.

Wednesday, November 18, 2015

Seperti biasa, sebelum merancang sesuatu majlis tu, kami dan team ISDA Catering akan melakukan sesi site visit bersama bakal pengantin dan keluarga.

Kalau keluarga pengantin tak join, site visit pastinya bakal pengantin akan join.

Ini amat penting bagi memastikan kelancaran persiapan majlis, keperluan majlis dan paling penting hari majlis tersebut.

Jadi, pertengahan bulan November nanti kami akan kelolakan majlis perkahwinan di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh Melaka.




Memang lokasi yang strategik jika anda ingin langsungkan majlis dalam taman.

Tapak majlis yang agak luas boleh menampung tetamu yang ramai. Sesuai jika jemputan 1000 dan ke atas.


Taman Seribu Bunga ini juga sesuai jika anda merancang majlis perkahwinan yang agak private dengan bilangan tetamu yang terhad.

Kedua-dua kondisi majlis ini sesuai dilangsungkan di taman ini.

Dari segi masa, siang boleh, malam pun boleh juga. Cuma jika waktu malam, perlukan lebih banyak dekorasi pencahayaan.

Ia akan menambahkan lagi keindahan majlis perkahwinan anda nanti.

Untuk tempahan tapak ini, anda boleh terus ke Melaka Mall di mana terletaknya pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Semak kekosongan di pejabat ini dan kadar sewaan tapak ini lebih kurang RM1000++

Jika anda tiada kelapangan masa, boleh juga menempah pakej perkahwinan di Taman Seribu Bunga ini dengan pihak ISDA Catering.

Boleh terus ke FB cawangan Melaka kami di www.facebook.com/isdacateringmelaka.

Kami ada menyediakan pakej yang termasuk denga sewaan dan tempahan tapak di Taman Seribu Bunga ini.

Gambar Past Event di Taman Seribu Bunga

Anda tak perlu lagi untuk ke Pejabat Majlis Perbandaran lagi untuk menempah tapak

Pihak kami buat semua. PM ISDA Catering terus melalui email ke isdacatering@gmail.com.

Wednesday, November 4, 2015

Macam susah nak dipercayai. Tapi ini adalah benar. Game bukanlah sesuatu benda yang boleh dipandang remeh sekarang ini.


Kalau kita ada kemahiran atau skills, dan menjadi pilihan ramai, diminati ramai, pasti ia akan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Dah banyak contoh syarikat yang dibina kerana minat, mampu menjana pendapatan yang lumayan dan bernilai berbilion ringgit.

Salah satu yang hampir dengan kita ialah penjualan syarikat iproperty.com yang bernilai RM2.2 billion dibeli oleh syarikat gergasi luar. Boleh ke laman thevocket.com untuk membaca cerita tentang iproperty.com ini.

Manakala link di bawah nie adalah link berita Candy Crush dibeli.

Sumber: Syarikat Game Call Of Duty Beli Syarikat Candy Crush $5.9 billion atau lebih kurang RM24 billion.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget