.

Wednesday, September 9, 2015

Peminat bola sepak Malaysia pasti ramai yang sudah tahu akan insiden yang berlaku di Stadium Shah Alam semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia, Malaysia vs Arab Saudi tadi.

Insiden balingan suar oleh penyokong Malaysia.

Insiden ini adalah kemuncak ketidak puasan hati penyokong Malaysia dengan FAM.

Kekecewaan ini memuncak selepas kekalahan pasukan kebangsaan 0 - 10 ke atas UAE beberapa hari yang lepas.

Tapi, insiden ini bertujuaan memalukan FAM di mata dunia.

Tetapi, secara tak langsung ia memalukan Malaysia secara amnya.

Apapun, semoga hal ini tak berulang dan berharap FAM akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Peminat semakin muak dengan FAM yang kurang berjaya dalam pembangunan bola sepak Malaysia ini.

Gambar Insiden di Stadium Shah Alam.

Tagged: ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget