.

Thursday, February 19, 2015

Fenomena dunia blogging dan internet berinformasi dimeriahkan lagi dengan kehadiran satu laman baru yang masih segar bugar.

Laman tersebut adalah The Vocket. Hasil idea dan kreativiti Tn Fazreen yang juga seorang blogger, bersama teamnya berjaya mewujudkan The Vocket.


Logo yang simple, tetapi membawa 1001 harapan dan impian team The Vocket.

Dalam bulan pertama kemunculannya, the Vocket telah berjaya menjadi Blog Of The Month untuk Innity.

Syarikat pengiklanan yang terkenal di kalangan blogger Asia.

Manakala dari segi view, The Vocket telah mencapai view sebanyak lebih dari 3 juta sejak 2 bulan kemunculannya.

Terbaru statistik The Vocket yang kami ambil dari Laman FB Tn Fazreen.

Statistik ini memang sangat WOW.

Apa yang kita boleh pelajari hasil dari penubuhan The Vocket ini adalah banyak.

Antaranya adalah 5 yang telah tersenarai di bawah ini.

1. Kerja Berpasukan

Kekuatan yang paling nyata adalah The Vocket dibina secara berpasukan diketuai oleh Tuan Fazreen.

Kerja Berpasukan memberi banyak kelebihan kerana banyak kepala mampu berfikir dan yang paling penting, banyak content penulisan dapat dihasilkan.

Lain individu, lain kepakarannya dan lain content sumbangannya.

2. Konten yang berisi dan berinformasi.

Pembaca blog semakin pandai memilih konten yang mereka ingin baca.

Mereka takkan membaca blog yang bercerita kosong semata-mata.

Jadi, The Vocket antara sumber pilihan ramai pembaca kerana kontennya yang berilmu dan memberi informasi.

3. Memilih Partner Yang Sesuai.

Satu lagi kekuatan The Vocket yang menjadi perbezaan dengan blog atau blogger lain adalah pemilihan partner.

The Vocket telah memilih untuk bernaung di bawah ABS Holdings yang kepakarannya adalah mengembangkan bisnes dan jenama bisnes.

Dengan kerjasama ini, Team The Vocket dapat menumpukan sepenuhnya pada penghasilan konten berkualiti manakala team ABS akan menumpukan pada penjenamaan dan pengembangan lagi jenama The Vocket.

4. Berpandangan Jauh.

Satu lagi perkara yang perlu ada pada semua blogger. Berpandangan jauh dan luar dari kebiasaan.

The Vocket sangat berpandangan jauh dalam pengembangan jenamanya.

Ini terbukti dengan kerjasama teknikal dengan Astro, Astro Radio dan banyak lagi syarikat media terkemuka Malaysia.

5. Meletakkan Nilai Kita Tinggi

Nilai Kita, kita yang tentukan.

Jadi, letakkan nilai kita di kadar yang tinggi agar kita lebih dipandang tinggi dan secara tak langsung kualiti kita akan menjadi tinggi.

Contohnya, The Vocket meletakkan nilai advertorial di lamannya setinggi RM25,000. Sangat tinggikan? Jadi, setkan nilai kita setinggi yang boleh.

Jangan takut orang tak pilih kita, lebih baik kita takut akan kualiti kita pada jangka masa panjang.

Jangan letakkan nilai kita rendah kerana orang akan pandang kita rendah.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget