.

Monday, October 31, 2016

Dah lama rasanya tak buat peraduan kat blog ini. Dah lebih setahun rasanya.

Oleh sebab itu, maka peraduan mudah yang tak berapa peraduan sangat dilancarkan.

Tujuannya adalah untuk memeriahkan lagi trafik ke blog ini yang sekarang suam-suam kuku jer trafiknya.


Caranya sangat mudah, printscreen jer bukti anda telah menjadi pelawat ke 200,200 di side bar yang tertulis pageviews (kotak merah dalam gambar di atas).

Email hasil printscreen anda ke blogger.razis@gmail.com dengan tajuk 'Menang Pelawat ke 200,200'.

Sangat mudah peraduan ini. Cuma perlu datang blog ini dan lihat anda pelawat ke berapa kemudian jika anda bertuah, screenshot dan menang.

Hadiah yang ditawarkan kepada adalah wang tunai RM10.00.

Hadiah tak seberapa dari blog ini agar lebih ramai masuk blog ini.

Sekian. Jom lawat dan menang dari Blog ini

Thursday, October 20, 2016

Cara pengiklanan yang tak ramai akan terfikir.

Tetapi UBER lakukannya.


Pengiklanan menggunakan DRONE yang berterbangan di jalan raya sewaktu jalan sesak.

Memang tak terfikir bukan? Tapi inilah yang UBER lakukan di Mexico City, Mexico.

Sumber: UBER Guna Drone Untuk Menarik Pengguna di Mexico City.

Mungkin teknik ini kita boleh gunakan di Malaysia.

Thursday, October 13, 2016

Dah hidup kat Malaysia nie lebih 30 tahun.  Tapi hari nie baru tahu sistem sebenar menentukan Penyandang Jawatan Yang Dipertuan Agong.


Sebelum nie aku tahu had sampai sistem penggiliran jer.

Rupanya ada cara lain iaitu pengundian dari Raja-raja atau Sultan-sultan lain.

YDP Agong yang ada pada hari ini akan menamatkan khidmat pada 12 Disember ini dan penggantinya sedang dipilih.

Jika mengikut giliran, sepatutnya Sultan Kelantan yang akan menjadi YDP Agong pada 5 tahun mendatang.

Tapi ia tertakluk juga pada undian dan penentu lain.

Boleh rujuk berita di akbar Awani untuk perincian ringkas cara menentukan YDP Agong baru.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/yang-di-pertuan-agong-berangkat-ke-mesyuarat-majlis-raja-raja-di-istana-negara-119199

Tuesday, October 11, 2016

Saja kongsi kot-kot boleh dan mampu untuk beli satu hari nanti.

Berangan itu percuma. Siapa yang tak berangan tu rugi la.

Ini adalah Gambar BLACK GLE 450 AMG Coupé


Thursday, October 6, 2016

Dalam rak TV jer dia simpan duit berkepuk-kepuk.



Aduhai la si pencuri yang meranapkan maruah bangsa dan negeri demi kekayaan sendiri dan keluarga.

Semakin teruk budaya kerja agensi kerajaan yang sepatutnya menjadi pembantu memudahkan hidup rakyat.

Inilah yang dipanggil, "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi".

Semoga nasib kita rakyat Malaysia akan terhindar dari budaya Rasuah yang boleh merosakkan negara dan bangsa ini.

Ingatlah, sesungguhnya rasuah akan menyebabkan negara kita bakal dijajah semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget