.

Tuesday, May 20, 2014

Assalamualaikum Semua

Akhirnya terjawab sudah penantian peminat pasukan Manchester United dengan sahnya Louis Van Gaal dilantik menjadi pengurus baru menggantikan David Moyes.

Keputusan ini dilihat sebagai langkah pertama United bagi membawa semula zaman kegemilangan United.

Perlantikan Van Gaal ini juga dilihat antara usaha awal United bagi menarik lebih ramai pemain ternama dunia bagi menyertai Man United bagi musim akan datang.

Nama gah Van Gaal selaku antara  pengurus terbaik di dunia pastinya akan menarik lebih ramai pemain ternama dunia yang menjadi sasaran United.

Sama-sama kita tunggu prestasi United di bawah pengurusan Louis Van Gaal.

Saturday, May 3, 2014

Assalamualaikum Semua.

Perkhabaran ini pasti tidak menggembirakan peminat pasukan Liverpool. Pemain terbaik mereka bakal diambil oleh Real Madrid. Pasukan gergasi Sepanyol yang tidak akan berhenti membeli pemain-pemain terbaik dunia.

Pastinya Kebanyakan pemain bola sepak akan mengimpikan bermain di kelab besar seperti Real Madrid dan ini memungkinkan Luis Suarez juga bakal ke Real Madrid. 


Ditambah pula kemungkinan Liverpool bakal menamatkan lagi satu musim tanpa gelaran liga yang amat mereka hajati sejak 24 tahun lalu.

Apa pun sama-sama kita tunggu berita perpindahan terkini selepas Piala Dunia Brazil nanti.

Pastinya akan lebih ramai bintang baru akan muncul dalam Piala Dunia Brazil nanti.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget