.

Saturday, June 4, 2016

Berita yang baru diterima dan baru disiarkan di akhbar-akhbar online UK, Zlatan Ibrahimovic telah menandatangani kontrak bersama Manchester United selama 1 musim.


Ibrahimovic telah tamat kontrak bersama PSG dan tiada yuran perpindahan perlu dibayar oleh United.

Pastinya ia sangat berbaloi buat United yang agak tumpul musim lalu di bawah kendalian Van Gaal.

Berganding dengan Rooney dan Martial, pastinya akan menjadi gandingan yang bakal digeruni lawan.

Iklan:
Pakej Katering Berbuka Puasa, Majlis Rumah Terbuka atau Majlis Perkahwinan, layari www.isdacatering.com
1. Pilih bisnes yang berkaitan dengan wanita atau perempuan.

2. Fesyen, makanan untuk kurus, produk kecantikan, produk bayi dan lain-lain yang disasarkan kepada wanita.

3. Wanita mempunyai kuasa beli yang besar.

4. Dan mereka pasti akan membeli jika mereka berkenan dan mampu.

5. Inilah yang menjadikan kuasa beli mereka tinggi

6. Lihat saja musim perayaan ini, yang memenuhi pasaraya, bazaar Ramadhan, Ekspo.

7. Ini dah menjadi bukti pasaran produk yang mensasarkan golongan wanita ini memang boleh jual.

8. Cuma, perlu pilih produk yang bersesuaian dan buat marketing.

9. Jangan jual atau mulakan menjual tanpa buat marketing.

10. Lebihkan kos pada marketing dulu.
Ramadhan semakin menghampiri kita 2 hari sahaja lagi.


Alhamdulillah kerana kita diizinkan Allah untuk menghadapi Ramadhan tahun ini.

Seperti biasa, apa yang kita harapkan adalah Ramadhan kali ini akan lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Dari segi amalan dan segalanya. Insha Allah.

Sama2 kita berdoa agar sentiasa diberikan kekuatan untuk menghadapi Ramadhan tahun ini.

Tuesday, May 31, 2016

Bulan Ramadhan adalah bulan Barakah yang terkandung di dalamnya 1001 nikmat.

Antara nikmatnya adalah ketika berbuka puasa.

HIDANGAN BERBUKA PUASA

Hidangan berbuka puasa sangat penting dititikberatkan kerana ia akan memberi tenaga untuk menjalankan ibadat Berterawikh pula.

Sajian berbuka puasa bagi masyarakat Melayu memang takkan lari dari hidangan utama iaitu Nasi.

Nak menghidang nasi pula, perlu ada lauk pauk yang meriah.

Nak meriah, masa pula tak banyak sebab kekangan waktu bekerja.

Jadi, sebagai alternatifnya, makanan siap menjadi pilihan. Beli saja di bazar Ramadhan yang banyak tumbuh di tempat-tempat anda.

Satu lagi alternatif yang boleh menjadi pilihan adalah makanan Frozen / Sejuk Beku.

AYAM BEREMPAH FROZEN - ISDA LAZAT


Pihak ISDA Lazat ada menyediakan Ayam Berempah Frozen.

Ayam berempah frozen ini adalah ayam yang telah diperap bersama rempah khas dan terus boleh di goreng.

KELEBIHAN MAKANAN FROZEN

Inilah bagusnya makanan Frozen. Boleh dihidangkan panas-panas tetapi tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.

BERBALOI DAN MENJIMATKAN.

Hidangan atau lauk utama ini berbaloi jika disediakan sendiri kerana ia akan membantu anda berjimat. Hari-hari beli lauk luar pun lama-lama sakit juga poket tu.

Ditambah pula persiapan nak beraya.

Jika ada yang berminat nak menempah Ayam Berempah Frozen ini, boleh lawati FB mereka di Ayam Berempah Frozen.

Selain Ayam Berempah Frozen, ISDA Lazat juga ada menyediakan Kambing Perap Frozen yang juga boleh terus dihidangkan.

Untuk menempah kedua-dua produk ini, boleh lawat ke FB ISDA Lazat.


Friday, May 27, 2016

Berita yang dah lama ditungu-tunggu oleh Peminat Manchester United.

Berita yang boleh dikategorikan sebagai menggembirakan. Iaitu berita pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus baru Man United.

Apapun tak boleh nak gembira sangat kerana belum bermula pun aksi liga musim baru.

Takut-takut jadi macam Van Gaal juga.

Reputasi gah bersama Belanda, tetapi tidak gah mengurus pasukan kelab.

Apapun, pastinya sasaran para peminat pasukan Man United di bawah pimpinan Jose Mourinho adalah menjulang piala kejuaraan.

Liga dan Champion League.

Wednesday, April 20, 2016

Air laut yang berombak takkan menyebabkan katanya sesebuah kapal itu. Tetapi kebocoran kapal yang menyebabkan air laut menenggelamkan sesebuah kapal itu perlahan-lahan.

Inilah hakikatnya persekitaran dalam mempengaruhi bisnes kita dan diri kita secara tak langsung.

Persekitaran yang negatif takkan menjatuhkan kita secara mendadak. Ia akan menjatuhkan kita sikit demi sedikit.

Sebagai contoh, persekitaran bisnes yang dikelilingi oleh Kemewahan tanpa kesedaran yang tinggi akan memusnahkan bisnes perlahan-lahan.

Habis duit bisnes dikikis sedikit demi sedikit untuk kemewahan diri.

Akhirnya, bisnes yang kecundang.

Oleh itu, pilihan tentang persekitaran dari segi networking dan kejiranan bisnes juga sangat penting.

Seelok-eloknya kita pilih persekitaran yang positif dan produktif.

Tuesday, April 5, 2016

Orang berniaga, kita nak berniaga.

Orang bukak kedai, kita nak bukak kedai.

Tapi, orang merancang, kita tak rancang.

Itulah yang membezakan berniaga dan berjaya 'vs' berniaga tapi gagal.

Kalau tak gagal pun, berniaga akan suam-suam kuku jer.

Nak kata maju tidak, nak kata melingkup pun tidak. Bak kata pepatah Melayu 'Hidup Segan, Mati Tak Mahu'

Rancangan perniagaan tu sangat penting, walaupun rancangan tu hanya pada sehelai kertas.

Sekarang ni lagi mudah sebab dah ada BMC atau nama panjangnya Business Model Canvas.

BMC ni sangat penting dalam perancangan ringkas bisnes.

Kalau tak tahu pasal BMC ni, Google jer. Banyak info pasal BMC ada dalam Google tu.

Kalau nak baca dalam bahasa Melayu, boleh follow FB Sifu Bisnes yang sangat disukai ramai, Pn Ainon Mohd.

Atau boleh baca tulisan di blog notabisnes.com

Banyak kelebihan kalau dapat kita dalami ilmu BMC ni.

#personalbranding
#tipsbisnes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget