.

Wednesday, October 28, 2015

Tak kisahlah apapun yang kita buat dalam dunia ini akan ada risikonya.

Buat blog dan jadi blogger sepenuh masa, ada risikonya. Buat bisnes online mahupun offline, ada risikonya.

Kerja makan Gaji pun Anda risikonya. Sape kata kerja makan gaji tak ada risiko? Ada, anda kena pecat, kena buang kerja, kena VSS dan sebagainya, itulah risikonya.

Cuma kena cari risiko yang boleh kita serap. Maksudnya, risiko yang mampu kita tangani dan atasi dan selesaikan.

Jangan cari padah dengan ambil risiko yang tak mampu kita hadapi.

Lebih lebih lagi dalam bisnes. Kena urus risiko yang kita dan bisnes mampu serap. Jangan membabi buta membuat sesuatu tanpa mengambil kira risiko tersebut.

Salah pilih, meranalah jawabnya bisnes dan diri kita.

Kesimpulannya, untuk memastikan kita tak tersalah mengambil risiko, kita perlulah ada ILMU.

Cari ilmu yang berkaitan dalam bidang yang kita ceburi agar kita mampu untuk menyerap risiko yang mendatang.

Nak hadapi risiko dalam bisnes, kita cari ilmu berbisnes.

Nak jadi blogger sepenuh masa, kita cari ilmu dunia blogging.

Nak jadi bekerja sepenuh masa, kita cari ilmu bekerja.

Apapun ilmulah yang akan membantu kita menentukan tahap risiko yang kita boleh dan mampu serap.

Friday, October 23, 2015

Satu lagi rumours a.k.a gosip perpindahan bagi kelab Manchester United.

United digosipkan dengan pemain sensasi dunia iaitu Messi. Memang susah nak dipercayai gosip ini.


Tapi tak mustahi kerana £180 juta tu dah tak besar mana pun dan United tiada masalah dengan dana sebesar itu.

Lebih lebih lagi untuk pemain seperti Messi.

Ditambah pula Messi dikhabarkan ingin beralih ke angin ke Liga lainla kerana kurang berpuas hati dengan percukaian Sepanyol.

Selain United, pesaing United di Liga Inggeris iaitu Man City dan Chelsea juga berminat dan mampu membayar £180 juta untuk Messi.

Apapun ianya hanya gosip. Betul atau tidak kita perlu tunggu sehingga 2017 di mana kontrak Messi akan tinggal setahun lagi dan tamat 2018.

Kalau Messi tandatangan kontrak sambungan, maka berkecailah harapan United, City dan Chelsea.

Kalau Messi tak tandatangan kontrak baru, maka akan berpeluanglah Messi berpindah ke kelab baru 2017 nanti.

Sumber: www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/man-united-news-transfer-rumours-6687776

Sunday, October 18, 2015

Selepas kekalahan kepada Arsenal minggu yang lalu.

Minggu ini Man United kembali kepada kemenangan dengan menumpaskan Everton di Goodison Park 0 - 3.

Kemenangan hasil jaringan Sneiderlin, Harerra dan Rooney.

Apapun kemenangan ini disokong oleh prestasi cemerlang De Gea yang seperti tengok kebal yang menafikan beberapa peluang gol dari Everton.

Wednesday, October 14, 2015

Nampaknya naik jugak kadar tol untuk Lebuhraya Sekitar Lembah Klang nie.

Nampak gayanya memang harga barang lain pun akan turut naikla gamaknya.

Apa boleh buat? Kenala cari jalan alternatif untuk elakkan tol ataupun kurangkan penggunaan jalan Highway.

Antara highway yang selalu aku lalu dan terlibat dalam kenaikan harga adalah DUKE, LATAR, Sprint, dan LDP.

Yang lain tak kerap lalu. Yang aku listkan atas tu memang kerap aku lalu.

Apapun, kenala cari pendapatan tambahan lain. Itu jerla jalan yang ada.

Nak tunggu kerajaan bertukar pun, kerajaan yang baru pun belum tentu akan kurangkan balik.

Jadi, dari mengharapkan kerajaan yang 2 kali 5 nie, baik usaha sendiri dipertingkatkan.

Jom tengok senarai tol yang terlibat dan kadarnya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget