.

Tuesday, February 3, 2015

Kalau betul jalannya, betul strateginya, tak mustahil nak buat duit dengan blogging.

Tak kisahlah blogger Malaysia atau blogger luar Malaysia.

Ini kisah blogger Luar Malaysia yang aku dah follow sejak aku mula berblogging nie.

Income tahunannya $946,256. Kalau convert ke Ringgit, lebih kurang RM3.3 juta. (Guna rate 3.5)

Rujuk gambar di bawah untuk buktinya.


Blogger ini memang akan kongsikan pendapatan beliau setiap bulan dan inilah jumlah pendapatan setahunnya untuk tahun 2014.

Memang memotivasikan pendapatan Blog Pat Flynn ini.

Apapun, usaha pasti seiring dengan ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan ini.

Pada yang ingin menambah ilmu blogging, boleh belajar di sini ILMU Blogging

Dah ada ilmu set up Blog, nak buat duit dengan Blog pun kena ada cara, lubuk dan ilmu, cara paling mudah buat duit dengan Blog.

Caranya dengan affiliate, affiliate yang agak terkenal di Malaysia adalah klikjer.

Apapun caranya, apa yang penting, kita kena cuba dan praktik. Insha Allah berjaya.

Cepat atau lambat jer penentunya.
Datuk Siti Nurhaliza memang seorang artis yang sentiasa menghargai peminatnya.

Aktiviti bersama peminat sudah menjadi kebiasaan bagi Datuk Siti.

Ini bagi meraikan para peminat yang sentiasa menyokong karier seni Datuk Siti.

Kali ini dengan kostum sekolah dan Datuk Siti bertindak sebagai Ketua Pengawas dan memang kelihatan comel.

Jom lihat gambar Datuk Siti Berkostum Pengawas - Gambar Dari Blog Rotikaya.com





Akhirnya Juan Cuadrado menjadi pemain terbaru dibeli oleh Chelsea di jam-jam terakhir jendela perpindahan.

Memang menjadi kebiasaan, perpindahan saat terakhir ini lebih dramatik dan menarik.


Perpindahan Cuadrado dari kelab Itali, Fiorentina ke Chelsea ini bernilai £26.8 juta.

Dan M.Salah, akan dipinjamkan ke Fiorentina oleh Chelsea sebagai salah satu terma perpindahan.

Selain perpindahan masuk ini, Chelsea juga telah menjual pemain Andre Shurle ke Wolfburg.

Nampaknya aktif Chelsea membeli dan menjual pemain di jendela perpindahan ini.

Monday, February 2, 2015

Carta 8 kerjaya yang Berpendapatan Tinggi dan Menggembirakan ini adalah berdasarkan kajian di USA oleh careerbliss.com

Komuniti kerjaya di USA.

Tapi di Malaysia, kita tak pasti pekerjaan apakah yang memberi pendapatan lumayan di samping kerja yang gembira. Kurang tekanan.

Pilihan ramai pastinya kerja kerajaan. Betul tak?

Tapi nak kerja kerajaan agak susah nak dapat, melainkan anda tahu rahsianya. Rahsianya boleh baca kat sini, Rahsia Temuduga Kerajaan.

Kebiasaannya, pekerjaan yang bergaji lumayan nie, pakej sekali dengan tekanan kerja dan kurang menggembirakan.

Apapun, kerja kena sentiasa gembira walaupun gaji tak berapa lumayan.

Kat bawah ini adalah 8 Kerjaya Yang Bergaji Lumayan dan Menggembirakan.



Sumber: 8 High Paying Jobs With Happy Employees.
Sebut pasal internet marketing, ramai akan terfikir tentang Facebook, Twitter, Instagram, blog dan macam-macam lagi.

Memang ada berpuluh malahan beratus sumber untuk internet marketing.

Ada yang percuma. Ada yang berbayar.

Tak kisahlah percuma atau berbayar, apa yang penting kita perlu gunakan Internet Marketing ini.

Banyak faedahnya. Antaranya adalah kos yang lebih rendah. Seperti yang dikongsikan oleh Pn Ainon di laman sekolahbisnes.net.


Memang kosnya sangat jauh berbeza dan hasilnya agak sama atau lebih baik.

Syarikat besar biasanya menggunakan offline marketing untuk menaikkan jenama mereka.

Bukan untuk membuat jualan semata-mata.

Seperti contoh, billboard besar di lebuhraya utama bukanlah bertujuan untuk menghasilkan jualan, tapi lebih kepada Branding dan Brand Positioning.

Jadi, sebagai peniaga kecil, kata seharusnya terus fokus kepada internet marketing kerana ia berkos rendah dan mampu bayar.

Itulah yang kami lakukan untuk mempromosikan bisnes perkahwinan yang kami buat, ISDA Catering & Wedding Planner.

Selain dari menaikkan Branding, internet marketing juga membantu menjana jualan terus dan paling penting, ia menjimatkan kos menjual kami.

Untuk kami yang berskala kecil, kami mampu menjimatkan kos lebih dari RM10k dengan internet marketing.

Ini kerana, kos pengiklanan di majalah untuk 1 keluaran adalah berharga RM2k +++. Dan bukan boleh beli slot untuk 1 keluaran, kontrak minima adalah 6 keluaran iaitu untuk 6 bulan.

Jadi, kosnya lebih kurang RM12k.

Selain dari majalah, medium pemasaran offline lain yang biasa digunakan dalam industri adalah Pameran atau Ekspo.

Kos menyertai Pameran adalah RM4k untuk saiz booth 10' x 10'. Kos yang sangat tinggi. Ini adalah kos paling minima.

Untuk pameran yang bereputasi tinggi, kosnya mencecah RM5k untuk saiz booth yang sama.

Dalam setahun perlu menyertai 3 Pameran sekurang-kurangnya jika ingin mendapatkan jualan yang banyak.

Jadi, RM4k x 3kali, kosnya lebih kurang RM12k.

Sebagai penyelesaian untuk kos offline marketing yang mahal, kita perlu gunakan Internet Marketing sebaik mungkin dan semaksimum yang boleh.

Mengikut pengalaman kami, penjimatan sehingga RM10k mampu dicapai jika menggunakan medium internet marketing sepenuhnya.

Jadi, ambil kesempatan ini untuk kita menjana pendapatan sebanyak yang boleh dengan kos pemasaran yang minima.

Sekian.

Sunday, February 1, 2015

Baru bulan pertama 2015 berlalu, misi blog Perkongsian RH ini dah gagal.

Kalau ikutkan perancangan, sehari sekurang-kurangnya post 1 entry.

31 hari bermakna dapat 31 post entry.

Tapi gagal nak capai sebab agak sibuk di hujung bulan.

Kalau ikutkan momentum dari awal bulan, memang tak mustahil boleh capai.

Tapi oleh kerana kesibukan menguruskan 2 majlis perkahwinan yang diamanahkan kepada ISDA Catering & Wedding Planner pada 31.1.15 iaitu semalam, terus tak dapat kekalkan momentum menulisnya.

Nak menguruskan majlis kahwin orang memang memakan banyak masa dan komitmen.

Jadi, pada bakal pengantin yang bakal menamatkan zaman bujang tahun 2015 ini, bolehla lawat laman ISDA Catering & Wedding Planner jika nak dapatkan pakej yang menarik.

Kami akan cuba bantu anda menguruskan majlis dan memudahkan urusan majlis perkahwinan anda.

Tapi tertakluk pada bakal pengantin di KL, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja.

Negeri lain belum ada cawangannya.

Harap bulan 2, yang bermula hari ini, akan dapat capai 28 post entry atau lebih.

- www.isdacatering.com

Thursday, January 29, 2015

Mentaliti yang dimaksudkan adalah mentaliti untuk berniaga dan ubah mentaliti sekarang iaitu mentaliti makan gaji.

Bukan makan gaji itu tak bagus, tapi ia kurang memberi manfaat kepada orang lain.

Dan lagi 1, cabaran makan gaji adalah seperti artikel di bawah nie.


Kita kekurangan syarikat Melayu bumiputera yang berskala besar di Malaysia nie.

Inilah yang menjadikan graduan Melayu akan terpinggir jika keputusan mereka sekadar cukup cukup makan.

Berbeza dengan syarikat yang dimiliki oleh Bangsa Cina. Kita tengok senarai 100 terkaya di Malaysia pun kita dah boleh jangka bilangan syarikat di bawah mereka.

Jadi, sebagai langkah permulaan, kita bersama ubah mentaliti kita sendiri dari mentaliti makan gaji kepada mentaliti berniaga.

Jika kita mulakan dari sekarang, dalam masa 10 tahun lagi, Insha Allah masalah seperti dalam artikel di atas kita akan dapat atasi.

Sebagai permulaan, boleh download ebook percuma keluaran Tn Raja Kamil di sini ==> Ebook Percuma, Tips Bisnes Tepi Oleh Raja Kamil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget