.

Thursday, January 29, 2015

Mentaliti yang dimaksudkan adalah mentaliti untuk berniaga dan ubah mentaliti sekarang iaitu mentaliti makan gaji.

Bukan makan gaji itu tak bagus, tapi ia kurang memberi manfaat kepada orang lain.

Dan lagi 1, cabaran makan gaji adalah seperti artikel di bawah nie.


Kita kekurangan syarikat Melayu bumiputera yang berskala besar di Malaysia nie.

Inilah yang menjadikan graduan Melayu akan terpinggir jika keputusan mereka sekadar cukup cukup makan.

Berbeza dengan syarikat yang dimiliki oleh Bangsa Cina. Kita tengok senarai 100 terkaya di Malaysia pun kita dah boleh jangka bilangan syarikat di bawah mereka.

Jadi, sebagai langkah permulaan, kita bersama ubah mentaliti kita sendiri dari mentaliti makan gaji kepada mentaliti berniaga.

Jika kita mulakan dari sekarang, dalam masa 10 tahun lagi, Insha Allah masalah seperti dalam artikel di atas kita akan dapat atasi.

Sebagai permulaan, boleh download ebook percuma keluaran Tn Raja Kamil di sini ==> Ebook Percuma, Tips Bisnes Tepi Oleh Raja Kamil

Wednesday, January 28, 2015

Bersanding adalah salah satu acara yang utama dalan majlis perkahwinan.

Bagi ramai pengantin, takkan meriah sesebuah majlis perkahwinan itu jika tiada majlis persandingan di atas pelamin.

Tapi perkara ini sudah semakin berubah dan sudah semakin ramai pasangan pengantin memilih untuk tidak bersanding.

Ini adalah kerana ia lebih menjimatkan. Selain dari beberapa sebab tertentu.

Antara sebab lain, boleh rujuk di sini: Sebab majlis kahwin tak nak sanding.

Walau apa pun sebabnya, ia bergantung pada diri tuan punya majlis.

Di sini kita akan bincang apa aturcara majlis perkahwinan jika tidak mahu bersanding.

1. Ketibaan Pengantin - Sambutan dengan kompang live atau audio.

2. Berarak hingga ke meja makan beradab - ini adalah acara utama jika tidak bersanding.

3. Aturcara memotong kek - jika ada

4. Sesi fotografi - boleh dilakukan di pelamin (jika ada), mini pelamin, meja makan beradab atau secara santai di meja tetamu.

5. Free & Easy atau sesi beramah mesra bersama tetamu.

** Jika tiada pelamin ( banyak jimat jika tiada pelamin) dinasihatkan agar sewa backdrop berhias untuk meja makan beradab.

Lepas habis makan, ia boleh dijadikan tempat bergambar.

Iklan:

ISDA Catering & Wedding Planner ada menyediakan khidmat katering beserta koordinasi majlis sekali dan jika taknak bersanding, pihak ISDA Catering boleh menyediakan backdrop makan beradab secara percuma.

Hubungi mereka di laman Facebook Page mereka di ISDA Catering & Wedding Planner.

Tuesday, January 27, 2015

Ebook percuma yang sesuai dibaca oleh semua orang.

Tak kisahlah blogger, peniaga mahupun orang yang makan gaji.

Tips yang Tn Raja Kamil kongsikan ini sangat mudah dan senang dipraktikkan.


Tips untuk buat duit secara part time.

Jadi, apa tunggu lagi? Download percuma. Tak perlu nak subscribe pun.

Terus boleh download dan terus praktikkan untuk mula menjana pendapatan sampingan.

Boleh download di blog Tn Raja Kamil - Ebook Percu, Tips Bisnes Tepi.

Benda bagus apa salahnya kita kongsi bersama agar dapat manfaat bersama.

Terima kasih kepada Tn Raja Kamil kerana menulis buku ini dan terima kasih kerana menyebarkan buku ini secara percuma.

Moga Tn Raja Kamil dan keluarga terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Amin.

Friday, January 23, 2015

Pada dasarnya memang yang ramai berblog kerana pendapatan tambahan. Tapi ia tak lah semudah disangka dan ia juga tidak sesusah disangka.

Yang diperlukan untuk berjaya buat duit dengan blog adalah ilmu dan usaha.

Ilmu kalau tak ada usaha memang takkan jadi jugak.

Macam tu sebaliknya, kalau usaha dan banyak, tapi tiada ilmu, memang takkan menjadi juga.

Kat gambar ini adalah cara buat duit melalui blog yang dikongsikan oleh Top Blogger Antarabangsa, Problogger.net.


Secara umumnya, ada 7 cara utama untuk buat duit dengan blog seperti gambar di atas.

Untuk bacaan lebih lanjut dan lengkap, boleh baca artikel lengkap di blog problogger.net di link di bawah.

Sumber: Helping blogger to Make Money From Blog - Problogger.net

Wednesday, January 21, 2015

Pastinya tujuan pengasas produk Qu Puteh adalah untuk memperkenalkan jenamanya ke seluruh Malaysia.

Belanja sikit muka Anzalna, Barulah Putihhhhh

Jadi, dengan menaja acara seperti #AJL29 adalah strategi yang bijak.

Tapi pastinya kos tajaan sangat tinggi dan sebagai pemilik bisnes, liputan iklan perlulah berbaloi dengan jumlah bayaran.

Sebab itulah semasa #AJL29 berlangsung, memang banyak kali jenama Qu Puteh diulang ulang.

Satu strategi gerila marketing yang power.

Itu belum lagi dengan iklan tv semasa iklan komersil.

Fuhhhh. Memang promosi tahap maksimum nie.

Kekerapan jenama disebut telah menjadikan ia disebut orang ramai yang positif dan juga negatif.

Ada yang boleh terima. Ada yang serabut.

Tapi, ia berjaya memasuki minda penonton #AJL29 yang pastinya berjuta orang bilangannya.

Inilah kejayaan misi pengiklanan Qu Puteh.

Tapi dari segi kejayaan hasil jualan, itu belum pasti keberhasilannya.

Tuesday, January 20, 2015

Berita yang boleh dikatakan menggembirakan untuk lepasan SPM yang sedang menunggu untuk menyertai PLKN 2015 panggilan ke2 dan ke3.

Panggilan pertama sedang berjalan. Tak dapatlah dikecualikan.

Berita gembiranya adalah PLKN 2015 ditangguhkan sementara bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan untuk kajian penambah baikan, seterusnya membolehkan dana tersebut disalurkan bagi membantu mangsa banjir.


Penjimatan sehingga RM400 juta dengan penangguhan PLKN 2015 ini.

Inilah salah satu dari intipati Perutusan Perdana Menteri Najib Razak 2015.

Untuk teks penuh perutusan Perdana Menteri 2015, boleh lawat ke Blog Hasrulhassan.com.

Ini rupakan satu lagi perkara yang selalu terlepas pandang oleh keluarga tuan Rumah dalam majlis perkahwinan.


Tak semua, tapi ada segelintir.

Kita faham dengan kesibukan tuan rumah. Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, sediakan wakil untuk guide rombongan pengantin.

Wakil Sudah Memadai

Memang dalam majlis kita raikan pengantin, tapi rombongan pengantin sebagai tetamu khas juga perlu kita raikan sebaik mungkin.

Seelok eloknya, wakil tuan rumah itu mengenali rombongan.

Kesian rombongan, tak ada arah tuju di majlis tu.

Sediakan Meja Khas.

Lagi satu, sediakan meja khas untuk mereka. Agar mereka tak melilau mencari tempat duduk.

Walaupun sekadar meja kosong tanpa hidangan di atas meja.

Maklumlah masa rombongan sampai bersama pengantin inilah masa di mana tetamu akan ramai dan meja yang kosong adalah terhad.

Tetamu Istimewa Perlu Diraikan

Jadi, pilih wakil untuk memberi guide pada keluarga rombongan pengantin dan seterusnya memberi layanan terbaik.

Tugas Wakil

1. Jemput masuk ke majlis seterusnya bawa ke meja yang telah disediakan.

2. Alu alukan kedatangan mereka.

3. Sediakan door Gift jika ada Gift istimewa untuk rombongan.

Sunday, January 18, 2015

Tak kisahlah siapa menang AJL29 atau menang persembahan terbaik AJL29 malam ini, bagi aku pemenangnya adalah MOJO dan Caliph Buskers.


Walaupun serba kekurangan atau OKU, tapi vokal penyanyi Caliph Buskers ni memang Super Power.

Tahniah atas usaha Edry KRU yang berani ini.


Saturday, January 17, 2015

Memang tak sangka langsung, lebih dari 100 blogger yang tinggalkan link blog mereka untuk dimasukkan ke dalam blogwalking list blog Perkongsian RH ini.

Mulanya tak yakin boleh cegah 100 blog. Sekali post kat FB group blogger, memang mendapat sambutan hangat.

Siap kena buat list ke2. List pertama dah lebih 100 blogger. Lebih tepat 110.


List kedua pula dah semakin cecah 100. Kalau mencecah 100 jugak, maka kena bukak list ke3 lah jawabnya.


Sampai hari ini tak habis update lagi. Pada yang belum dimasukkan tu tunggu ya.

Insha Allah akan cuba masukkan semua yang.

Apapun terima kasih pada semua rakan blogger yang tinggalkan link blog mereka samaada di komen post atau di FB Group.

Semoga usaha kecil ini dapat memeriahkan lagi dunia blogging.

Seterusnya dapat mengenali lebih banyak blogger dan blog anda semua.

Sekian.
Razishamit

Friday, January 16, 2015

Tahun 2015 dah 2 minggu berlalu. Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua rakan blogger.

Misi terbaru blog Perkongsian RH adalab mencari Blog sebanyak mungkin untuk mengisi senarai blogwalking list di side bar blog ini.


Untuk dimasukkan dalam senarai blogwalking list blog Perkongsian RH ini, cuma perlu tinggalkan komen di entry ini.

Lepas tu link blog anda akan dimasukkan.

Taknak pertukaran link pun tak apa. Kalau nak letakkan link blog ini di blog anda lagilah dialu-alukan.

Jadi, apa lagi, komen dan tinggalkan link blog anda ya.


Konsep terbaru kedai dobi yang semakin orang ramai minati. Kedai dobi layan diri. Kalau ada modal sederhana besar, bisnes bentuk macam ini sesuai untuk dilaburkan.

Pertama kali cuba kedai dobi layan diri nie di Clean Pro Bandar Baru Selayang.


Memang tak berapa nak reti guna, tapi nasib baik ada akak tu yang tunjuk caranya.

Harga mencuci di dobi layan diri Clean Pro boleh tahan harganya, tapi pastinya lebih jimat dari dobi biasa.



Dan paling penting dapat jimat masa dari nak cuci sendiri dan jemur sendiri. Sabun kena bawa sendiri ya. Takde sabun percuma.

Lagipun senang cuci di sini sebab ada mesin tukaran duit syiling 50 sen. Tukarla berapa banyak pun nak tukar.

Paling ramai pengguna kedai dobi layan diri nie adalah suri rumah atau wanita bekerja.

Waktu ramai orang mula datang untuk mencuci adalah lepas pukul 5 petang. Kalau korang taknak sesak2, cucila sebelum jam 5 petang.

Malam pun ramai jugak. Biasala, sambil santai2 pergi mencuci baju. Nak lagi santai, cuci atas 12 tengah malam. Insha Allah tak ramai melainkan hujung minggu.


Thursday, January 15, 2015

Ada orang memang suka menulis. Tapi tulisannya merapu meraban. Langsung tak sesuai nak di baca.

Lagi teruk, menulis yang menyusahkan orang lain. Jadi keyboard warrior yang sebarkan berita tak betul.

Ada orang tak suka menulis. Tapi hasil tulisannya sangat Wowww.

Sumber Gambar: http://ruangtulisan.blogspot.com/

Macam macam sebenarnya perihal menulis nie.

Ada yang hebat menulis tapi tak mampu memberi hasil dari penulisannya.

Menulis sebagai hobi di Facebook atau sosial media yang lain lain.

Ada yang tak berapa hebat, tapi boleh menjadi kaya raya dengan menulis.

Apa rahsianya ya?

Sebenarnya Rahsia Menulis dan Buat duit ini adalah buat.

Kena buat, praktik dan tulis, baru boleh buat duit dengan menulis.

Tapi sebelum menulis, kena cari ilmu dulu.

Tak ada ilmu akan menyebabkan kita gagal, lambat berjaya atau kurang berjaya.

Tiru jer jalan orang dah berjaya. Insha Allah kita akan berjaya jadi penulis yang berjaya buat duit.

Wednesday, January 14, 2015

Berita Perpindahan (transfer news) terbaru. Tapi bukan untuk Liga Malaysia sebab dah tutup pun jendela perpindahan pemain Liga Malaysia.

Ini berita perpindahan kelab Eropah. Kelab di Liga Perdana Inggeris.


Manchester City sahaja menandatangani Penyerang baru Wilfred Bony dari Swansea.

Nilai perpindahan dikhabarkan bernilai £28 juta.

Tuesday, January 13, 2015

Oleh sebab kegilaan terhadap game Clash Of Clan atau dikenali dengan COC.

Pengantin ini menjadikan ia tema untuk kad kahwin mereka.

Memang lain dari yang lain dan idea baru bakal pengantin baru lepas nie.

Gambar Kad Kahwin Tema COC


Lepas nie mungkin akan ada bersanding dengan baju tema COC.

Atau mungkin tema hari jadi COC.

Atau mungkin dinner guna tema pakaian COC.

Fuhhhh dahsyat demam COC nie.
Percutian ini adalah bersempena hari jadi Wife pada 5 Januari yang lalu.

Kebiasaannya kami bercuti tak sejauh ini. Paling jauh ke bahagian utara, Pulau Pinang.

Tapi tak terasa jauh perjalanan ke Pulau Pinang sebab transit 1 malam di Taiping.

Jadi, perjalanan untuk bercuti ke Desaru ini yang paling jauh setakat ini. Lebih kurang 5 jam perjalanan pergi ke sana dari Selayang.

Perjalanan ke Desaru, Gambar 5 Beranak ISDA

Menginap di Lotus Desaru.

Tiba di Desaru kami memilih Lotus Desaru yang telah di booking oleh wife melalui Booking.com.

Dalam perjalanan nak pergi tu baru kami booking.

Inilah kelebihan bercuti pada hari orang lain bekerja. Bilik tetap available walaupun last minute. Tapi jangan amalkan. Salah timing, Tido tepi pantailah jawabnya.


Kawasan receptionist yang luas, boleh menampung ratusan orang.
Keadaan Dalam Bilik Lotus Desaru.

Untuk yang berbajet sederhana, dan bilangan ahli keluarga juga sederhana, sesuailah bilik ini.

Ada 2 tingkat. Tingkat bawah untuk ruang tv dan dapur. Atas untuk ruang bilik Tido.

Ruang rehat luas. Kalau ada anak bujang,, boleh Tido di ruang ini.

Dapur dan toilet

TV pakai tv zaman Jepun lagi. Tapi siaran banyak dan clear sebab guna Unifi.

Pemandangan dari bilik tingkat 5 Lotus Desaru blok B.

Pemandangan Taman Tema.


Salah satu sebab kami check in di Lotus Desaru adalah adanya taman tema air nie.

Sesuai kalau bawa anak2 kecil bercuti. Nak mandi laut memang tak boleh.

Apa sebabnya? Turun bawah lagi. Aku ada kongsi.

Gambar di Kolam Renang di Lotus Desaru.

Kolam mandi yang luas. Untuk kanak2 yg ada besi tu.


Kolam mandi kanak kanak

Memang best kalau bawa anak anak yang suka bermandi manda.

Pemandangan Tepi Pantai Lotus Desaru.

Pemandangan laut waktu pagi. Panas terik.

Ada Gazebo untuk bersantai bersama keluarga atau pasangan.

Siap ada warning. Berenang atas risiko sendiri.
Pantai dan pasir dah cantik dan menarik.

Cuma tak sesuai mandi bagi mereka yang bawa anak kecil bawah 5 tahun. Ombak agak kuat.

Untuk orang dewasa kalau pandai berenang, bolehlah mandi.

Kalau tak berapa pandai berenang macam aku nie, mandi kolam jer la lagi bagus.

Keadaan Ombak di Pantai Awan Desaru.


Sangat kuat ombak dan anginnya. Kami sekeluarga ambil gambar jer kat Pantai awam Desaru nie.

Sebagai kenangan.

Untuk percutian ini, perjalanan balik lagi lama, hampir 7 jam sebab tersangkut dalam kesesakan di highway.

Tapi perjalanan jauh tak terasa sangat sebab mood bercuti. Memangla jadi seronok dan hilang penat

Monday, January 12, 2015

~ Kalau anda minatkan perniagaan, macam-macam benda dalam dunia nie boleh dijadikan perniagaan.

~ Dalam bidang perniagaan kita semestinya menjadi kreatif agar perniagaan kita mampu terus kekal dalam industri.

~ Hari nie saya nak kongsi satu bentuk perniagaan dalam segmen Idea Bisnes di Blog Perkongsian RH ini

~ Segmen Idea Bisnes ini dimulakan dengan perniagaan berbentuk perkhidmatan.

~ Iaitu Idea Bisnes Hotel Bajet Rendah.

~ Konsep ini boleh juga digunakan untuk Bisnes Homestay.


~ Nampak agak janggal dan pelik konsep ini, tapi ia unik dan mampu dibina dengan kos yang rendah.


~ Selain itu, terdapat beberapa Kelebihan Konsep Hotel Bajet dan Homestay Berkonsepkan Paip antaranya:
1. Kos Pembinaan yang Murah.
2. Tak memerlukan design (reka bentuk) yang mahal.
3. Mampu milik jika ingin menyewakannya.
4. Kadar sewaan juga rendah dan mampu menarik ramai pelanggan.
5. Hanya memerlukan kawasan yang kecil untuk dibina.

6. Pembinaannya tak mengambil masa yang lama.



~ Untuk lebih banyak gambar Hotel Berkonsepkan Paip ini. Boleh Layari laman justapictures.


~ Lagi Banyak Gambar Hotel Berkonsepkan Paip.

Saturday, January 10, 2015

Pemain terbaru Man United yang baru ditandatangani oleh Van Gaal adalah bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes.

Seorang penjaga gol yang sangat berpengalaman dan telah menang banyak piala bersama Barcelona dan juga Sepanyol.

Seorang pemain yang menguntungkan United kerana dapat secara percuma setelah tamat kontrak dengan Barcelona awal musim ini akibat kecederaan.

Kini Valdes dah pulih dan telah memulakan latihan bersama Man United.

Ikuti Gambar Victor Valdes Berlatih Bersama Pasukan Manchester United.






Gambar ini pastinya menyeronokkan peminat Manchester United.

Cuma yang menjadi pertanyaan dan tanda tanya adalah situasi David De Gea yang berstatus penjaga gol no. 1 United.

Ramai tahu yang De Gea menjadi sasaran Real Madrid.

Adakah dengan kedatangan Valdes akan menyebabkan De Gea dijual atau sebaliknya.

Sumber Gambar: Facebook Rasmi Manchester United

Friday, January 9, 2015

Banjir di Kelantan dikhabarkan melalui gelombang ketiga.

Kalau ikutkan dah ada kawasan yang sudah surut dan ramai mangsa banjir telah pulang ke rumah.

Walaupun rumah mereka telah musnah, dimusnahkan oleh bencana banjir.

Kebanyakan mangsa banjir di kawasan yang teruk dilanda banjir hilang harta benda dan tinggal sehelai sepinggang.

Jadi, sebagai masyarakat yang perihatin, sama samalah kita membantu sedaya mampu untuk meringankan beban mangsa banjir.

Macam macam cara kita boleh buat sumbangan.

Boleh hantar ke pusat mengumpul bantuan bencana di setiap negeri mahupun daerah.

Ada juga NGO-NGO yang aktif mengumpulkan barang dan kutipan untuk mangsa banjir.

Dan cara paling mudah untuk menderma dan menyumbang adalah melalui SMS.

Sangat mudah menderma kepada mangsa banjir melalui SMS ini.

Semudah 1 2 3.

Caranya Taip BANJIR 1, 2, 3, 4, 5, 10, 20 (jumlah bergantung pada keihklasan anda)

Kemudian hantar ke 13999.


Lepas sumbangan diterima, anda akan dapat SMS balasan seperti gambar di atas tu.

Sama samalah kita membantu mereka yang dalam bencana banjir ya.
Antara sumbangan pengeluar kereta dan motorsikal Malaysia bagi meringankan beban mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, dan lain lain negeri.


Pastinya sumbangan ini akan membantu meringankan dan mengurangkan kos membaiki kereta atau motorsikal yang terlibat dalam bencana banjir.

Walaupun berupa diskaun untuk khidmat baik pulih dan alat ganti, tetapi nilainya pasti tinggi kalau tak ada diskaun.

Pada yang terlibat ambillah kesempatan ini untuk baik pulih kenderaan ini.

Thursday, January 8, 2015

Mungkinkah gambar Zizan dengan awek barunya yang sangat rare ini menjadi punca perpisahan beliau dengan Emma Maembong?

Kalau mengikut kenyataan Zizan dalam akhbar hari ini, memang ini mungkin punca kepada perpisahan mereka berdua.


Kalau ini sebabnya, tak tahulah nak komen apa sebab sebagai lelaki, kereta adalah idaman mereka.

Ditambah pula jika ada kemampuan dari segi kewangan.

Apapun tahniah pada Zizan Razak kerana mencapai tahap sejauh ini walaupun hanya seorang pelawak dan artis.

Ini membuktikan artis dan pelawak juga boleh berjaya.

Tuesday, January 6, 2015

~ Kekangan modal menjadi permasalah kepada peniaga baru.

~ Terutamanya peniaga muda yang lepasan universiti atau kolej mahupun SPM.

~ Jika peniaga baru tapi dah pernah bekerja, modal tak menjadi kekangan sangat kerana mereka ada wang simpanan atau mudah mendapat pinjaman bank.



~ Perlu pilih pelabur dengan bijak untuk berpartner.

~ Dan perlu fikir sedalamnya keperluan dan kepentingan mengambil pelabur.

~ Perlu kaji sedalamnya perjanjian pelaburan, jangan sampai syarikat yang anda bangunkan tergadai dikemudian hari nanti.

~ Dah banyak terjadi, pengasas kena tendang oleh pelabur setelah syarikat berjaya.

~ Contoh paling popular adalah Steve Jobs, pengasas Apple Inc.

~ Lagi 1, kalau boleh elakkan pilih pelabur dikalangan keluarga terutamanya ibubapa dan adik beradik.

~ Ia akan mengakibatkan conflict of interest satu hari nanti.

~ Jadi, sebaiknya bangunkan perniagaan anda sendiri dan mulakan syarikat atau perniagaan dengan apa yang anda ada.

~ Bina dengan minimum kapital dan kembangkan ia sekembang kembangnya.

~ Dan jika perlukan pelaburan untuk lebih besar  pilih bank sebagai pelabur anda jika anda nak full control syarikat anda.

Monday, January 5, 2015

Adalah buat peraduan sikit di Blog ini, peraduan pelawat bertuah menang RM10.



Tapi setakat post ini ditaip, masih belum ada pemenangnya.

Masih belum ada pelawat bertuah yang dapat menjadi pelawat ke 100,000 kat blog Perkongsian RH ini.

Nampaknya pemenang adalah insan yang bertuah untuk tahun 2015.

Angka 100,000 semakin hampir dan ini bermakna pemenangnya juga semakin hampir dijumpai.

Kalau sudi nak menang, rajin-rajinlah melawat blog Perkongsian RH ini ya.

Butiran tentang peraduan pelawat bertuah, boleh klik link ini ==> Pelawat Ke 100,000

Dalam bola sepak memang tak ada yang mustahil. Apa pun boleh terjadi. Kuat atau sehebat mana pun pasukan tu, tak mustahil untuk dikalahkan.

Itulah yang terjadi pada Real Madrid dan Barcelona. 2 pasukan terkuat di Sepanyol dan boleh juga dikatakan terkuat di Eropah dan Dunia

Kedua duanya kalah pada game malam ini selepas rekod cemerlang mereka untuk 2014.


Permulaan 2015 menyaksikan Real Madrid Kalah kepada Valencia 2 - 1. Kekalahan ini mengakhiri 22 kemenangan berturut-turut Real Madrid dalam semua kejohanan.

Rekod tertinggi mereka diakhiri oleh Valencia di awal tahun 2015.

Itu cerita Real Madrid, kalah jugak adalah keputusan yang diterima oleh seteru Real Madrid, Barcelona.

Barcelona kalah 0 - 1 kepada Real Sociedad yang dibimbing oleh David Moyes, bekas pengurus Manchester United.


Kemenangan ini pastinya satu pencapaian peribadi oleh Moyes yang gagal membimbing United kekal di 4 teratas Liga Inggeris.

Saturday, January 3, 2015

Tips ini diambil dari sekolahbisnes.net hasil tulisan Pn Ainon, dicampurkan dengan pengalaman aku sendiri membina perniagaan.

Nak cerita lebih panjang, sila ke sekolahbisnes.net

Orang Muda ramai yang berbakat dan berjiwa besar untuk berniaga, tapi kekangan modal, ilmu dan pengalaman menjadi penghalang.

Oleh itu, cari pasukan yang mempunyai apa yang kita tak ada.

Tak semestinya cari pasukan yang ada modal kewangan. Boleh juga cari ahli pasukan yang ada modal pengalaman dan ilmu.

Nak cari ahli pasukan yang boleh menyumbangkan modal kewangan agak sukar kerana susah nak mencipta kepercayaan orang luar untuk menjadi pelabur kita.

Melainkan idea bisnes kita betul-betul berkesan dan berpotensi.

Peniaga muda juga kebanyakkannya kekurangan dari segi penyusunan idea (walaupun idea dan bernas) dan perancangan bisnes. Walaupun idea dan bernas, tetapi kekurangan ilmu dan pengalaman dalam merancang bisnes akan menggagalkan kita.

Jadi, cari ahli pasukan untuk berpartner yang mempunyai kelebihan tersebut.
Felda United dijangka akan menjadi salah satu pasukan pilihan musim ini selain JDT dan Pahang.

Oleh kerana kecemerlangan prestasi mereka pada tahun lepas semasa kempen Piala Malaysia.

2015 dilihat sebagai satu tahun harapan buat pasukan Felda United.

Gambar di bawah adalah senarai penuh pemain Felda United untuk tahun 2015 di bimbing oleh jurulatih Irfan Bakti.


Dan ini pula gambar jersi terbaru pasukan ini, Felda United untuk 2015.


Segak bergaya ketua pasukannya, Shukur Adan memakai jersi baru Felda United 2015 semasa majlis pelancaran jersi baru tersebut.

Sumber Gambar: FB Harimau Malaya

Friday, January 2, 2015

Bukan senang nak dapat ilmu percuma sekarang nie. Tambahan pula ilmu bisnes.

Biasanya ilmu bisnes nie tinggi kos pembelajarannya. Tapi kini kita boleh belajar ilmu bisnes secara percuma jer.


Tak perlu berbayar. Kita boleh dapatkan ilmu dan perkongsian ilmu bisnes ini di sekolahbisnes.net. Ilmu di dalam laman ini adalah perkongsian Pengerusi ABS Holdings, Pn Ainon.

Memang ilmu dan perkongsian yang ditulis di laman ini nampak simple dan ringkas. Tapi isinya jika pandai diolah, akan menjadi berjuta nilainya.

Untuk mereka yang ingin membina perniagaan pada 2015 ini, bolehlah mula mengikuti tulisan di sekolahbisnes.net ini.

Insha Allah ia akan membimbing anda memulakan perniagaan sendiri dengan kala yg anda mampu.

Manfaatkanlah ilmu percuma ini. Jangan ego. Walaupun percuma, tapi sangat berbaloi jika anda baca dan ikut.

Jika azam 2015 ingin memulakan bisnes sendiri, di sinilah anda patut mulakan membaca.

Thursday, January 1, 2015

Tahun 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya. Dan 2015 pun baru sahaja menjelang.

Selamat Tahun Baru 2015 diucapkan kepada pembaca Blog razishamit.com ini.


Seperti tahun baru yang kebiasaannya dipenuhi dengan azam baru, begitu juga aku.

Azam baru 2015 adalah menyempurnakan Azam 2014 yang belum tertunai.

Antara yang belum tertunai adalah azam berkaitan blogging iaitu penempatan blog ini agar mampu menjana pendapatan lebih konsisten.

Manakala azam 2014 untuk bisnes yang belum tertunai adalah mempunyai lokasi atau dewan khas untuk melangsungkan perkahwinan sendiri di bawah jenama Laman Cinta ISDA.

Ini antara azam yang besar yang belum tertunai. Azam kecik kecik ada banyak lagi.

Tahun 2015 ini akan ada azam baru antaranya aku sasarkan blog ini akan berada dalam senarai top 500 blog di Malaysia ini.

Sekarang level jauh, beribu ribu (kalau ikut ranking Alexa.com)

Manakala untuk bisnes, azamnya adalah nak menambah cabang bisnes dalam bidang trading, pertanian, event, dan internet marketing menerusi blog razishamit.com ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget