.

Sunday, March 30, 2014

Assalamualaikum semua.

Walaupun musim ini prestasi Man United terumbang-ambing dalam liga dan terkeluar dari kelompok 4 teratas, tetapi dalam Champion League, United masih dalam perjuangan di Suku Akhir.

Dan lawannya di suku akhir pada Rabu pagi ini bukan calang-calang pasukan. Iaitu Bayern Munich. Pasukan yang baru ditabalkan sebagai Juara Bundesliga German dengan perlawanan masih banyak berbaki.

Rekod baru dilakar oleh Bayern di bawah kendalian Pep Guardiola dengan memenangi kejuaraan Liga lebih cepat dari rekod sebelum ini.

Bayern juga merupakan juara bertahan UCL dan pastinya akan bermain sehabis baik bagi mempertahankan kejuaraan UCL mereka.

United yang sudah tiada peluang dalam kejuaraan BPL pastinya akan mencuba menewaskan Bayern yang merupakan pasukan terbaik Eropah pada masa ini.

Berbekalkan kemenangan 4-1 ke atas Aston Villa pada hari ini, pastinya sedikit sebanyak akan meningkatkan moral pasukan.

Kemenangan ini hasil sumbangan 2 jaringan dari Wayne Rooney, Juan Mata dan Hernandez.

Pastinya para peminat United akan mengharapkan sesuatu dari United pada pertembungan dengan Bayern pagi Rabu nanti.

Wednesday, March 26, 2014

Assalamualaikum.

Update terbaru tentang peristiwa #MH370 yang diterbitkan oleh akbar Berita Harian.

Dilaporkan sejumlah lebih daripada 122 objek dikesan melalui satelit yang memantau pencarian pesawat #MH370 ini.

Ini menguatkan lagi fakta yang pesawat #MH370 memenang mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi.

Sumber dari Berita Harian adalah seperti berikut:

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, imej satelit terbaharu dari Airbus itu berjaya mengesan 122 objek di selatan Lautan Hindi dan memberikan satu lagi petunjuk baharu bagi mengesan MH370.

Friday, March 21, 2014

Assalamualaikum.

Hari ini pukul 7ptg tadi telah berlangsung undian bagi pusingan Suku Akhir Uefa Champion League 2014.

Banyak pertembungan menarik akan kita saksikan nanti.

Keputusan penuh Undian Suku Akhir Uefa Champion League 2014 adalah seperti gambar di bawah.

Honda telah melancarkan model terbaru nya di Malaysia dari variant Honda City.

Seperti biasa, model Honda City ini akan diperbaharui dari tahun ke tahun bagi memastikan model ini terus menjadi pilihan pengguna kereta di Malaysia dan dunia.


Model ini dilancarkan dan pastinya model Honda City Baru 2014 ini bakal menjadi pesaing kepada Toyota Vios Baru 2014.

Dua pengeluar kereta dari Jepun ini sentiasa bersaing sesama sendiri dalam industri pemotoran Malaysia dan global.

Untuk spesifikasi lengkap Honda City Baru 2014 ini, boleh rujuk ke laman paultan.org

Sumber gambar: paultan.org

Assalamualaikum.

Sempena hari Jumaat yang barakah ini, saya ingin kongsikan tips bagi memulakan bisnes. Bagi yang teringin sangat nak memulakan bisnes, perkara ini wajib dan perlu anda ada.

Jangan mulakan bisnes selagi anda tak buat perkara ini.

Perkara yang di maksudkan adalah "NIAT". Dalam Islam sekalipun memang menyuruh kita memulakan sesuatu dengan niat. "Sesungguhnya, setiap perbuatan itu bermula dengan niat".

Maka di sini menjelaskan bahawa setiap perbuatan kita perlu dimulakan dengan niat yang jelas.

Niat yang jelas akan membantu menggerakkan bisnes kita ke arah seterusnya. Niat yang berprinsipkan Ibadah juga akan memberikan kita ganjaran dari Allah SWT Insha Allah.

Dalam bahasa lebih mudah, niat ini boleh juga ditukar sebagai matlamat ataupun target.

Setkan niat anda untuk berbisnes kerana apa. Kerana tak suka kerja ke, kerana inginkan kebebasan kewangan ke, kerana ikut-ikut kawan ke, kerana seronok-seronok ke, atau kerana paksaan keluarga ataupun lain-lain lagi.

Sebaiknya kita perlu niatkan kita berbisnes untuk kebebasan kewangan dan juga masa. Kalau boleh, tambahla dalam niat kita berbisnes itu untuk membantu orang lain. Tolong dari segi memberi peluang pekerjaan dan lain-lain pertolongan secara langsung atau tidak langsung melalui bisnes kita.

Insha Allah jika betul jalannya, niat itu akan tercapai.

Jadi, sama-sama kita setkan niat yang betul sebelum nenulakan bisnes kita.

Sekian.

Thursday, March 20, 2014

Assalamualaikum.

Entry kali ini lebih bersikap personal dan sekadar berkongsi tempat percutian mampu milik oleh mereka yang sudah berkeluarga. Tempat bercuti yang dimaksudkan adalah The Lost World of Tambun. Terletak di daerah Tambun, Ipoh Perak.

Perjalanan memakan masa 2 hingga 3 jam dari Kuala Lumpur. Bergantung pada kelajuan kereta anda. Tapi diingatkan, biar lambat, asal selamat.

Antara kelebihan bercuti di Lost World of Tambun adalah kosnya taklah terlalu mahal dan bagi aku ia affordable. Kalau nak lagi best pergi waktu weekdays dan bukan cuti umum. Memang best sebab tak ramai orang.

Bagi mereka yang bekerja sendiri, terutamanya yang full time blogger atau IM yang sudah berkeluarga, ada anak-anak kecil, bolehla datang ke sini. Sambil bercuti pun masih boleh berblogging mahupun hantar email kepada subscriber.


Ini antara tarikan yang paling menarik iaitu Tiger Feeding Show. Ada 2 sesi pertunjukan memberi makan harimau. Yang aku ingat pukul 3 petang kalau tak silap. Kalau silap maafla ya. Lupa. Anak-anak mesti suka kalau dapat tengok binatangkan? Tapi kalau harimau nie, mak dengan bapak dia pun akan suka. Bukan anak jer.



Ini pula gajah batu jer. Kalau hidup takde nak dapat posing macam tu. Silap-silap kena libas dengan belalai gajah tu.

Lokasi gajah batu nie di permulaan tempat lombong bijih timah. Mereka buat satu kawasan seperti suasana perlombongan bijih timah. Dan gajah nie adalah pengangkutnya.


Gambar dari depan gajah batu tadi tu. Kan nampak lokasi perlombongan tu.


Ini pulak prop kalau nak ambil gambar mendulang bijih timah. Dulang tu pun disediakan. Masuk jer dalam air tu dan posingla ala-ala nak mendulang sebelah mak cik 2 orang tu.


Lepas tengok bab sejarah, pergi masuk pula taman haiwan peliharaan. Kat sini banyak burung dan haiwan-haiwan yang sewaktu dengannya. Banyak sangat nak taip dalam nie.


Kalau masa anda melawat ada penjaga dalam sangkar burung nie, dapatla bagi makan burung-burung nie. Sangat jinak burung-burung nie tapi dengan syarat ada makanan di tapak tangan anda. Kalau tak ada, jangan harap burung-burung nie nak datang lepak kat tangan anda.



Ayam serama pun ada dalam taman haiwan peliharaan nie.


Lepas penat berjalan-jalan, masa untuk mandi. Mesti anak-anak pun suka. Ini kolam air sejuk. Kat sebelah ada kolam air panas. Bolehla berendam untuk melegakan stress anda.

Kolam air panas nie termasuk dalam bayaran anda. Tapi kalau nak masuk malam, ada cas lain. Melainkan anda membeli waktu ada promosi.



Kalau nak pergi, boleh menginap di hadapan taman tema ini, ada disediakan hotel Lost World of Tambun. Dan pada mereka yang nak berjimat, belilah tiket semasa ada promosi dan rajin-rajinla search di internet. Memang dapat berjimat sambil bercuti.

Ini untuk mereka yang berbajet sederhana. Kalau bajet banyak nak bercuti ke oversea pun terpulangla. Kita pergi bercuti ikut kemampuan poket kita.

Jangan lepas pergi bercuti, sepatutnya hilang stress jadi bertambah stress sebab over bajet.

Sekian.

Wednesday, March 19, 2014

Assalamualaikum.

Hari ini nak share tentang penentuan permulaan bisnes ataupun permulaan sesuatu projek baru (entry point).

Ada dua faktor utama yang menentukan kejayaan entry point anda.

1. Kajian yang mendalam.
- Kita perlu lakukan kajian yang cukup mendalam sebelum melakukan entry/permulaan dalam bisnes.
- Kajian perlulah merangkumi modal, kesediaan dan kapasiti kita.
- Kapasiti kewangan, tenaga kerja dan juga bahan mentah.
- Jika kita entry pada masa yang salah iaitu dalam keadaan kita tak mampu dari segi kapasiti, maka ia akan merugikan kita.

2. Entry Dengan Segera.
- Entry point seperti ini sesuai jika bisnes kita melibatkan waktu tertentu sahaja. Ia boleh dikatakan bermusim.
- Jika lambat entry point kita, maka akan rugilah bisnes kita.
- Sebagai contoh, bisnes menjual bekas tadahan air di musim kemarau dan catuan ini. Bisnes ini kena cepat kita masuk. Cepat2 kita perlu menjual bekas tadahan air.
- Lagi awal anda masuk, lagi banyak keuntungan anda boleh dapat.
- Sebaiknya jika kita lambat masuk. Akibatnya tak terjuallah bekas air yang kita dah beli. Sebab air dah ada dan sudah tiada catuan air.
- Pelaburan sudah dibuat, tetapi demand dari pengguna dah tidak wujud lagi atau sudah berkurangan. Maka rugilah kita.

Inilah 2 faktor yang perlu kita ambil bagi menentukan entry point dalam bisnes kita.

Diharap article ini dapat memberi sedikit informasi dalam bisnes seharian anda.

Monday, March 10, 2014

Assalamualaikum kepada semua peminat pasukan Red Giant/ Selangor.

Pasukan Selangor akan meneruskan saingan dalam Piala AFC dengan menentang Maziya Sports dari Maldives.

Ini merupakan perlawanan kedua Selangor selepas seri 1-1 dengan kelab dari Indonesia.

Perlawanan Piala AFC esok bakal disiarkan secara langsung oleh Astro melalui saluran Astro 812.

Perlawanan Siaran Langsung Maziya Sports vs Selangor akan berlangsung pada jam 7.00 malam.

Manakala siaran ulangan akan disiarkan oleh TV9 pada jam 10.30 malam.

Sama-sama kita penyokong pasukan Red Giant akan beroleh kemenangan pada perlawanan kedua ini.

Assalamualaikum semua.

Di saat kita masih mengikuti perkembangan terbaru berkaitan kehilangan pesawat #MH370, Datuk LCW terus mengharumkan nama Malaysia.

Beliau telah berjaya menjuarai acara Perseorangan Kejohanan All England 2014 dengan mengalahkan pemain China, Chen Long dengan 2 set terus.

Datuk LCW menang dengan mata 21-13 di set pertama dan di set kedua 21-19.

Kemenangan ini mengejutkan banyak pihak kerana Datuk LCW dilihat bermain dengan sangat tenang seterusnya menjadikan Chen Long buntu.

Apa pun Tahniah kepada Datuk LCW kerana telah menghadiahkan sedikit kegembiraan kepada rakyat Malaysia yang sedang bersedih.

Sumber Gambar; FB page Astro Arena 801.

#PrayForMH370

Assalamualaikum semua.

Entry ini dibuat khas untuk #PrayForMH370. Moga pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak pagi Sabtu yang lalu akan dijumpai.

Samaada dalam keadaan selamat atau sebaiknya (minta jauhla). Jika tak selamat sekalipun sekarang-kurangnya para ahli keluarga tidak ternanti-nanti dengan penuh harapan lagi.

Sekurang-kurangnya mereka akan pasrah dan menerima takdir dengan redha kerana semua ini adalah takdir dari Allah SWT.

Tetapi kita sentiasa berharap pesawat #MH370 akan berada dalam keadaan selamat.

Mari sama-sama kita doakan. #PrayForMH370

Thursday, March 6, 2014

Assalamualaikum semua.

Dah lama tak update pasal hiburan. Hari ini baru nak update berkenaan Gambar Kad Kahwin Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.

Kad Kahwinnya nampak simple sahaja. Apa pun moga mereka berdua akan kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget