.

Wednesday, June 24, 2015

Bagi sesetengah peniaga, berniaga di bazar Ramadhan memangla sesuatu yang menguntungkan dan ada yang sangat sangat menguntungkan.

Tetapi tak semua mampu untuk survive dan kekal hingga ke penghujung Ramadhan.

Ada yang berniaga 2 hari dah tutup, ada yang berniaga seminggu kemudian tutup, ada juga yang lebih teruk, sehari dah tutup.

Bukan sebab malas nak berniaga, tetapi disebabkan tak balik modal.

Dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar ini, ramai yang mengawal perbelanjaan mereka.

Mereka lebih berjimat. Dan kurang berbelanja di bazar.

Ditambahkan lagi dengan cerita negatif tentang peniaga bazar. Lagilah mereka tak membeli di bazar.

Kesannya, peniaga bazar kecil kecilan tutup perniagaan mereka.

Yang boleh dan mampu survive hanya yang besar dan dah ada pelanggan tetap mereka sahaja.

Kalau peniaga baru, kena lipat gandakan usaha dan strategi, barulah mampu survive.

Makanan yang dijual haruslah sedap dan harganya munasabah. Ini penting untuk menarik pembeli datang membeli di gerai kita.

Apapun, bazar Ramadhan menjanjikan rezeki lumayan jika kita berniaga secara jujur dan ikhlas.

Tagged: ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget