.

Thursday, October 5, 2017

Opick merupakan pencipta lagu Dealova yang dinyanyikan oleh Once.

Kini Opick menyanyikan semula lagu Dealova ini dalam versinya sendiri.

Memang asyik lagu ini dan lebih kepada kerohanian lagu baru ini.


Monday, September 25, 2017

Masih ada lagi ke bisnes atau syarikat yang tidak menggunakan sosial media seperti Facebook, Instagram atau Massanger sebagai medium marketing mereka?

Jika belum Ada, memang rugilah mereka itu kerana Facebook, IG dan lain-lain sosial media adalah lubuk generasi melenial berkumpul.

Generasi yang lahir pada tahun 90an adalah mereka yang kerap menggunakan sosial media ini.

Menggunakan FB dan sosial media lain akan memberi kelebihan kerana FB ada lebih 2 billion pengguna, Massanger pula ada 1 billion pengguna manakala IG ada 700 ribu pengguna dan semakin bertambah.

Jadi, gunakan lubuk ini untuk mengembangkan bisnes kita.

Saturday, September 9, 2017

Disebabkan mood menulis blog agak kurang berbanding menulis di Laman Sosial seperti Facebook atau Twitter, perlu kekuatan yang lebih agar blog tidak ditinggalkan.

Ini kerana, blog merupakan salah satu medium marketing yang berkos rendah.


Blog adalah tempat di mana kita buat kerja sekali, tetapi hasilnya datang berkali-kali.

Tetapi, buat kerja sekali itu, walaupun nampak ringan, ia PERLU dilakukan secara KONSISTEN.

Konsisten menulis di blog agar ia sentiasa dalam keadaan Up to date.

Lagi 1, blog akan terus menjadi sumber rujukan di masa akan datang kerana ia kekal berada dalam simpanan Google Search yang semestinya menjadi tempat carian ramai antara kita bagi mendapatkan maklumat atau informasi.

Kesimpulannya, jom update blog terutamanya bagi mereka yang berbisnes.

Tuesday, February 28, 2017

Oleh sebab Peraduan Untuk Blogger yang sebelum ini tiada Pemenang, maka, wang tunainya di bawa ke hadapan ke peraduan ini.

Menjadikan jumlah terkumpul untuk Peraduan Blogger kali ini meningkat ke RM20 (Tunai).

Peraduan sebelum ini, admin mencari pelawat bertuah yang ke 200,200. Tetapi tiada pemenang yang claim hadiah tersebut.

Jadi, admin ambil keputusan untuk bawa ke hadapan dan untuk Peraduan kali ini, anda hanya perlu menjadi pelawat bertuah ke 310,310.

Lawat blog Perkongsian RH ini, jika angka menunjukkan no 310,310, maka andalah pemenangnya dan boleh tebus dengan email bukti screenshot ke blogger.razis@gmail.com

Dimana anda boleh nombor tersebut? Tengok gambar di bawah. Ada contohnya.




Saturday, February 18, 2017

Untuk menaikkan kembali mood berblogging ini, maka, aku kongsikan 5 posting yang ada dalam blog ini yang menjadi pilihan pembaca sepanjang bulan Februari 2017.

5 Posting Terbaik Bulan Februari 2017 adalah:

1. Aturcara Majlis Perkahwinan di Dalam Dewan.

2. Bercuti Merehatkan Minda di Pantai Puteri, Melaka

3. Kira Bajet Kahwin - RM5k dan Mencukupi

4. Bercuti Pertama Kali ke Desaru

5. Majlis Kahwin Tanpa Sanding.

Kawan-kawan blogger yang ketandusan idea untuk menulis tu, boleh gunakan entry seperti ini untuk blog korang.

Sekurang kurangnya terupdate juga blog kita nanti. Kan kan?

Wednesday, February 15, 2017

Anda memang minat dan rajin berFB atau berTwitter kan?

Alang-alang dah anda rajin bermain dan berkongsi di FB dan Twitter tu, apa kata anda menggunakan kerajinan anda itu untuk membuat duit.

Sambil kongsi, sambil main social media, sambil buat duit.

Sapa nak bagikan? Kalau dapat sebulan RM50 pun jadila.

Buat tambah-tambah duit untuk isi minyak ke, isi top up ke.



Mentaliti kebanyakkan kita tentang bisnes adalah perlukan duit dan modal yang besar.

Itulah persepsi yang telah lama tertanam dalam akal fikiran kita bangsa Melayu.

Aku pun dulu berfikiran macam tu jugak dan seterusnya menjadikannya alasan tak memulakan perniagaan iaitu disebabkan tiada modal wang yang banyak.

Padahal, jika tiada modal wang ringgit pun tetap boleh memulakan bisnes. Gunakan modal tenaga dan masa.

Antara Bisnes yang kita boleh mulakan tanpa modal wang yang banyak adalah:

1. Menjual Servis / Kepakaran

Renung kembali apa kepakaran anda, dan mulakan ia sebagai bisnes pertama anda.

Contoh kepakaran yang semakin tinggi permintaan adalah kepakaran mendesign. Terma popular untuk bisnes ini adalah "freelance designer".

Kepakaran menulis membolehkan anda memulakan bisnes blogging atau editing.

Jika anda ada kepakaran bercakap, anda boleh mulakan bisnes sebagai Pengacara Majlis atau DJ.


2. Menjadi Agen Jualan 

Dengan menjadi agen jualan, tiada modal anda perlu keluarkan melainkan modal tenaga dan masa. Cari bisnes yang anda boleh menjadi agennya tanpa perlu anda keluarkan duit. Contohnya agen Insuran atau Takaful.

Ataupun anda menjadi agen marketing kepada bisnes yang mengeluarkan produk dan anda makan komisyen sebagai permulaannya. Contohnya anda menjadi agen marketing kepada syarikat Katering atau Bridal.

3. Menjadi Agen Dropship.

Ini pun mudah kerana anda bertindak sebagai promoter sahaja melalui medium online mahupun offline. Selebinya, syarikat pengeluar yang uruskan.

4. Menjual Barangan Terpakai Yang Ada Di Rumah Anda.

Jual melalui channel seperti Mudah.my atau yang semakin popular sekarang adalah Car Boot Sales.

Dah dapat modal hasil jualan barangan terpakai tu, bolehla tambah barangan dan rolling terus.

5. Jual Idea Dan Anda Cari Pelabur.

Mencari pelabur adalah cara memulakan bisnes tanpa modal duit anda sendiri.

Anda berikan tenaga, pelabur berikan kapital. Yang penting, segala perjanjian perlu ada hitam putihnya agar tiada masalah berbangkit di masa hadapan.

6. Meniaga Barangan Berasaskan Pertanian.

Produk pertanian yang kita tanam atau bela sendiri. Contohnya seperti menjual sayuran yang kita tanam di tepi rumah.

Menjual ayam hasil ternakan sendiri yang dibela secara organik, itu antaranya.

7. Menjual Makanan Seperti Keropok atau Jajan.

Modal akan ada, tetapi minima.

Laksanakan terus untuk memastikan ia berjaya.

Ini antara idea asas perniagaan yang boleh anda ceburi dengan modal kewangan yang sedikit atau mungkin tiada langsung.

Apapun, ia bergantung pada usaha kita seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget