.

Tuesday, October 28, 2014

Kalendar Takwim Persekolahan bagi tahun 2015 telah dikeluarkan maka pada yang nak merancang percutian dah boleh rancang awal-awal atau dah boleh booking terus.

Lambat booking tak merasa nanti sebab dah fully booked.

Bagi aku yang terlibat dalam industri perkahwinan, cuti sekolah adalah antara waktu popular bagi menamatkan zaman bujang.

Jadi, perancangan rapi perlu diatur seperti promosi dan sebagainya agar dapat memberi pulangan maksimum pada waktu cuti persekolahan.

Kalendar Takwim Persekolahan 2015 bermula pada 4 Januari 2015 bagi negeri yang mulakan minggu pada hari Ahad iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Manakala negeri yang minggu bermula pada hari Isnin, hari pertama persekolahan bermula pada 5 Januari 2015.


Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang ingin menamatkan zaman bujang mereka pada musim cuti persekolahan tahun 2015 nanti.

Dan boleh juga digunakan untuk merancang cuti tahunan bersama keluarga.

Itupun pada yang ada anak bersekolah la, kalau anak belum sekolah lagi, baik anda cuti pada minggu bukan musim cuti sekolah.

Kalau tidak memang sesak dan padatlah jawapannya.

Sekian.

Tagged: ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget