.

Wednesday, February 24, 2016

Salah satu medium pemasaran yang aku guna dan akan terus guna selagi ia releven adalah FB Ads.

Memang berbaloi dengan pulangannya a.k.a ROInya setakat ini.

Ada orang kata FB Ads dah tak berkesan. Tapi bagi aku, ia masih berkesan.

Biasanya aku akan guna Boost Post. Ini memang selalu aku guna.

Memang sentiasa menjadi pilihan sebab ia menyampaikan setiap post kita kepada lebih ramai pengguna FB dan lebih tepat bergantung pada pilihan 'target audiance' kita.

Setakat ini FB Ads tak mengecewakan sebab modal lebih kurang $10 atau sekarang nie RM40++++ utk setiap Boost Post.

Dan dengan dapat 1 customer dah cukup bagi aku sebab 1 customer akan memberi nilai jualan lebih dari RM10k.

Ini sebab memang aku jual pakej perkahwinan dan faham-fahamla harga pakej perkahwinan.

Boleh ke page ISDA Catering & Wedding Planner untuk lihat post yang aku Boostkan.

Sebab itulah FB Ads sangat berbaloi.

Nak pastikan ia berbaloi? Setting produk atau servis kena dengan harganya dan juga kena pada bajet pengiklanannya.

Jangan hentam keromo jer. Buat try and error dulu dengan bajet yang kecil.

Dah berjaya, baru guna bajet yang lebih besar.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget