.

Tuesday, November 11, 2014

Nampaknya semakin meriahlah Liga Malaysia tahun depan 2015 kalau betul bekas pemain Liverpool dan bekas pemain kebangsaan Senegal, El Hadji Diouf akan menyarung jersi pasukan Sabah tahun depan.


Nampaknya semakin banyak pasukan Liga Malaysia sudah mengikut langkah JDT dalam pembangunan pasukan bola sepak mereka.

Diharap lebih banyak pasukan akan membawa ramai lagi pemain ternama ke Liga Malaysia.

Ketibaan El Hadji Diouf di Sabah.

Barulah terkenal liga Malaysia ke serata dunia.

Selain terkenal, bolehlah sedikit sebanyak pemain kita belajar dari pengalaman mereka.

Itupun kalau mereka pandai menggunakan peluang inilah.

Kalau tidak, level pemain kita takkan ke mana jugaklah walaupun semua pemain EPL atau La Liga main di Liga kita.

Sumber: Berita Harian Online - El Haji Diouf Pemain Import Baru Sabah.

Saturday, November 8, 2014


Senarai 5 + 1 Top Blog Malaysia yang aku ambil dari ranking yang dikeluarkan oleh alexa.com bertarikh 8 November 2014.

Ranking biasanya akan berubah dengan kerap.

Biasanya ramai buat top 10, tapi aku buat Top 5 + 1 jer. Cukupla top 5 + 1 yang kita boleh jadikan sumber rujukan dalam berblogging.

Top 5 + 1 Blog Malaysia Bulan November

  1. paultan.org - 89
  2. Beautifulnara.com - 90
  3. Um-fabolous.blogspot.com - 115
  4. Hasrulhassan.com - 154
  5. Rotikaya.com - 162
  6. Denaihati.com - 164
Gempakkan blog Hasrulhassan.com tu? Memang patutlah blogger abg Hasrul ini di gelar sifu SEO Malaysia dan juga sifu blog berplatformkan blogger.com

Ini juga boleh kita jadikan contoh dan sumber motivasi. Walaupun kita pakai platform blogger.com, janganlah kita merendah diri.

Apa yang penting content penulisan kita dicari oleh ramai pembaca dan sentiasa menjadi pilihan pembaca macam blog Hasrulhassan.com ini.

Penulisan di blog ini banyak tips dan ilmu serta panduan yang berguna untuk blogger baru dan lama.

Sekian.
13 Gambar Gaya Selebriti Bertudung Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2014















Sumber: Blog Rotikaya
Keputusan yang agak mengejutkan tapi tak boleh nak diubah lagi.

Keputusan ujian Dopping Dato Lee Chong Wei diberitakan positif dan jika benar, Dato LCW bakal digantung dari menyertai pertandingan badminton BWF selama 2 tahun.


Tapi ini mungkin petanda bahawa masa untuk pemain muda kita menonjolkan bakat mereka.

Dah terlalu lama kita gunakan khidmat dan kudrat Dato LCW.

Bagilah peluang Dato LCW untuk berehat setelah penat mengharumkan nama negara.

Moga pemain pelapis kebangsaan membuktikan kemampuan mereka dan seterusnya menjadi pengganti Dato LCW.

SUMBER: KEPUTUSAN UJIAN DOPPING DATO LEE CHONG WEIq

Friday, November 7, 2014

Kerjasama terbaru yang pastinya akan menghangatkan pasaran dan industri muzik Malaysia.

Tengok gambar pun dah gempal. Gambar lagenda KRU dengan gayanya yang meletup serta Zizan Razak yang memang tengah meletoooop sekarang.

Dikhabarkan gambar ini di rakam untuk single terbaru Zizan Razak dan KRU bagi OST filem Cicakman 3.

Tajuk single ini adalah Adiwira OST Cicakman 3. Tak sabar nak tunggu lagu ini keluar.


Gambar black n white memang nampak elegant. Norman, Yusry ngan Edry nampak lebih muda dalam gambar nie.
Kebelakangan ini cuaca di Malaysia tak menentu. Ada hujan lebat hingga menyebabkan banjir kilat, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya.

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian Banjir Lumpur di Tanah Tinggi Cameron Highlands yang mengakibatkan korban nyawa.

Kejadian yang berlaku untuk kali kedua di Cameron Highlands.

Terbaru kejadian pokok tumbang di tengah bandar Kuala Lumpur, di Jalan Masjid India.


Oleh kerana cuaca tak menentu pada masa kini, eloklah anda parking kereta atau motorsikal di tempat yang lebih selamat dari banjir kilat, pokok tumbang dan lain-lain bencana yang mungkin melanda bandaraya besar seperti KL ini.

Jangan kerana nak jimatkan duit parking, kereta atau motorsikal anda terkena bencana yang lebih merugikan.

Thursday, November 6, 2014

Lepas heboh satu Malaysia kes soalan UPSR Bocor, kini kes mengatakan kertas periksa SPM pulak bocor.

Khabarnya berita tersebar di media sosial tertentu dan tak heboh sangat.

Kertas Peperiksaan SPM matematik dikatakan telah bocor.

Tapi kesahihan tak dapat disahkan dan pihak berwajib telah memberi kenyataan seperti berikut:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget