.

Thursday, April 10, 2014

Assalamualaikum Semua.

Post ini dibuat khas untuk menyertai Mini Giveaway oleh blogger Melastik Bintang.

Saja seronok seronok join untuk meriahkan blog Perkongsian ini. Post ini akan dibuat seringkasnya dan di bawah inu adalah gambar 2 anak yang merupakan anugerah sangat terindah dalam kehidupan ini.

Di saat post ini ditulis, anugerah ketiga sedang menunggu saat kelahiran dan post ini ditulis di dalam bilik bersalin.

Sungguh indah kurniaan Allah terhadap pasangan yang bergelar ibu dan bapa.

Sekian

Assalamualaikum Semua.

Bukan mudah nak dapatkan trafik/pembaca yang konsisten dalam blogging nie. Memang sangat sukar. Terutamanya blogger baru nak bertapak.

Blogger Lama Pun Alami Masalah Trafik Tak Konsisten

Bukan sahaja blogger baru, blogger lama pun mengalami masalah yang sama. Sukar mendapat trafik/pembaca yang konsisten.

Pasti akan ada turun naik trafik blog bergantung pada keadaan semasa dan bergantung pada post dan entry dalam blog.

Kalau tak ada post atau entry baru dalam blog, maka trafik/pelawat pun akan jatuh dan berkurangan.

Kena jadi pakar SEO kalau nak trafik / pelawat ramai.

Nak tak nak, kena belajar jadi pakar SEO untuk dapatkan trafik/pelawat yang ramai. Tapi kalau satu entry atau post sahaja yang kuat SEOnya, memang takkan konsisten juga trafik/pelawat blog kita.

Ini kerana, lepas baca 1 entry atau post tu, pembaca terus hilang.

Postkan Pendapatan Bulanan Blog

Nak tahu cara memastikan trafik/pelawat konsisten melawat blog kita adalah dengan membuat entry atau post berkaitan pendapatan bulanan melalui blogging.

Seperti yang dilakukan oleh Top Blogger Pat Flynn melalui blognya http://www.smartpassiveincome.com/.

Lakukan secara konsisten

Setiap bulan beliau akan kongsikan pendapatan beliau melalui blogging dan sumber lain. Kebanyakannya dijana melalui internet.

Sememangnya perkongsian tentang pendapatan dari blogging ni ramai akan tertarik dan baca kerana ia akan dijadikan sumber motivasi buat blogger lain disamping memotivasikan diri sendiri juga.

Motivasi diri dengan memotivasikan orang lain.

Mesti kita akan terus kekalkan pendapatan kita setiap bulan untuk pastikan post atau entry kita menjadi bacaan ramai setiap bulan seterusnya mengekalkan pendapatan melalui blogging kerana nyawa blog adalah trafik dan trafik = duit. Jadi, banyak trafik Insha Allah akan menjana banyak $$$$.

Kalau pendapatan jatuh, maka ia akan sedikit menggugat nama kita dan blog kita.

Jadi, selain dari mendapat trafik / pembaca yang konsisten, ia akan membantu kita untuk terus konsisten menulis dan menambah pendapatan blog kita.

Sumber motivasi yang mudah dan murah untuk kita secara tak langsung.

Sekian

Wednesday, April 9, 2014

Assalamualaikum Semua.

Seperti yang kita semua tahu, Google melalui Gmail telah melakukan pengasingan dalam inbox kita.

Pengasingan email yang kita terima kepada Primary, Promotions dan Social.

Ingatkan nak memudahkan kita pengguna gmail mengasingkan email yang kita terima. Rupa-rupanya ada tujuan lain yang Google lakukan.

Pastinya hal ini bukan kebetulan dan pastinya memang sudah dirancang secara teliti oleh Google.

Iaitu mereka mempromosikan pengiklanan mereka di dalam inbox kita dalam group Promotions secara tak langsung.

Bijak betul akal mereka memanipulasi perubahan baru.

Trend terkini pengguna Gmail yang membaca email melalui smartphone telah sedikit sebanyak menjejaskan kempen PPC Google Ads.

Dah tak ramai pengguna gmail buka akaun melalui PC atau laptop, jadi memang berkurangla pengiklan akan dapat klik.

Sebagai jalan penyelesaiannya, iklan dimasukkan secara automatik dalam group promotions di dalam Inbox Gmail kita.

Contoh macam gambar kat bawah nie. Bijakkan Google? Anda pun boleh guna pakai idea Google ni tau.

Pastikan kita sebagai usahawan perlu melakukan perubahan agar bisnes kita terus relevant dan di terima ramai dan paling penting, kita tidak ketinggalan berbanding pesaing kita.

Sekian

Tuesday, April 8, 2014

Assalamualaikum Semua.

Post ini ingin berkongsikan tentang blog kewangan dan perniagaan iaitu blog pakdi.net.

Blog ini sangat berguna kepada kita yang mencari ilmu berkaitan menguruskan kewangan dan juga ilmu perniagaan. Tak banyak blog yang berkongsikan ilmu perniagaan dan kewangan dalam bahasa Melayu. Jadi, bolehla kita gunakan blog pakdi.net ini sebagai sumber bacaan penambah ilmu.

Bahasa yang digunakan juga sangat mudah untuk difahami dan tidak menggunakan bahasa yang terlalu rumit untuk kita faham.

Bagi mereka yang baru berkenalan dengan dunia perniagaan juga bolehla menjadikan blog pakdi.net sebagai sumber bacaan. Walaupun artikal tak berkait secara terus dengan perniagaan anda, tapi ia boleh dijadikan sumber ilmu pengetahuan.

Tak kirala perniagaan apa yang kita lakukan, ilmu itu sangat penting.

Sekian.

Thursday, April 3, 2014

Assalamualaikum semua.

Post kali ini saya akan kongsikan Tips Untuk Berjimat di Majlis Perkahwinan. Tipsnya adalah lakukan tampahan untuk keperluan majlis perkahwinan anda di Pameran Perkahwinan.

Anda perlu gunakan sebaik mungkin keadaan semasa di mana Pameran Produk Perkahwinan diadakan agak kerap. Boleh dikatakan setiap bulan akan ada pameran perkahwinan. Terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Tetapi, di negeri negeri lain seperti Johor, Terengganu, Melaka dan Pahang juga tak kurang hebatnya. Ada penganjur khas akan menganjurkan Pameran Perkahwinan di negeri-negeri tersebut.


Oleh itu jangan ketinggalan untuk hadir ke Pameran-Pameran ini untuk mendapatkan produk dan servis berkaitan perkahwinan untuk majlis perkahwinan anda dengan harga terkini dan terbaik. Dan semestinya akan ada pelbagai promosi akan diberikan oleh pemamer/exhibitor sepanjang pameran ini berlangsung.


Jadi, melalui pameran ini anda mampu menjimatkan kos untuk majlis perkahwinan anda. Jika tidak berjimat melalui harga yang murah, tapi pasti anda akan berjimat kerana hadiah promosi yang anda bakal dapat akan membantu anda berjimat dari sudut lain.

Seperti contoh, kebiasaannya pemamer dari syarikat kad kahwin akan memberikan promosi berupa bunting ataupun banner, kotak door gift dengan harga promosi dan lain-lain. Di sini anda sudah mampu berjimat dari segi kos cetakan bunting mahupun banner.



Contoh lain, ada sebahagian katerer akan menghadiahkan pakej berbulan madu kepada pengunjung yang membuat tempahan semasa pameran. Sekaligus anda tak perlu keluarkan duit poket anda untuk belanja berbulan madu. Kan dah jimat tu.

Untuk Fotografi pula, kebiasaannya mereka akan menghadiahkan sesi fotografi tambahan seperti sesi outdoor percuma, sesi pre-wedding percuma atau ada juga fotografer yang memberi photo booth sebagai hadiah promosi semasa pameran. Lihat, banyak anda boleh jimatkan.

Manakala, kalau butik pula, ada butik yang akan memberi persalinan sanding baru sebagai promosinya. Atau ada juga yang memberi persalinan untuk majlis pernikahan tanpa sebarang cas. Lagi satu cara anda boleh jimat. Bukan sikit anda akan jimat. 5 ke 6 ratus ringgit jugak tu.


Ada pelbagai lagi penjimatan yang anda boleh dapat jika menempah melalui pameran-pameran perkahwinan. Anda juga boleh bandingkan harga dan pakej-pakej yang mereka tawarkan. Ini yang paling penting. Kalau nak tahu lebih lanjut, lebih baik anda sendiri berkunjung ke pameran-pameran yang berhampiran anda.

Untuk mengikuti pameran-pameran terkini berdekatan tempat anda, anda boleh cari Penganjur-penganjur yang selalu menganjurkan pameran (cari di Facebook supaya senang anda nak dapat update) seperti:
- Pameran Pengantin Malaysia
- JomKahwin
- Karnival Kerja kahwin
- Festival Pengantin Malaysia
- Pameran Pengantin Melaka

Cari mereka di Facebook dan boleh "like" page mereka untuk anda tidak ketinggalan.

Sekian,


Wednesday, April 2, 2014

Assalamualaikum Semua Peminat Pasukan Selangor.

Kemenangan bermakna buat pasukan Selangor bagi terus menghidupkan saingan dalam persaingan kumpulan piala AFC.


Pusingan kedua ini dimulakan dengan cukup baik oleh pasukan bimbingan Mehmet Durakovic.

Kemenangan ini hasil dari satu-satunya pemain Import Selangor yang dapat bermain malam ini iaitu Poulo Rangel. Berbanding 4 pemain import yang beraksi buat pasukan Hanoi T & T.


Kecemerlangan ini diharap dapat diteruskan dalam baki siangan kumpulan dalam piala AFC dan juga Liga Super Malaysia.

Sudah lama gergasi merah tak memenangi kejuaraan tempatan dan penyokong tertunggu-tunggu dan akan berharap tahun ini pasukan Selangor akan merangkul kejuaraan Liga mahupun Piala Malaysia.

Tuesday, April 1, 2014

Assalamualaikum Semua.

Kali ini saya akan kongsikan tips yang berkaitan menguruskan aturcara majlis perkahwinan . Aturcara sesebuah majlis perkahwinan ini nampak tak berapa penting, tapi sebenarnya ia sangat penting.

Lebih-lebih lagi jika majlis anda akan dihadiri oleh orang kenamaan. Kerabat diraja, YB, mahupun bos tempat anda bekerja. Susun atur acara di majlis anda akan membuatkan majlis anda tersusun dan kemas perjalanannya.

Pengantin Jangan Susah-Susah Fikir Aturcara Masa Majlis
Jangan sesekali anda sebagai pengantin nak buat sendiri semua itu. Pasti anda tak mampu. Setakat merancang ok. Tapi jangan masa majlis pun anda nak sibuk-sibuk. Silap-silap boleh pitam nanti.

Anda perlu percaya pada adik-beradik, saudara mara ataupun rakan baik anda. Ini jika anda tak mengambil khidmat koordinator majlis.

Lantik Floor Manager Dari Kalangan Ahli Keluarga Atau Rakan
Jika anda ambil tak perlulah pening kepala kerana mereka akan uruskan. Jika tiada wedding koordinator atau wedding planner, anda plan dan rancang sendiri tapi jangan lupa lantik Floor Manager anda sendiri.

Untuk susan aturcara majlis perkahwinan yang baik, anda boleh ikut susunan yang biasa dibuat oleh Team ISDA Creative.

Susun dan Draft Mengikut Masa Yang Ditetapkan.
Untuk memastikan susunan aturcara teratur, pastikan anda lakukan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat terutamanya Floor Manager anda.

Susun dan tetapkan terus masanya kerana kita akan lebih tepati dan berdisiplin jika masa ditetapkan.
Seperti contoh, tetapkan masa bersanding jam 1.00pm, dan pastikan semua patuhinya.

Jika Libatkan Pihak Lain, Pastikan Mereka Tepati Masa
Kebiasaanya kita akan panggil persembahan lain untuk meriahkan majlis perkahwinan kita seperti kompang, tarian, gamelan, silat mahupun band.

Penting untuk pastikan mereka tepati masa bagi mengelakkan aturcara majlis terganggu.

Semua Pihak Kena Tahu
Ini yang paling penting. Pastikan semua pihak yang terlibat tahu susun atur aturcara majlis anda itu dan tiada yang ketinggalan.

Inilah pentingnya perbincangan sebelum majlis. Tak perlu rehearsal pun tak apa. Tapi yang penting, semua pihak tahu peranan masing-masing dalam majlis tersebut.

Sekian.
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini "Pakej Perkahwinan - Percuma Khidmat Koordinasi Aturcara Majlis"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget