.

Showing posts with label Tips Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Perniagaan. Show all posts

Monday, September 25, 2017

Masih ada lagi ke bisnes atau syarikat yang tidak menggunakan sosial media seperti Facebook, Instagram atau Massanger sebagai medium marketing mereka?

Jika belum Ada, memang rugilah mereka itu kerana Facebook, IG dan lain-lain sosial media adalah lubuk generasi melenial berkumpul.

Generasi yang lahir pada tahun 90an adalah mereka yang kerap menggunakan sosial media ini.

Menggunakan FB dan sosial media lain akan memberi kelebihan kerana FB ada lebih 2 billion pengguna, Massanger pula ada 1 billion pengguna manakala IG ada 700 ribu pengguna dan semakin bertambah.

Jadi, gunakan lubuk ini untuk mengembangkan bisnes kita.

Wednesday, February 15, 2017



Mentaliti kebanyakkan kita tentang bisnes adalah perlukan duit dan modal yang besar.

Itulah persepsi yang telah lama tertanam dalam akal fikiran kita bangsa Melayu.

Aku pun dulu berfikiran macam tu jugak dan seterusnya menjadikannya alasan tak memulakan perniagaan iaitu disebabkan tiada modal wang yang banyak.

Padahal, jika tiada modal wang ringgit pun tetap boleh memulakan bisnes. Gunakan modal tenaga dan masa.

Antara Bisnes yang kita boleh mulakan tanpa modal wang yang banyak adalah:

1. Menjual Servis / Kepakaran

Renung kembali apa kepakaran anda, dan mulakan ia sebagai bisnes pertama anda.

Contoh kepakaran yang semakin tinggi permintaan adalah kepakaran mendesign. Terma popular untuk bisnes ini adalah "freelance designer".

Kepakaran menulis membolehkan anda memulakan bisnes blogging atau editing.

Jika anda ada kepakaran bercakap, anda boleh mulakan bisnes sebagai Pengacara Majlis atau DJ.


2. Menjadi Agen Jualan 

Dengan menjadi agen jualan, tiada modal anda perlu keluarkan melainkan modal tenaga dan masa. Cari bisnes yang anda boleh menjadi agennya tanpa perlu anda keluarkan duit. Contohnya agen Insuran atau Takaful.

Ataupun anda menjadi agen marketing kepada bisnes yang mengeluarkan produk dan anda makan komisyen sebagai permulaannya. Contohnya anda menjadi agen marketing kepada syarikat Katering atau Bridal.

3. Menjadi Agen Dropship.

Ini pun mudah kerana anda bertindak sebagai promoter sahaja melalui medium online mahupun offline. Selebinya, syarikat pengeluar yang uruskan.

4. Menjual Barangan Terpakai Yang Ada Di Rumah Anda.

Jual melalui channel seperti Mudah.my atau yang semakin popular sekarang adalah Car Boot Sales.

Dah dapat modal hasil jualan barangan terpakai tu, bolehla tambah barangan dan rolling terus.

5. Jual Idea Dan Anda Cari Pelabur.

Mencari pelabur adalah cara memulakan bisnes tanpa modal duit anda sendiri.

Anda berikan tenaga, pelabur berikan kapital. Yang penting, segala perjanjian perlu ada hitam putihnya agar tiada masalah berbangkit di masa hadapan.

6. Meniaga Barangan Berasaskan Pertanian.

Produk pertanian yang kita tanam atau bela sendiri. Contohnya seperti menjual sayuran yang kita tanam di tepi rumah.

Menjual ayam hasil ternakan sendiri yang dibela secara organik, itu antaranya.

7. Menjual Makanan Seperti Keropok atau Jajan.

Modal akan ada, tetapi minima.

Laksanakan terus untuk memastikan ia berjaya.

Ini antara idea asas perniagaan yang boleh anda ceburi dengan modal kewangan yang sedikit atau mungkin tiada langsung.

Apapun, ia bergantung pada usaha kita seterusnya.

Sunday, June 26, 2016

Bersesuaian dengan kedatangan Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, maka sekalian umat Islam yang berkemampuan akan berbelanja untuk persalinan baru.
.
Persalinan baru yang bakal kita pakai pada pagi Aidilfitri nanti sempena meraikan kemenangan setelah berjaya berjuang selama sebulan kita berpuasa.
.
Antara salah satu lokasi baru yang menjadi kegilaan ramai terutamanya wanita untuk membeli belah adalah Bangi.
.
Bangi tu besar. Lebih spesifik bersebelahan PKNS Bangi.
.
Tekan jer Waze tu, cari Kompleks PKNS Bangi, jumpalah kawasan ini nanti.
.
Admin nak post pasal tempat ini sahaja ya, bukan nak cerita kedai-kedai yang ada di sini.
.
Kedai banyak sangat.
.
Cerita kedai nanti admin Posting lain pulak.
.
Memang kegilaan dunia fesyen Muslim dan muslimah yang pelbagai.
.
Ada jubah lelaki dan wanita, baju kurung, dan banyak lagila.
.
Yang penting ia up-to-date.
.
Ini yang paling penting dalam dunia fesyen. Perlu up-to-date.
.
Bukan saja satu butik terkemuka, malahan ada berpuluh butik pakaian ada di Bangi nie.
.
Pilihlah mana-mana butik agar memberi kepuasan.
.
Berjalan di kota fesyen Bangi ini memang membuka minda.
.
Memang menjadi fenomena baru fesyen Muslim dan Muslimah di negara kita ini.
.
Moga kawasan ini akan terus menjadi tumpuan dan terus berkembang.
.
Banyak kebaikannya dengan kewujudan kawasan seperti ini terutamanya dari segi ekonomi setempat.
.
Pada yang belum ada Persalinan raya tu, bolehla usha2 kat Bangi nie.

Wednesday, April 20, 2016

Air laut yang berombak takkan menyebabkan katanya sesebuah kapal itu. Tetapi kebocoran kapal yang menyebabkan air laut menenggelamkan sesebuah kapal itu perlahan-lahan.

Inilah hakikatnya persekitaran dalam mempengaruhi bisnes kita dan diri kita secara tak langsung.

Persekitaran yang negatif takkan menjatuhkan kita secara mendadak. Ia akan menjatuhkan kita sikit demi sedikit.

Sebagai contoh, persekitaran bisnes yang dikelilingi oleh Kemewahan tanpa kesedaran yang tinggi akan memusnahkan bisnes perlahan-lahan.

Habis duit bisnes dikikis sedikit demi sedikit untuk kemewahan diri.

Akhirnya, bisnes yang kecundang.

Oleh itu, pilihan tentang persekitaran dari segi networking dan kejiranan bisnes juga sangat penting.

Seelok-eloknya kita pilih persekitaran yang positif dan produktif.

Tuesday, April 5, 2016

Orang berniaga, kita nak berniaga.

Orang bukak kedai, kita nak bukak kedai.

Tapi, orang merancang, kita tak rancang.

Itulah yang membezakan berniaga dan berjaya 'vs' berniaga tapi gagal.

Kalau tak gagal pun, berniaga akan suam-suam kuku jer.

Nak kata maju tidak, nak kata melingkup pun tidak. Bak kata pepatah Melayu 'Hidup Segan, Mati Tak Mahu'

Rancangan perniagaan tu sangat penting, walaupun rancangan tu hanya pada sehelai kertas.

Sekarang ni lagi mudah sebab dah ada BMC atau nama panjangnya Business Model Canvas.

BMC ni sangat penting dalam perancangan ringkas bisnes.

Kalau tak tahu pasal BMC ni, Google jer. Banyak info pasal BMC ada dalam Google tu.

Kalau nak baca dalam bahasa Melayu, boleh follow FB Sifu Bisnes yang sangat disukai ramai, Pn Ainon Mohd.

Atau boleh baca tulisan di blog notabisnes.com

Banyak kelebihan kalau dapat kita dalami ilmu BMC ni.

#personalbranding
#tipsbisnes

Thursday, March 31, 2016

Bisnes kena ada kedai nie mitos yang semakin lenyap sejak kewujudan social media.

Kalau dulu mungkinkah mitos nie ada benarnya sebab dulu tak wujud social media yang menjadi tempat kita berurusniaga.

Tapi, ramai peniaga berjaya yang bermula tanpa kedai.

Mereka berniaga secara berpindah-randah.

Kalau ikutkan konsep Nabi Muhammad SAW pun tak mempunyai premis atau kedai semasa mula berniaga.

Baginda Rasulullah SAW hanya berniaga secara trading.

Berniaga secara berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kalau dilihat pada masa sekarang ia lebih kurang seperti konsep berniaga pasar malam ataupun pasar tani dan semakin popular sekarang "food truck".

Tiada sewaan kedai yang tetap dan tiada sewaan yang tinggi.

Sewaan kedai nie sangat sinonim dengan kos yang tinggi dan mesti dibayar setiap bulan.

Ada jualan atau tidak, sewa tetap kena bayar.

Kalau ikutkan pengalaman aku sebagai peniaga khidmat katering untuk majlis perkahwinan, kami beroperasi lebih dari 2 tahun di rumah sebelum berani untuk menyewa kedai.

Nak sewa kedai pun kami sangat berkira dengan kadar sewaannya kerana kami berkira-kira dengan komitmen bulanan.

Alhamdulillah sekarang kami mampu menyewa kedai untuk operasi bisnes katering perkahwinan yang sangat mencabar.

Dengan persaingan yang tinggi, kami perlu memastikan kos terjaga disamping kualiti servis dan makanan terjamin.

Bagi peniaga baru yang ingin mula berniaga, elakkan dari menyewa kedai yang melibatkan kos yang tinggi.

Kalau perlukan kedai juga, sewa yang murah-murah dulu.

Kalau boleh kongsi kedai dengan penyewa lain, kongsi jer dulu.

Kalau dah sewa pula, jangan buat renovasi melampaui batas. Renovasi pun buat ala kadar jer.

Renovasi seminima yang boleh kerana kita perlu tumpukan lebih kepada operasi harian dan marketing.

Lebihkan kos pada marketing dan bukan pada renovasi dan atau sewaan kedai.

Friday, February 26, 2016

1. Post ini dikarang berdasarkan posting FB Pn Ainon. Post berkenaan perbezaan Strategi dan juga Matlamat.


2. Penerangan oleh Sifu bisnes tentang Strategi vs Matlamat ini sangat mudah untuk difahami.

3. Strategi dan Matlamat ini boleh digunakan bukan saja untuk bisnes, untuk pekerjaan dan pelajaran pun boleh.

4. Dalam ibadat seharian kita pun boleh.

5. Cuma Strategi vs Matlamat ini banyak digunapakai dalam bisnes kerana dua perkara ini sangat dan wajib ada dalam bisnes.

6. Tanpanya tak kemana mana bisnes kita.

7. Jom kita mula merancang Matlamat dan Strategi bisnea kita

Monday, February 1, 2016

Kemahiran meletak harga sesuatu barang atau servis adalah satu kemahiran yang paling penting.

Sebab kalau salah letak harga, ia beri kesan kepada bisnes.

Kalau letak mahal sangat, nanti pelanggan tak beli.

Kalau letak murah sangat, nanti kita yang rugi.

Memang pening kalau nak memikirkan harga yang bersesuaian.

Nak senang, lebih baik kita tentukan harga mengikut harga pasaran.

Itu jalan paling selamat.

Jangan letak harga rendah sangat kerana anda akan merosakkan nilai pasaran.

Lagi satu, harga rendah akan menjejaskan kualiti kerja kita kerana mentaliti kita akan terpengaruh dengan harga murah = kualiti rendah.

Pelanggan Nak Murah Tapi Nak Kualiti Tinggi

Tapi pelanggan takkan berfikiran begitu.

Bagi pelanggan, mereka akan mencari harga yang murah, tapi nak berkualiti. Faham-fahamla ya.

Akibatnya, kalau kita menjual dengan harga murah, memang kitala yang parah dikemudian hari.

Akibatnya kita yang tanggung.

Memang tersepit kita di antara pelanggan dan harga. Antara kepuasan pelanggan dan kerugian.

Jadi, elakkan meletak harga terlalu rendah atau rendah dari harga pasaran.

Tipsnya, Ikut Harga Pasaran.

Ikut harga pasaran dan tingkatkan kualiti pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Thursday, September 3, 2015

Supplier a.k.a pembekal, memang komponen penting dalam bisnes.

Tanpa pembekal, bisnes tak akan dapat berjalan dengan lancar.

Jadi, sangat penting kita mencari pembekal yang bagus dan menepati spesifikasi yang kita tetapkan.

Tanpa pembekal yang bagus, maka banyak kerugian bakal kita tanggung.

Kerugian dari segi masa, tenaga dan paling penting, kerugiaan dari segi kewangan.

Banyak beban kita akan hadapi jika pembekal tak memberi komitmen dan dalam bahasa mudahnya, pembekal hampeh.

Sekian.

Tuesday, February 17, 2015

Nak berniaga, tapi tak tahu nak jual apa?

Inilah memang masalah yang selalu kita alami. Bukan orang baru nak berniaga jer hadapi masalah ini.


Orang yang dah lama berniaga pun hadapi masalah ini. Cuma orang yang berpengalaman berniaga ini tujuannya untuk mengembangkan bisnesnya atau cabang bisnesnya.

Dalam berniaga kita perlukan banyak cabang produk atau servis agar kita berlainan berbanding pesaing kita yang lain.

Untuk banyak produk atau servis, kita perlu ada banyak pembekal atau supplier.

Sekarang kita tak perlu susah payah cari supplier sendiri, dah ada orang kumpulkan untuk kita.

Klik jer kat sini ==> Senarai Pembekal Top Malaysia


Sekarang satu masalah dah selesai. Masalah pembekal dah tak jadi masalah sekarang nie.

Kita dah boleh berniaga sekarang nie. Masa untuk kita memulakan perniagaan dah jadi mudah dan cepat.

Masalah pembekal dah selesai, perkara seterusnya yang perlu kita ambil perhatian adalah kat mana nak jual? Siapa pembeli kita?

Hal ini pun sekarang senang nak selesaikan. Guna sosial media Facebook untuk selesaikannya.

Dah ramai yang buat duit dan berjaya memulakan dan seterusnya berkembang melalui bisnes di Facebook. CARA BISNES DI FACEBOOK

Dah selesai 2 perkara untuk mulakan bisnes kita sendiri tanpa keluarkan produk sendiri.

Dah bolehlah kita mula berniaga dengan adanya senarai pembekal Malaysia dan Cara bisnes di Facebook ini.

Jom bisnes.

Thursday, February 5, 2015

Majlis perkahwinan adalah majlis yang bertujuan memberi makan kepada para tetamu jemputan disamping memberitahu orang ramai bahawa anak, diri sendiri telah berkahwin.

Ini tujuan asal majlis/jamuan perkahwinan. Tapi kini, majlis perkahwinan menjadi sumber rezeki kepada ramai orang.


Ini kerana semua golongan seperti masyarakat Cina, Melayu, India dan lain-lain pasti akan mengadakan jamuan majlis perkahwinan jika ada pasangan yang baru berkahwin.

Setakat ini, masyarakat Cina adalah masyaraat yang akan mengeluarkan belanja besar jika mengadakan Majlis Perkahwinan.

Tak kurang juga masyarakat Melayu bandar. Tapi masih belum setanding masyarakat Cina.

Oleh sebab inilah ramai antara kita telah berjaya menjana pendapatan dengan Majlis Perkahwinan.

Dan ramai juga telah terbukti mereka mampu hidup senang dan mewah dengan menyediakan perkhidmatan untuk Majlis Perkahwinan.

Antaranya Perunding Perkahwinan terkenal, Pak Abu dan juga katerer terkenal Pak Engku dengan jenama Kuzie Katering.

Cara paling mudah menjana pendapatan dengan Majlis Perkahwinan adalah dengan menjadi:

 #1 - Wedding Planner.
Anda cuma perlu plan/atur majlis perkahwinan mengikut citarasa pengantin.

Cuma apa yang perlu anda ada ialah contact/kenalan yang ramai dalam industri Perkahwinan ini.

Kenalan dari segi Katering-nya, Andaman-nya, persiapan seperti bunga telur, hantaran, cenderahati/door gift dan lain-lain lagila. Kita akan list satu persatu nanti.

#2 - Penyedia Perkhidmatan Katering
- Katering nie kebiasaannya diceburi oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang masakan seperti chef, pemilik restoran dan juga bekas pekerja katering, hotel dan kedai makan.

- Agak rumit untuk diuruskan tetapi berbaloi jika memiliki perkhidmatan katering sendiri.

- Perlukan modal yang agak besar untuk membeli kelengkapan katering seperti pinggan, cawan, dan lain2, barang memasak dan juga gaji pekerja.


#3 - Penyedia Perkhidmatan Andaman
- Setiap pengantin akan memerlukan pakaian, pelamin dan juga solekan untuk majlis perkahwinan.

- Jadi, kepada sesiapa yang memiliki kemahiran persolekan boleh mulakan dengan menjadi Freelance pesolek.

- Lakukan secara sambilan sebelum cukup modal untuk membuka butik pengantin sendiri.

- Kalau nak ceburi bidang hiasan pelamin, perlu ada modal yang besar untuk membeli peralatan pelamin dan paling penting kena ada butik sendiri.


#4 - Menjual dan Mereka Perhiasan Majlis Perkahwinan
- Kepada insan yang dilahirkan dan dikurniakan dengan tangan yang berseni tu, bolehla ceburi jenis perniagaan ini. Memang boleh terjual kalau rekaan anda menarik, cantik dan up-to-date.

- Kalau design tak uptodate tapi murah, orang akan beli juga.


- Perniagaan ini boleh buat part time dan boleh juga dibuat di rumah selepas balik dari kerja.

#5 - Photographer dan Videographer
- Ini merupakan jenis perkhidmatan majlis perkahwinan yang menjadi pilihan ramai. Memang boleh buat duit dengan menjadi Photographer atau videographer majlis perkahwinan nie.

- Tapi, jika anda memilih jenis perniagaan ini, anda perlu bersaing dengan ratusan, malahan mungkin ada ribuan photographer lain di luar sana.

Sumber Gambar: weddingbycolor.com

- Pilih strategi tersendiri, pasti anda akan berjaya mengatasi photographer lain.

- Antara strateginya adalah, cipta pakej menarik dengan penggabungan beberapa perkhidmatan lain. Ini adalah trend baru dalam penyedia pakej majlis perkahwinan.

#6 - Perkhidmatan Hiburan di Majlis Perkahwinan
- Ada perbagai jenis hiburan untuk majlis perkahwinan, ada bunyian seperti PA Sistem dan karaoke, penyanyi, tarian, gamelan, silat melayu, kompang, Selawat dan banyak lagi.

Sumber: www.isdacatering.com

- Boleh juga sediakan perkhidmatan Band, Cak Lem Pung, Dondang Sayang, Joget Lambak dan sebagainya.

#7 - Menyediakan Khidmat membuat Kek Majlis Perkahwinan
- Kek dan Cup Cakes semakin popular dan semakin menjadi pilihan pengantin untuk dijadikan pemberian kepada tetamu. Terutamanya Cup Cakes yang menarik designnya dan sedap rasanya.

Sumber: www.isdacatering.com

- Kek Pengantin juga boleh dikomersilkan jika anda mempunyai resepi yang sedap dan design yang menarik.

#8 - Menyediakan Perkhidmatan Kanopi Untuk Majlis Perkahwinan
- Satu lagi perniagaan bermodal besar tapi lumayan jika anda mampu menjalankannya secara baik.

Sumber: www.isdacatering.com
- Perancangan yang baik akan menjadikan perniagaan Kanopi memberi kesenangan kepada anda yang terlibat.

#9 - Khidmat Percetakan Kad kahwin
- Setiap majlis perkahwinan perlukan Kad Kahwin. Kalau anda mempunyai kemahiran mendesign, silala ceburi bidang perniagaan ini. Untuk cetak kad itu anda tak perlu risau.


- Kad Kahwin Tema COC pun boleh.

- Pergi saja ke Jalan Pudu, anda akan dapati berpuluh kedai menyediakan perkhidmatan percetakan ini. Pilih sahaja yer.


#10 - Khidmat Mencetak dan Men-design Banner/Bunting
- Lagi satu trend pengantin zaman moden ini, mereka sukakan bunting sebagai penunjuk arah untuk rakan2 tetamu jemputan mereka untuk hadir ke rumah/tempat perkahwinan mereka.

- Sama seperti kad kahwin, anda design, kemudian print. Senang bukan?

Setakat ini sahaja nak dikongsikan pada entry kali ini, sebarang tambahan cara buat duit dengan majlis perkahwinan akan ditambah dari masa ke semasa.

Jika anda betul berminat menjana pendapatan dengan majlis perkahwinan, disarankan supaya anda memilih pilihan #1, iaitu menjadi Wedding Planner Majlis Perkahwinan.

Modal yang diperlukan tidak besar, cuma perlukan kemahiran mengurus majlis dan juga kemahiran komunikasi (PR).

-----------------------------------------------------------

ISDA Catering & Wedding Planner ada menawarkan pakej harga yang sesuai, khas untuk bakal Wedding Planner.

Hubungi ISDA Catering & Wedding Planner jika ingin tahu harga dan seterusnya anda menjadi Pemasar (Marketer) atau Perunding kepada Produk ISDA Catering & Wedding Planner.

Sumber gambar: ISDA Catering & Wedding Planner.

Sekian,
Penulis adalah Ketua Pemasaran ISDA Catering & Wedding Planner - Penyedia Pakej Perkahwinan Lengkap.

Monday, February 2, 2015

Sebut pasal internet marketing, ramai akan terfikir tentang Facebook, Twitter, Instagram, blog dan macam-macam lagi.

Memang ada berpuluh malahan beratus sumber untuk internet marketing.

Ada yang percuma. Ada yang berbayar.

Tak kisahlah percuma atau berbayar, apa yang penting kita perlu gunakan Internet Marketing ini.

Banyak faedahnya. Antaranya adalah kos yang lebih rendah. Seperti yang dikongsikan oleh Pn Ainon di laman sekolahbisnes.net.


Memang kosnya sangat jauh berbeza dan hasilnya agak sama atau lebih baik.

Syarikat besar biasanya menggunakan offline marketing untuk menaikkan jenama mereka.

Bukan untuk membuat jualan semata-mata.

Seperti contoh, billboard besar di lebuhraya utama bukanlah bertujuan untuk menghasilkan jualan, tapi lebih kepada Branding dan Brand Positioning.

Jadi, sebagai peniaga kecil, kata seharusnya terus fokus kepada internet marketing kerana ia berkos rendah dan mampu bayar.

Itulah yang kami lakukan untuk mempromosikan bisnes perkahwinan yang kami buat, ISDA Catering & Wedding Planner.

Selain dari menaikkan Branding, internet marketing juga membantu menjana jualan terus dan paling penting, ia menjimatkan kos menjual kami.

Untuk kami yang berskala kecil, kami mampu menjimatkan kos lebih dari RM10k dengan internet marketing.

Ini kerana, kos pengiklanan di majalah untuk 1 keluaran adalah berharga RM2k +++. Dan bukan boleh beli slot untuk 1 keluaran, kontrak minima adalah 6 keluaran iaitu untuk 6 bulan.

Jadi, kosnya lebih kurang RM12k.

Selain dari majalah, medium pemasaran offline lain yang biasa digunakan dalam industri adalah Pameran atau Ekspo.

Kos menyertai Pameran adalah RM4k untuk saiz booth 10' x 10'. Kos yang sangat tinggi. Ini adalah kos paling minima.

Untuk pameran yang bereputasi tinggi, kosnya mencecah RM5k untuk saiz booth yang sama.

Dalam setahun perlu menyertai 3 Pameran sekurang-kurangnya jika ingin mendapatkan jualan yang banyak.

Jadi, RM4k x 3kali, kosnya lebih kurang RM12k.

Sebagai penyelesaian untuk kos offline marketing yang mahal, kita perlu gunakan Internet Marketing sebaik mungkin dan semaksimum yang boleh.

Mengikut pengalaman kami, penjimatan sehingga RM10k mampu dicapai jika menggunakan medium internet marketing sepenuhnya.

Jadi, ambil kesempatan ini untuk kita menjana pendapatan sebanyak yang boleh dengan kos pemasaran yang minima.

Sekian.

Thursday, January 29, 2015

Mentaliti yang dimaksudkan adalah mentaliti untuk berniaga dan ubah mentaliti sekarang iaitu mentaliti makan gaji.

Bukan makan gaji itu tak bagus, tapi ia kurang memberi manfaat kepada orang lain.

Dan lagi 1, cabaran makan gaji adalah seperti artikel di bawah nie.


Kita kekurangan syarikat Melayu bumiputera yang berskala besar di Malaysia nie.

Inilah yang menjadikan graduan Melayu akan terpinggir jika keputusan mereka sekadar cukup cukup makan.

Berbeza dengan syarikat yang dimiliki oleh Bangsa Cina. Kita tengok senarai 100 terkaya di Malaysia pun kita dah boleh jangka bilangan syarikat di bawah mereka.

Jadi, sebagai langkah permulaan, kita bersama ubah mentaliti kita sendiri dari mentaliti makan gaji kepada mentaliti berniaga.

Jika kita mulakan dari sekarang, dalam masa 10 tahun lagi, Insha Allah masalah seperti dalam artikel di atas kita akan dapat atasi.

Sebagai permulaan, boleh download ebook percuma keluaran Tn Raja Kamil di sini ==> Ebook Percuma, Tips Bisnes Tepi Oleh Raja Kamil

Wednesday, January 21, 2015

Pastinya tujuan pengasas produk Qu Puteh adalah untuk memperkenalkan jenamanya ke seluruh Malaysia.

Belanja sikit muka Anzalna, Barulah Putihhhhh

Jadi, dengan menaja acara seperti #AJL29 adalah strategi yang bijak.

Tapi pastinya kos tajaan sangat tinggi dan sebagai pemilik bisnes, liputan iklan perlulah berbaloi dengan jumlah bayaran.

Sebab itulah semasa #AJL29 berlangsung, memang banyak kali jenama Qu Puteh diulang ulang.

Satu strategi gerila marketing yang power.

Itu belum lagi dengan iklan tv semasa iklan komersil.

Fuhhhh. Memang promosi tahap maksimum nie.

Kekerapan jenama disebut telah menjadikan ia disebut orang ramai yang positif dan juga negatif.

Ada yang boleh terima. Ada yang serabut.

Tapi, ia berjaya memasuki minda penonton #AJL29 yang pastinya berjuta orang bilangannya.

Inilah kejayaan misi pengiklanan Qu Puteh.

Tapi dari segi kejayaan hasil jualan, itu belum pasti keberhasilannya.

Monday, January 12, 2015

~ Kalau anda minatkan perniagaan, macam-macam benda dalam dunia nie boleh dijadikan perniagaan.

~ Dalam bidang perniagaan kita semestinya menjadi kreatif agar perniagaan kita mampu terus kekal dalam industri.

~ Hari nie saya nak kongsi satu bentuk perniagaan dalam segmen Idea Bisnes di Blog Perkongsian RH ini

~ Segmen Idea Bisnes ini dimulakan dengan perniagaan berbentuk perkhidmatan.

~ Iaitu Idea Bisnes Hotel Bajet Rendah.

~ Konsep ini boleh juga digunakan untuk Bisnes Homestay.


~ Nampak agak janggal dan pelik konsep ini, tapi ia unik dan mampu dibina dengan kos yang rendah.


~ Selain itu, terdapat beberapa Kelebihan Konsep Hotel Bajet dan Homestay Berkonsepkan Paip antaranya:
1. Kos Pembinaan yang Murah.
2. Tak memerlukan design (reka bentuk) yang mahal.
3. Mampu milik jika ingin menyewakannya.
4. Kadar sewaan juga rendah dan mampu menarik ramai pelanggan.
5. Hanya memerlukan kawasan yang kecil untuk dibina.

6. Pembinaannya tak mengambil masa yang lama.



~ Untuk lebih banyak gambar Hotel Berkonsepkan Paip ini. Boleh Layari laman justapictures.


~ Lagi Banyak Gambar Hotel Berkonsepkan Paip.

Tuesday, January 6, 2015

~ Kekangan modal menjadi permasalah kepada peniaga baru.

~ Terutamanya peniaga muda yang lepasan universiti atau kolej mahupun SPM.

~ Jika peniaga baru tapi dah pernah bekerja, modal tak menjadi kekangan sangat kerana mereka ada wang simpanan atau mudah mendapat pinjaman bank.



~ Perlu pilih pelabur dengan bijak untuk berpartner.

~ Dan perlu fikir sedalamnya keperluan dan kepentingan mengambil pelabur.

~ Perlu kaji sedalamnya perjanjian pelaburan, jangan sampai syarikat yang anda bangunkan tergadai dikemudian hari nanti.

~ Dah banyak terjadi, pengasas kena tendang oleh pelabur setelah syarikat berjaya.

~ Contoh paling popular adalah Steve Jobs, pengasas Apple Inc.

~ Lagi 1, kalau boleh elakkan pilih pelabur dikalangan keluarga terutamanya ibubapa dan adik beradik.

~ Ia akan mengakibatkan conflict of interest satu hari nanti.

~ Jadi, sebaiknya bangunkan perniagaan anda sendiri dan mulakan syarikat atau perniagaan dengan apa yang anda ada.

~ Bina dengan minimum kapital dan kembangkan ia sekembang kembangnya.

~ Dan jika perlukan pelaburan untuk lebih besar  pilih bank sebagai pelabur anda jika anda nak full control syarikat anda.

Friday, January 2, 2015

Bukan senang nak dapat ilmu percuma sekarang nie. Tambahan pula ilmu bisnes.

Biasanya ilmu bisnes nie tinggi kos pembelajarannya. Tapi kini kita boleh belajar ilmu bisnes secara percuma jer.


Tak perlu berbayar. Kita boleh dapatkan ilmu dan perkongsian ilmu bisnes ini di sekolahbisnes.net. Ilmu di dalam laman ini adalah perkongsian Pengerusi ABS Holdings, Pn Ainon.

Memang ilmu dan perkongsian yang ditulis di laman ini nampak simple dan ringkas. Tapi isinya jika pandai diolah, akan menjadi berjuta nilainya.

Untuk mereka yang ingin membina perniagaan pada 2015 ini, bolehlah mula mengikuti tulisan di sekolahbisnes.net ini.

Insha Allah ia akan membimbing anda memulakan perniagaan sendiri dengan kala yg anda mampu.

Manfaatkanlah ilmu percuma ini. Jangan ego. Walaupun percuma, tapi sangat berbaloi jika anda baca dan ikut.

Jika azam 2015 ingin memulakan bisnes sendiri, di sinilah anda patut mulakan membaca.

Tuesday, December 23, 2014

Jadi peniaga atau berbisnes bukan senang. Lebih lebih lagi dalam menguruskan pelanggan.

Ini sebab pelanggan nie ada 1001 macam jenis perangai dan peel-nya. Lain pelanggan maka lainlah peel-nya.

Nak puaskan hati pelanggan adalah misi setiap bisnes, tapi sukar kalau tak kena kaedahnya.

Berbalik pada tajuk, peniaga sekarang tak boleh nak bereksperimen atau apa yang seangkatan dengannya sebab kalau gagal eksperimen tersebut dan ia melibatkan pelanggan, memang jadi viral di social medialah jawabnya.

Walaupun kesilapan yang anda lakukan itu tak dilakukan secara terus oleh anda. Mungkin dilakukan oleh pihak ketiga seperti pembekal ataupun pengedar.

Sekarang ini, banyak kes penipuan, lebih lebih lagi berkaitan online bisnes. Ini antara sebab kenapa pelanggan terlalu cepat berprasangka buruk terhadap peniaga khususnya peniaga online.

Itulah sebabnya SSM suruh kita daftarkan perniagaan. Dengan daftar perniagaan, kita akan ada rekod di sistem dan seterusnya menaikkan kredibiliti kita sebagai peniaga.


Juga menaikkan keyakinan pembeli terhadap bisnes kita.

Kalau menipu atau pelanggan rasa tertipu, maka boleh lingkup bisnes kita sebab disebarkan di social media dan satu dunia tahu, seterusnya nama kita dan bisnes akan terjejas dan jatuh menjunam.

Jadi, kalau boleh rancang serapi yang boleh bisnes yang kita ceburi dan elakkan dari melakukan penipuan.

Kalau niat kita nak berbisnes lama, maka kita perlu jujur dengan pelanggan dan juga staff.

Jangan sesekali menipu atau mengelat, buruk padahnya nanti.

Jangan rasa kita boleh kaya dengan menipu. Lebih cepat kita kaya jika berniaga jujur dari berniaga dengan menipu.

Kalau kita menipu, kita kaya sekejap jer, selebihnya kita merana.

Thursday, November 27, 2014

Ramai mengetahui Facebook merupakan antara medium pemasaran/marketing terbaik dan murah pada masa ini.



Ramai dah jadi jutawan melalui bisnes di Facebook pada masa sekarang.

Facebook Popular, Blog Dilupakan

Tetapi sebelum popularnya Facebook, blog telah menjadi pilihan ramai untuk menjual dan membuat marketing. Ini kerana kosnya amat murah berbanding medium pemasaran lain pada masa itu.

Itu sebelum Facebook mengambil alih dan seterusnya mengungguli medium pemasaran berkos rendah. 

Akan tetapi, perlu diingat, semakin tinggi permintaan dalam pengiklanan Facebook, cas dan kosnya pasti akan terus meningkat.

Dan sekarang pelbagai polisi baru dikeluarkan oleh Facebook dan hal ini merumitkan lagi proses menjual melalui Facebook secara percuma atau secara kos yang minima.

Ini berlaku sejak pengapungan Facebook di pasaran saham. Pastinya kini keuntungan menjadi keutamaan Facebook.

Tapi, Jangan Lupakan Blog


Oleh sebab itulah kita tak boleh melupakan peranan blog sebagai medium pemasaran.

Blog dilihat kurang popular berbanding Facebook adalah kerana Facebook sangat "user friendly" berbanding blog yang agak teknikal sedikit, maklumlah Facebook adalah Social Media.

Ia memang berfungsi sebagai laman pertembungan social dan bukan pusat menjual.

Tetapi perlu diingat, blog adalah "Google Search Friendly". Ramai antara kita akan mencari sesuatu maklumat masih menggunakan Google.

Di sinilah kekuatan blog.

Ada Kedua Duannya Lagi Bagus

Maka dengan ini, blog adalah masih relevan sebagai medium pemasaran selain Facebook. Jika digabungkan keduanya, Insha Allah hasilnya akan lebih besar. "Two Is better than One".

Wujudkan blog jika anda belum ada, dan jika sudah ada kekalkan ia dan terus update. Apa yang anda promosikan di Facebook, promosikan juga di blog dan sebaiknya.

Blog Simple Tapi Jana Sehingga 5 Angka Sebulan


Boleh lihat contoh blog simple saya yang telah berjaya menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan www.isdacatering.com.

Selain blog ini, laman Facebook page juga saya sediakan sebagai serampang 2 mata. Fb Page saya untuk blog ini adalah ISDA Catering & Wedding Planner

Ada banyak lagi contoh blog yang menjana pendapatan lumayan seperti blog Majalah Niaga di www.majalahniaga.com dan banyak lagi.

Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda.

Sekian.

Wednesday, October 15, 2014

Masalah ini biasa dihadapi oleh peniaga baru yang berniaga menggunakan modal sendiri dan takut untuk berhutang dengan bank.
Tahu jerla bank. Kalau pinjam mesti kena bayar. 

Tak bayar nama tergadai. Risiko besar inilah yang ramai peniaga baru dan kecil cuba untuk elakkan.

Tambah pula dengan kadar interest yang tinggi dikenakan oleh pihak bank.

Hal ini menjadikan bank bukan pilihan utama bagi peniaga kecil mendapatkan dana tambahan.

Lagi satu, kalau meniaga jalanan yang tak ada penyata, macam mana nak pinjam bank? Sah sah kena tolak permohonan anda.

Jadi, sebagai alternatif lain untuk dana tambahan, kenala cari pelabur lain yang tak kenakan interest.

Caranya adalah cari pelabur dan jadikan mereka rakan kongsi bisnes anda.

Bayar mereka berdasarkan keuntungan bulanan mahupun tahunan. Yang mana dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Kalau satu pelabur tak cukup, carilah 2,3,4 ataupun 5 pelabur.

Yang penting bisnes berpotensi dan memberi pulangan lumayan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget