.

Saturday, July 2, 2016

Dah lebih setahun guna Phone Oppo Find 7.

Bagus dah bagus dah. Cas laju (Fast charging), camera depan dan belakang cantik. Dan banyak lagi la bagusnya Oppo Find 7 nie.

Cuma bila dah guna lebih dari setahun dengan cara penggunaan yang agak kuat, memang bateri Find 7 nie akan rosak a.k.a Kong.

Cas penuh pun cepat jer akan habis.

Kalau guna untuk main game, 10 ke 15 dah mati.

Memang perlu disokong oleh powerbank.

Ini memang kelemahan kebanyakan phone. Bateri akan cepat rosak a.k.a kong

Cuma, bateri Oppo Find 7 nie sangat susah nak beli. Ada jual di Servis Centre saja.

Dan bukan selaku ada stok. Kena order dulu kalau nak beli.

Itupun belum tentu dapat. Macam aku nie, dah order sebulan lebih pun masih tak dapat lagi.

Pergi ke servis centre di menara Berjaya tu, katanya memang tak sampai lagi.

Lambat betul.

Apapun, kena sabar jerla sebab dah nasib beli phone semacam nie.

Pada yang nak beli Oppo Find 7 tu, bolehla gunakan isu ini sebagai salah satu pertimbangan.

Tapi kalau tak kisah, Oppo Find 7 nie memang antara best phone yang pernah aku pakai.

Value for money. Berbaloi.


Mengurus sesebuah perniagaan itu memang banyak cabarannya.

PEKERJA BERSILIH GANTI

Antaranya adalah cabaran dalam mengekalkan kesetiaan pekerja atau ahli dalam team.

Kebiasaannya, pekerja akan berpindah dari satu syarikat ke syarikat lain.

Tak ada apa yang kita boleh lakukan jika keinginan mereka sudah begitu.

Takkan kita nak paksa mereka untuk setia dengan kita.

Apa yang boleh kita sebagai pendiri bisnes lakukan adalah dengan memberi ganjaran kepada yang masih setia.

GANJARAN KEWANGAN ATAU JAWATAN

Ganjaran mungkin dari segi kewangan ataupun kenaikan jawatan.

Kenaikan jawatan biasanya membawa kepada kenaikan gaji atau elaun.

Inilah ganjaran kepada kesetiaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget