.

Wednesday, April 20, 2016

Air laut yang berombak takkan menyebabkan katanya sesebuah kapal itu. Tetapi kebocoran kapal yang menyebabkan air laut menenggelamkan sesebuah kapal itu perlahan-lahan.

Inilah hakikatnya persekitaran dalam mempengaruhi bisnes kita dan diri kita secara tak langsung.

Persekitaran yang negatif takkan menjatuhkan kita secara mendadak. Ia akan menjatuhkan kita sikit demi sedikit.

Sebagai contoh, persekitaran bisnes yang dikelilingi oleh Kemewahan tanpa kesedaran yang tinggi akan memusnahkan bisnes perlahan-lahan.

Habis duit bisnes dikikis sedikit demi sedikit untuk kemewahan diri.

Akhirnya, bisnes yang kecundang.

Oleh itu, pilihan tentang persekitaran dari segi networking dan kejiranan bisnes juga sangat penting.

Seelok-eloknya kita pilih persekitaran yang positif dan produktif.

Tuesday, April 5, 2016

Orang berniaga, kita nak berniaga.

Orang bukak kedai, kita nak bukak kedai.

Tapi, orang merancang, kita tak rancang.

Itulah yang membezakan berniaga dan berjaya 'vs' berniaga tapi gagal.

Kalau tak gagal pun, berniaga akan suam-suam kuku jer.

Nak kata maju tidak, nak kata melingkup pun tidak. Bak kata pepatah Melayu 'Hidup Segan, Mati Tak Mahu'

Rancangan perniagaan tu sangat penting, walaupun rancangan tu hanya pada sehelai kertas.

Sekarang ni lagi mudah sebab dah ada BMC atau nama panjangnya Business Model Canvas.

BMC ni sangat penting dalam perancangan ringkas bisnes.

Kalau tak tahu pasal BMC ni, Google jer. Banyak info pasal BMC ada dalam Google tu.

Kalau nak baca dalam bahasa Melayu, boleh follow FB Sifu Bisnes yang sangat disukai ramai, Pn Ainon Mohd.

Atau boleh baca tulisan di blog notabisnes.com

Banyak kelebihan kalau dapat kita dalami ilmu BMC ni.

#personalbranding
#tipsbisnes

Saturday, April 2, 2016

Sekarang di media sosial memang tengah viral gambar SUV keluaran Proton.

Difahamkan model SUV ini hasil kerjasama Proton, Lotus dan Youngman di China.

Bila ia akan di bawa masuk ke pasaran Malaysia nie masih tak pasti lagi.

Jika media sosial dah viral, mungkin tak lama lagi Proton SUV ini bakal di bawa masuk untuk pasaran Malaysia.

Kalau diikutkan dari gambar yang sedang viral, memang boleh dikategorikan menarik Proton SUV ini.

Designnya setanding dengan SUV keluaran syarikat internasional.

Lebih kurang macam Honda HRV designnya.

Apapun sama-sama kita tunggu perkembangan yang menarik peminat kereta Proton.

Sumber Gambar: FB




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget