.

Friday, July 18, 2014

Assalamualaikum.

Satu lagi berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, iaitu berita pesawat MAS MH17 telah terhempas di sempadan Ukraine - Russia.

Pesawat MH17 ini dilaporkan telah ditembak oleh pihak yang belum dapat dipastikan di kawasan bergolak antara Russia dan Ukraine.

Berita ini sangat menyedihkan bagi kita seluruh rakyat Malaysia umumnya dan khasnya bagi ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH17 ini.

Semoga ahli keluarga krew dan penumpang tabah menerima dugaan ini ditambah pula bagi keluarga beragama Islam yang akan menyambut Aidilfitri tak lama lagi.

Moga tabah kesemuanya atas dugaan ini. Al - Fatihah semua.

Thursday, July 17, 2014

Gambar yang akan meng'excited'kan para peminat pasukan Manchester United.

Dengan portfolio van Gaal yang gah, pastinya harapan yang diletakkan dibahu beliau oleh para peminat sangat tinggi.

Tinggi melebihi harapan yang pernah diletakkan dibahu Moyes.

Harapannya adalah mengembalikan zaman kegemilangan United.

Sumber: Man United Web.
Berita terbaru yang boleh dikatakan mengejutkan peminat bola sepak Eropah. Berita perpindahan pemain kebangsaan German Tony Kroos yang baru sahaja memenangi Piala Dunia 2014 beberapa hari yang lalu.


Berita perpindahan Tony Kroos ke Real Madrid dari Bayern Munich agak mengejutkan kerana Bayern Munich adalah antara kelab terbesar di Eropah dan pastinya agak jarang pemain kebangsaan German akan bermain dengan kelab lain, lagi-lagi pemain itu adalah pemain Bayern Munich.

Tapi inilah hakikatnya kerana Tony Kroos bukanlah pemain tengah pilihan utama Pep Guardiola, jurulatih baru pasukan Bayern.

Atas sebab inilah Tony Kroos bertindak menandatangani kontrak bersama Real Madrid. Bersama Real Madrid, Kroos bakal bergandingan di bahagian tengah bersama Luka Modric dan juga Xavi Alonso, seterusnya bakal menyingkirkan rakan senegara Kroos, Sami Khadira ke bangku simpanan.

Berikut adalah barisan kemungkinan Real Madrid pada musim 2014/2015:

Penjaga Gol: Iker Casillas

Pertahanan: Marcelo, Sergio Ramos, Pepe, Carvajal

Tengah: Xavi Alonso, Modric, Kroos

Serangan: Ronaldo, Bale, Benzema

Sumber: Twitter The Sun

Thursday, July 3, 2014

Assalamualaikum Semua peminat Manchester United.

Pastinya berita perpindahan 2 pemain muda rebutan banyak kelab ini telah menggembirakan para peminat Kelab Manchester United ini.

2 pemain muda berbakat ini nampak nya telah memilih Manchester United berbanding kelab ternama lain.

Semoga prestasi United musim akan datang akan kembali cemerlang di bawah pengurusan baru Van Gaal.

Dikhabarkan bukan Harrera dan Shaw sahaja yang menjadi pemain baru United musim baru ini. Khabarnya Van Gaal akan membawa lebih banyak pemain baru berbakat ke dalam skuad United.

Berita yang sangat mengujakan bagi peminat pasukan Manchester United khasnya dan pastinya akan menggerunkan musuh2 United.

Sekian

Tuesday, May 20, 2014

Assalamualaikum Semua

Akhirnya terjawab sudah penantian peminat pasukan Manchester United dengan sahnya Louis Van Gaal dilantik menjadi pengurus baru menggantikan David Moyes.

Keputusan ini dilihat sebagai langkah pertama United bagi membawa semula zaman kegemilangan United.

Perlantikan Van Gaal ini juga dilihat antara usaha awal United bagi menarik lebih ramai pemain ternama dunia bagi menyertai Man United bagi musim akan datang.

Nama gah Van Gaal selaku antara  pengurus terbaik di dunia pastinya akan menarik lebih ramai pemain ternama dunia yang menjadi sasaran United.

Sama-sama kita tunggu prestasi United di bawah pengurusan Louis Van Gaal.

Saturday, May 3, 2014

Assalamualaikum Semua.

Perkhabaran ini pasti tidak menggembirakan peminat pasukan Liverpool. Pemain terbaik mereka bakal diambil oleh Real Madrid. Pasukan gergasi Sepanyol yang tidak akan berhenti membeli pemain-pemain terbaik dunia.

Pastinya Kebanyakan pemain bola sepak akan mengimpikan bermain di kelab besar seperti Real Madrid dan ini memungkinkan Luis Suarez juga bakal ke Real Madrid. 


Ditambah pula kemungkinan Liverpool bakal menamatkan lagi satu musim tanpa gelaran liga yang amat mereka hajati sejak 24 tahun lalu.

Apa pun sama-sama kita tunggu berita perpindahan terkini selepas Piala Dunia Brazil nanti.

Pastinya akan lebih ramai bintang baru akan muncul dalam Piala Dunia Brazil nanti.

Sekian.

Thursday, April 24, 2014

Assalamualaikum Semua.

Petang-petang waktu hujan memang best minum kopi sambil makan cekodok. Tapi nak buat cekodok sendiri takut tak sedap, terus hilang feel makan sambil hujan.

Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, masak jer Cucur Bilis Adabi. Senang jer nak disediakan. Cuma perlu bancuh, kemudian goreng dan boleh terus makan.

Cara mudah nak makan petang. Tak susah pun. Yang bujang-bujang pun boleh buat sendiri kat rumah. 7 minit jer diperlukan untuk memenuhi selera petang anda.

Ditambah pula dimakan dengan hidangan kopi O. Memang syok ooooo


Selain dari mudah, dapat jugak jimatkan duit. Tak perlu belanja kat kedai mamak. Lagi-lagi masa hujan. Memang mood nak keluar pun tak adala.

Sekian,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget