menunjukkan mereka telah habis peperiksaan SPM.

Tapi itu semua tak jadi masalah. Yang jadi masalah dan dilema adalah apa nak buat lepas habis exam SPM?

Fuhhhh. Memang mencabar permasalahan ini.

Jom kita rungkai apa yang adik2 lepasan SPM boleh buat sementara tunggu keputusan SPM diumumkan.

1. Duduk jer rumah. Makan Tido, makan Tido.

Almaklumlah, anda masih di bawah jagaan ibubapa anda.

Makan Tido jerla sampai keputusan SPM diumumkan dan tunggu panggilan masuk IPTA atau IPTS.

2. Kerja Part Time.

Ini yang paling banyak orang buat. Nak cari duit sendiri, kenala bekerja.

Kalau duduk rumah jer memanglah syok. Tapi mesti poket pun kosong.

Inilah yang aku buat masa lepas exam SPM dulu. Kerja Part time kat kedai makan.

Gaji 15 ringgit jer sehari. Jadilah dari takde langsung. Kalau sekarang memang takde budak nak kerja kalau gaji sehari 15 ringgit jer. Top up pun tak lepas katanya.

Sekarang banyak shopping complex, banyak restoran fast food dan cuti sekolah banyak majlis kahwin, bolehlah kerja sebagai waiter part time.

Apa kerja part time korang nak pilih, pilihlah dan buat kerja tu sambil belajar sesuatu yang baru.

Sesuatu yang tak diajar di dalam kelas.

3. Buat Blog.

Mulakan buat blog anda sekarang. Sekaranglah masa terbaik untuk anda belajar menulis Blog sebab anda ada banyak masa. Kurang komitmen, jadi buat blog sambil belajar buat duit dengan Blog.

Belajar dari blogger otai macam Hasrulhassan.com, Denaihati, dan banyak lagilah.

Penuh kalau nak sebut kat sini. Taip jer kat google 'cara buat duit dengan blog', pilihan yang terbaik dan paling sesuai dengan jiwa serta minat anda.

Paling senang nak buat entry permulaan,korang boleh kongsikan semua kertas periksa SPM yang korang dah ambil.

Kongsi dalam blog sebab soalan periksa tahun sebelumnya sentiasa menjadi pilihan pelajar yang bakal ambil SPM sebagai bahan ulangkaji.

Kan senang tu. Kalau ada 10 subject, korang boleh buat lebih dari 10 entry baru.

Sambil sambil tu pandai pandailah buat duit dengan kongsikan link affiliate atau iklan. Apa itu Affiliate? Rujuk Buat Duit Dengan Affiliate

4. Buat dan Set Up Bisnes Online.

Ini jarang orang buat, tapi ada yang buat. Contohnya Tn Adly Flarebiz. Dia set up bisnes ini masa tunggu result SPM.

Sekarang dah jadi somebody dalam industri jualan online.

Jadi, tiada yang mustahil. Ditambah pula dengan tenaga dan jiwa yang bertenaga. Pasti akan membuahkan hasil, Insha Allah.

Lagi satu, waktu ini korang tak ada banyak komitmen perlu difikirkan dan ditanggung. Kalaupun bisnes yang korang set up tu gagal, tak ada orang lain yang akan terkesan.

Korang diri sendiri jer yang terkesan.

Tapi, janganlah baru belajar nk berbisnes tapi anda dah berhutang keliling pinggang. Itu cari nahas namanya.


Contoh bisnes yang korang boleh ceburi adalah. Kat atas Blog ini ada banner tentang bisnes burger, klik dan boleh belajar dari situ. Atau klik jer sini, belajar bisnes jual burger dan jana pendapatan sehingga 5 angka.

5. Korang juga boleh jadi Penulis Bebas dan Buat Duit.

Dalam blog ini jugak kami mencari penulis baru yang boleh menulis artikel yang fresh dan mengikut perkembangan semasa. Korang boleh klik sini, Penulis Jemputan Berbayar.

Atau boleh belajar menulis dengan Tn Aqif Azizan tentang penulisan yang mampu memberi pendapatan lumayan. Ini linknya RM1,000 sebulan dengan menulis.


Inilah 5 perkara yang korang boleh buat lepas habis exam SPM, dan sambil tunggu keputusan SPM diumumkan.

Kalau rakan blogger pembaca Blog Perkongsian RH nie ada idea lain, bolehlah kongsikan diruangan komen di bawah.

Mana tahu idea korang dapat membantu adik2 lepasan SPM dan seterusnya dapat mengelakkan dari gejala dan aktiviti tak sihat.

Tapi kalau korang tak dipanggil menyertai kemasukan PLKN lah.

Kalau terlibat PLKN, Alhamdulillah belajar dan kutip pengalaman ketika menjalani latihan dan gunakan dalam hidup korang nanti.

Sekian.

Friday, November 21, 2014

Mencari templates untuk blog memang agak memeningkan. Melainkan anda seorang blogger yang tak kisahkan tentang template blog anda.

Sample Templates Blogger Blogspot

Tapi bagi blogger yang mengambil berat kecantikan dan kesimplean blog mereka, pasti mereka akan pening mencari template terbaik untuk blog mereka.

Templates ini bergantung pada cita rasa blogger masing masing.

Tapi perlu dititikberatkan kerana pemilihan templates yang betul akan membantu anda menarik trafik yang banyak dari Google Search. Maksudnya, templates blog mesra SEO. Ini sifu Blogger Blogspot - Tn Hasrul Hassan bagi tips.

Ada blogger yang lebih suka yang simple, contohnya blog Abangensem.com. Simple dan tenang jer nak baca blognya.

Ada juga yang suka banyak column untuk senang letakkan banner iklan, link blog dan macam macam lagi.

Tapi kebanyakkan blogger akan letak yang simple jer template blog mereka. Blog dengan 2 column selalu menjadi pilihan mereka.

Aku pun pilih 2 column jer sebab taknak serabutkan blog. Kalau dulu memangla, kalau boleh ada yang 10 column templates itulah yang akan aku gunakan.

Templates Blog Yang Aku Guna Sekarang
Tapi itu dulu ya.

Oleh sebab aku guna platform blogspot, aku biasa ambil template di laman Btemplates - Free Blogger Templates for your Blog

Insha Allah anda akan dapat apa yang anda kehendaki.

Lagi 1, bagi anda yang buat bisnes online, boleh juga gunakan blog platform blogspot ini sebagai minisite anda. Rahsia Menjadi 'PRO' Dalam Rekaan Minisite Menggunakan Blogspot

Tak perlu keluarkan modal besar membeli hosting jika anda baru nak berjinak dalam online bisnes. Guna jer platform blogspot sebagai minisite.

Tapi kenala dapatkan panduan dari yang pakar di Rahsia Menjadi 'PRO' Dalam Rekaan Minisite Menggunakan Blogspot

Monday, November 17, 2014

Keywords yang membawa trafik ke Blog Perkongsian RH ini agak menarik minggu ini.

Ini jerla sumber trafik Blog Perkongsian RH yang tak seberapa ini.

Seperti biasa, entry berkaitan pengantin, perkahwinan menjadi penyumbang utama mingguan dan bulanan.

Semoga tips perkahwinan yang dikongsikan di Blog Perkongsian RH ini dapat membantu bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga.




Penyumbang kedua terbanyak adalah Lost world Of Tambun. Tempat percutian bajet dan mampu pergi. Entry yang pastinya dicari oleh ramai ibubapa yang sedang merancang percutian hujung tahun ini. Keywords Asus Zenfone pun memberi sedikit sumbangan trafik. Harap lebih banyak carian dari Search Engine masuk ke Blog ini sebab nak harap kekerapan update, memang akan gagal sebab kekangan masa antara bisnes dan Blog ini.

Thursday, November 13, 2014

Semakin banyak blogger timbul dan tenggelam sejak kebelakangan ini.


Ada blogger baru yang terus berjaya mendapatkan ramai pembaca kerana kualiti tulisan mereka seperti blog thevocket.com

Ramai juga blogger otai yang tak update blog mereka kerana kekangan masa untuk mengemaskini blog mereka.

Terutamanya bagi blogger separuh masa yang ada komitmen kerja. Tapi kebanyakan mereka masih aktif berblogging kerana berblog adalah passion, minat dan sudah menjadi darah daging mereka.


Walaupun industri blogging semakin meriah, ada beberapa ciri blog yang akan aku selalu kunjungi.

Samaada sebagai sumber bacaan santai mahupun penambah ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan juga blogging.

5 ciri-ciri blog yang akan selalu aku kunjungi adalah:

1. Kerap dikemaskini (Kerap Update)

Entry baru akan menarik aku untuk baca blog tersebut. Biasalakan, nak buat apa lawat blog kalau tiada update baru.

Melainkan termasuk dari Search Engine sebab kita cari maklumat tertentu dan maklumat yang kita cari ada dalam blog tersebut.

Contohnya Blog hasrulhassan.com yang selalu up to date blognya.

2. Tulisan yang ringkas

Tulisannya ringkas tapi padat dengan isi. Tulis apa yang perlu sahaja, tak perlu intro atau terlalu berbunga bunga tanpa isi.

Lebih baik terus kepada isi (straight to the point).

Rasanya, mana-mana pembaca pun akan suka blog yang ringkas dan padat. Tak perlu nak baca panjang-panjang untuk dapatkan isi pentingnya.

Contoh: Blog Abangensem.com

3. Blog kongsi ilmu dan tips.

Satu kelebihan internet yang perlu kita manfaatkan adalah ilmu dan tips yang banyak dikongsikan secara percuma mahupun berbayar.

Jadi, para blogger yang banyak kongsikan tips adalah menjadi pilihan aku untuk selalu singgah.

Contoh Blog: Blog Denaihati.com

4. Blog Yang Senang Di Baca Menggunakan Phone

Rasanya mana-mana pembaca Blog pada masa kini akan baca Blog atau apa saja informasi di internet menggunakan smartphone.

Smartphone dah semakin canggih dan memudahkan akses internet.

Jadi, Blog yang Mudah di baca dan boleh baca di mana-mana sahaja akan jadi pilihan.

Dalam kereta pun boleh baca.

Contoh: Blog thevocket.com

5. Blog Tak Terlalu Banyak Iklan.

Lagi satu ciri Blog yang aku akan dan suka baca adalah Blog yang tak banyak iklan.

Maklumlah, aku biasa baca Blog guna smartphone, kalau Blog banyak iklan, memang tak boleh atau susah nak dibaca.

Jadi, tutup jerla walaupun tajuknya menarik minat untuk dibaca.

Contoh: Blog kujie2.com

Saturday, November 8, 2014


Senarai 5 + 1 Top Blog Malaysia yang aku ambil dari ranking yang dikeluarkan oleh alexa.com bertarikh 8 November 2014.

Ranking biasanya akan berubah dengan kerap.

Biasanya ramai buat top 10, tapi aku buat Top 5 + 1 jer. Cukupla top 5 + 1 yang kita boleh jadikan sumber rujukan dalam berblogging.

Top 5 + 1 Blog Malaysia Bulan November

  1. paultan.org - 89
  2. Beautifulnara.com - 90
  3. Um-fabolous.blogspot.com - 115
  4. Hasrulhassan.com - 154
  5. Rotikaya.com - 162
  6. Denaihati.com - 164
Gempakkan blog Hasrulhassan.com tu? Memang patutlah blogger abg Hasrul ini di gelar sifu SEO Malaysia dan juga sifu blog berplatformkan blogger.com

Ini juga boleh kita jadikan contoh dan sumber motivasi. Walaupun kita pakai platform blogger.com, janganlah kita merendah diri.

Apa yang penting content penulisan kita dicari oleh ramai pembaca dan sentiasa menjadi pilihan pembaca macam blog Hasrulhassan.com ini.

Penulisan di blog ini banyak tips dan ilmu serta panduan yang berguna untuk blogger baru dan lama.

Sekian.

Sunday, November 2, 2014

Ini antara keywords popular yang membawa trafik ke Blog Perkongsian ini.

Sejak baru nak aktif balik berblogging nie, kenala update keywords untuk dijadikan sumber rujukan masa hadapan.


Keywords berkaitan perkahwinan masih menjadi sumber utama trafik ke blog ini.

Harap aku dapat terus konsisten menaikkan semula blog ini.

Domain pun dah upgrade, kenala terus bekerja keras untuk naikkan.

Saturday, November 1, 2014

Kalau buka guna web browser mungkin orang boleh baca.

Tapi kalau pakai phone, smartphone, macam yang aku screenshot nie, memang tak nampaklah gamaknya.

Kalau buka guna web browser pun, dah tentu semak samun dengan iklan jugak.

Jadi, berpada-padalah nak letak iklan tu.

View iklan mungkin tinggi, tapi jumlah klik belum tentu lagi sebab penuh sangat dengan iklan.

Jadi, kurangkan iklan, lebihkan content ya.



Thursday, October 30, 2014

Berdasarkan survey dan pembacaan sendiri, antara entry yang kerap menarik perhatian pembaca Blog adalah entry yang berkaitan blogging itu sendiri dan berkaitan dengan Hiburan.


Ramai Pembaca Blog adalah pemilik Blog. Maka mereka sangat perlukan informasi untuk meningkatkan kualiti Blog mereka.

Jadi, saya senaraikan 3 Jenis entry yang mudah menarik pembaca untuk membaca.

1. Entry berkenaan Panduan Menarik Trafik Ke Blog.
- Segala entry yang berkongsi tentang trafik Blog akan mampu menarik minat pembaca terutamanya pembaca yang mempunyai Blog sendiri.
- Trafik sentiasa menjadi sasaran blogger.
- Ini kerana, tanpa trafik, Blog ibarat Hidup Segan, Mati Tak Mau.
- Jadi, sebarang entry terutamanya dari otai blogger yang berkaitan dengan trafik akan menarik pembaca.

2. Entry Cara Buat Duit Dengan Blog.
- Satu lagi entry yang sentiasa menjadi carian para blogger mahupun orang yang sedang mencari sumber pendapatan sampingan.
- Buat Duit Dengan Blog boleh dikategorikan mudah kerana modal yang perlu dikeluarkan tak banyak.
- Jadi, entry buat duit dengan Blog memang akan menarik minat pembaca.
- Oleh itu, jika anda blogger yang dah mula buat duit dengan Blog, elok kongsikannya di Blog agar menarik lebih ramai pembaca.
- Walaupun income itu hanya 2 atau 3 ringgit. Ia adalah perkongsian yang baik sebagai motivasi diri dan pendorong blogger baru.

3. Entry kontroversi Artis mahupun Selebriti.
- Entry gosip artis dan Selebriti akan menjadi pilihan kerana sudah menjadi lumrah manusia yg sukakan gosip.
- Kalaupun gosip itu bukan cerita sebenar, ia tetap menarik pembaca untuk membacanya.
- Apapun, entry ini kurang digalakkan jika Blog anda fokus kepada bidang lain.
- Entry gosip ini lebih kepada publisiti dan tak menaikkan kredibiliti anda sebagai blogger.
Entry ini sesuai untuk Blog yang memang fokus pada entry hiburan semata-mata.

Diharap entry ini dapat membantu. Kepada anda yang ada idea lain, bolehlah kongsikan di sini untuk rujukan kita semua rakan blogger.

Thursday, October 23, 2014

Ramai blogger baru masih mencari dan tercari-cari arah tuju blog dan penulisan mereka.

Yang dah lama berblog macam aku nie pun ada masalah yang sama.

Susah nak kekal fokus dalam satu arah berblog ini. Masih blur tentang arah tuju.

Untuk menjadi blogger berjaya dan blog menjadi terkenal, perlukan arah penulisan yang jelas dalam berblog.

Kebanyakkan Top Blogger sudah ada arah mereka dan segmen penulisan mereka yang tersendiri dan fokus dalam bidang atau tajuk tertentu agar mereka tak lari dari tujuan asal mereka menulis blog.

Sumber: eizil.com

Tapi kini aku semakin nampak arah tuju aku berblog nie. Arahnya adalah tulis jer pasal apa yang aku rasa nak tulis.

Jadi, blog ini akan jadi sedikit caca marbala dan bercampur baur dari segi kandungannya entry dan posting.

Tapi aku akan lebihkan pada bidang dan nasihat untuk merancang majlis perkahwinan dan juga bisnes.

Almaklumlah, aku adalah pengusaha dan peniaga yang terlibat dalam industri perkahwinan.

Disamping berniaga tu, apa input dan pengalaman akan aku kongsikan dalam blog ini antaranya adalah Panduan Bakal Pengantin untuk Merancang Majlis Perkahwinan mereka. Tips dan panduan ini adalah antara entry yang banyak menarik pelawat ke blog aku yang tak seberapa ini.

Harap sedikit tips ini akan membantu bakal pengantin merancang majlis perkahwinan mereka supaya majlis berjalan dengan lancar dan teratur.

Sukan juga akan aku selitkan dalam blog ini sebab bola sepak adalah sukan kegemaran dan aku adalah penyokong Manchester United.

Apa berita best yang aku rasa aku nak kongsi, aku akan kongsikan bergantung pada kelapangan masa untuk menulis.

Bukan mencari alasan untuk tidak menulis, tapi komitmen bisnes dan komitmen nak menjaga 3 orang anak memang memerlukan masaa yang banyak.

Anak dah tido barula boleh nak berblogging. Kalau tak memang kena kacau jerla jawabnya.

Rasanya itulah arah blog ini selepas ini. Di harap adala yang sentiasa sudi membaca dan melawat blog biasa-biasa ini.

Thursday, April 10, 2014

Assalamualaikum Semua.

Bukan mudah nak dapatkan trafik/pembaca yang konsisten dalam blogging nie. Memang sangat sukar. Terutamanya blogger baru nak bertapak.

Blogger Lama Pun Alami Masalah Trafik Tak Konsisten

Bukan sahaja blogger baru, blogger lama pun mengalami masalah yang sama. Sukar mendapat trafik/pembaca yang konsisten.

Pasti akan ada turun naik trafik blog bergantung pada keadaan semasa dan bergantung pada post dan entry dalam blog.

Kalau tak ada post atau entry baru dalam blog, maka trafik/pelawat pun akan jatuh dan berkurangan.

Kena jadi pakar SEO kalau nak trafik / pelawat ramai.

Nak tak nak, kena belajar jadi pakar SEO untuk dapatkan trafik/pelawat yang ramai. Tapi kalau satu entry atau post sahaja yang kuat SEOnya, memang takkan konsisten juga trafik/pelawat blog kita.

Ini kerana, lepas baca 1 entry atau post tu, pembaca terus hilang.

Postkan Pendapatan Bulanan Blog

Nak tahu cara memastikan trafik/pelawat konsisten melawat blog kita adalah dengan membuat entry atau post berkaitan pendapatan bulanan melalui blogging.

Seperti yang dilakukan oleh Top Blogger Pat Flynn melalui blognya http://www.smartpassiveincome.com/.

Lakukan secara konsisten

Setiap bulan beliau akan kongsikan pendapatan beliau melalui blogging dan sumber lain. Kebanyakannya dijana melalui internet.

Sememangnya perkongsian tentang pendapatan dari blogging ni ramai akan tertarik dan baca kerana ia akan dijadikan sumber motivasi buat blogger lain disamping memotivasikan diri sendiri juga.

Motivasi diri dengan memotivasikan orang lain.

Mesti kita akan terus kekalkan pendapatan kita setiap bulan untuk pastikan post atau entry kita menjadi bacaan ramai setiap bulan seterusnya mengekalkan pendapatan melalui blogging kerana nyawa blog adalah trafik dan trafik = duit. Jadi, banyak trafik Insha Allah akan menjana banyak $$$$.

Kalau pendapatan jatuh, maka ia akan sedikit menggugat nama kita dan blog kita.

Jadi, selain dari mendapat trafik / pembaca yang konsisten, ia akan membantu kita untuk terus konsisten menulis dan menambah pendapatan blog kita.

Sumber motivasi yang mudah dan murah untuk kita secara tak langsung.

Sekian

Wednesday, April 9, 2014

Assalamualaikum Semua.

Seperti yang kita semua tahu, Google melalui Gmail telah melakukan pengasingan dalam inbox kita.

Pengasingan email yang kita terima kepada Primary, Promotions dan Social.

Ingatkan nak memudahkan kita pengguna gmail mengasingkan email yang kita terima. Rupa-rupanya ada tujuan lain yang Google lakukan.

Pastinya hal ini bukan kebetulan dan pastinya memang sudah dirancang secara teliti oleh Google.

Iaitu mereka mempromosikan pengiklanan mereka di dalam inbox kita dalam group Promotions secara tak langsung.

Bijak betul akal mereka memanipulasi perubahan baru.

Trend terkini pengguna Gmail yang membaca email melalui smartphone telah sedikit sebanyak menjejaskan kempen PPC Google Ads.

Dah tak ramai pengguna gmail buka akaun melalui PC atau laptop, jadi memang berkurangla pengiklan akan dapat klik.

Sebagai jalan penyelesaiannya, iklan dimasukkan secara automatik dalam group promotions di dalam Inbox Gmail kita.

Contoh macam gambar kat bawah nie. Bijakkan Google? Anda pun boleh guna pakai idea Google ni tau.

Pastikan kita sebagai usahawan perlu melakukan perubahan agar bisnes kita terus relevant dan di terima ramai dan paling penting, kita tidak ketinggalan berbanding pesaing kita.

Sekian

Thursday, February 13, 2014

Assalamualaikum semua.

Blogging makin senyap selepas kehadiran Facebook dan Twitter serta social media lain.

Tetapi ramai Otaimer yang masih kekal dengan dunia blogging walaupun mereka juga menggunakan social media seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.

Mereka kekalkan blog mereka kerana itu adalah asset kekal mereka. Manakala Facebook, Twitter mahupun instagram adalah asset sewaan. Boleh hilang dalam sekelip mata sahaja.

Tetapi diingatkan supaya jangan buat blog dengan menggunakan sumber copy paste kerana salah dari segi etika dan lagi satu, ia akan merugikan di jangka masa panjang.

Jika anda cipta artikal anda sendiri, anda boleh kongsikan/share berkali - kali di Facebook atau Twitter anda selepas ini.

Kebiasaannya ada ketika kita akan ketandusan idea untuk menulis, dan pada waktu inilah artikal yang anda karang akan berguna.

Anda boleh kongsikan kembali dan mendapat pelawat daripada artikal tersebut. Artikal lama pun boleh menarik pelawat asalkan bukan artikal copy pste dari akhbar semasa atau media hiburan. Ianya sangat rugi.

Dan seperti yang ramai ketahui, setiap pelawat ke blog anda berpotensi untuk memberi pendapatan tambahan kepada anda. Oleh itu, pelawat perlu terus datang ke blog anda walaupun blog anda tiada update baru.

Thursday, August 1, 2013

Salam 1Malaysia,



10 Ranking Top Blogger Malaysia Julai 2013 ini diambil berdasarkan Alexa Rank - Malaysia bertarikh 31 Julai 2013.

1. BeautifulNara.com - #71
2. Paultan.org - #91
3. Blogserius.blogspot.com - #129
4. Penpatah.blogspot.com - #134
5. Rotikaya.com - #153
6. Denaihati.com - #157
7. Amanz.my - #161
8. Ohbulan.com - #179
9. Myartisfull.blogspot.com - #183
10. Hasrulhassan.com - #217

Melihat kepada senarai 10 Top Blogger bulan Julai 2013 di atas, banyak kejutan yang aku terima. Sejak aktif semula berblogging bulan ini dan setelah hampir 6 bulan tak aktif berblogging, memang senarai 10 Top Blogger di atas memberi kejutan pada aku.

Nampaknya banyak blog berunsurkan hiburan mengunguli carta 10 Teratas Top Blogger Julai 2013. Bulan Ogos nanti sama-sama kita tunggu dan lihat yer.

Tapi mungkin senarai bulan Ogos akan keluar agak lewat sedikit kerana hujung bulan Ogos nanti memang agak sibuk menguruskan hal perniagaan.

Diharap senarai ini mampu memberi kita motivasi dan inspirasi untuk terus berblogging.

Sekian.

Wednesday, July 31, 2013

Salam 1Malaysia,


Apa tajuk paling mantap nak tulis Posting Blog yer? Nak tajuk yang membunuh a.k.a killer dan mampu menarik ribuan pembaca.

Inilah persoalan yang sentiasa dialami oleh para blogger baru. Blogger otai dan tak perlu risau pasal tajuk dah kerana mereka sudah ada pengikut setia mereka. Tak kiralah tajuk apapun yang mereka tulis, pasti pembaca setia akan kunjung datang.

Mengikut pemerhatian aku, tajuk yang sentiasa menjadi tarikan pembaca adalah sesuatu yang berunsur kewangan. Iaitu Cara Membuat Duit dengan dot dot dot. Tak kisahla cara membuat duit dengan blog ke, dengan Facebook ke, dengan Twitter ke, malah apa saja yang bermula dengan Buat Duit pasti orang akan tertarik untuk membacanya. Contoh yang ada dalam blog Razis ini adalah seperti entry Jom Buat Duit: Income Churp Churp Dah Boleh di Cashoutkan

Ini kerana, ramai antara kita sentiasa cuba mencari cara untuk menambah duit poket mereka. Tak kirala anda pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja kilang, pekerja bank, mahupun pekerja bergaji ribuan ringgit pun akan mencari sumber pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan kehidupan dan semakin meningkat di KL ini.

Jadi, anda kaji dan buatlah entry/posting yang memberi informasi kepada pembaca blog untuk mencari duit sampingan. Macam-macam cara buat duit ada di internet ini. Kalau anda nak tahu lebih banyak rujukan di internet untuk Cara Buat Duit, boleh rujuk di sini.

Kalau anda kurang yakin dan kurang pengalaman dalam membuat duit di internet, apa kata anda cari ebook cara membuat duit di internet, kemudian anda review ebook itu di blog anda menggunakan gaya penulisan anda. Contohnya ebook Cara Buat Duit Dengan Affiliate ini. Atau ebook Buat Duit Dengan Google Adsense ini. Anda review dan anda akan dapat hasilnya.

Selain dari menarik ramai pembaca, anda juga akan dapat komisen jika ada pembeli ebook tersebut melalui review anda itu.

Senang bukan? Sambil menyelam, kita minum air. Itulah pepatah Melayu yang menggambarkan kita buat 2 kerja dalam 1 masa secara tak langsung.

Sekian, Selamat Mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget