.

Tuesday, October 28, 2014

Kalendar Takwim Persekolahan bagi tahun 2015 telah dikeluarkan maka pada yang nak merancang percutian dah boleh rancang awal-awal atau dah boleh booking terus.

Lambat booking tak merasa nanti sebab dah fully booked.

Bagi aku yang terlibat dalam industri perkahwinan, cuti sekolah adalah antara waktu popular bagi menamatkan zaman bujang.

Jadi, perancangan rapi perlu diatur seperti promosi dan sebagainya agar dapat memberi pulangan maksimum pada waktu cuti persekolahan.

Kalendar Takwim Persekolahan 2015 bermula pada 4 Januari 2015 bagi negeri yang mulakan minggu pada hari Ahad iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Manakala negeri yang minggu bermula pada hari Isnin, hari pertama persekolahan bermula pada 5 Januari 2015.


Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang ingin menamatkan zaman bujang mereka pada musim cuti persekolahan tahun 2015 nanti.

Dan boleh juga digunakan untuk merancang cuti tahunan bersama keluarga.

Itupun pada yang ada anak bersekolah la, kalau anak belum sekolah lagi, baik anda cuti pada minggu bukan musim cuti sekolah.

Kalau tidak memang sesak dan padatlah jawapannya.

Sekian.

Friday, October 24, 2014

Affiliate atau pemasaran agen yang dibayar berdasarkan komisen atas setiap jualan adalah satu sistem pemasaran yang menjadi pilihan ramai Internet Marketer (IM) dalam memasarkan produk dan servis mereka.

Aku pun baru berjinak-jinak dalam dunia affiliate ini dan pernahla jugak dapat income dari program affiliate ini tetapi tak banyak.



Jadila buat belanja makan roti canai kat kedai mamak.

Income tak banyak ini disebabkan oleh tak ada ilmu pengetahuan untuk buat affiliate nie. Buat dan promosi pun main terjah jer. Memang komisen tak masyukla.

Kalau nak berjaya dalam affiliate ini perlukan ilmu pengetahuan yang tinggi kerana kita perlu bersaing dengan agen affiliate lain yang dalam masa sama mempromosi produk atau servis yang sama.

Memang mencabar kerja menjadi affiliate ini. Tetapi, dengan panduan dari pakar dalam bidang affiliate ini, iaitu Tuan Rahman Basri dan Tuan Shuth, Insha Allah pendapatan melalui affiliate akan berbaloi-baloi dan masyuk.

Panduan ini boleh anda dapat dengan klik banner di bawah. Boleh dapatkan segera dan boleh terus promosi dan menjana pendapatan dengan Affiliate.


Thursday, October 23, 2014

Ramai blogger baru masih mencari dan tercari-cari arah tuju blog dan penulisan mereka.

Yang dah lama berblog macam aku nie pun ada masalah yang sama.

Susah nak kekal fokus dalam satu arah berblog ini. Masih blur tentang arah tuju.

Untuk menjadi blogger berjaya dan blog menjadi terkenal, perlukan arah penulisan yang jelas dalam berblog.

Kebanyakkan Top Blogger sudah ada arah mereka dan segmen penulisan mereka yang tersendiri dan fokus dalam bidang atau tajuk tertentu agar mereka tak lari dari tujuan asal mereka menulis blog.

Sumber: eizil.com

Tapi kini aku semakin nampak arah tuju aku berblog nie. Arahnya adalah tulis jer pasal apa yang aku rasa nak tulis.

Jadi, blog ini akan jadi sedikit caca marbala dan bercampur baur dari segi kandungannya entry dan posting.

Tapi aku akan lebihkan pada bidang dan nasihat untuk merancang majlis perkahwinan dan juga bisnes.

Almaklumlah, aku adalah pengusaha dan peniaga yang terlibat dalam industri perkahwinan.

Disamping berniaga tu, apa input dan pengalaman akan aku kongsikan dalam blog ini antaranya adalah Panduan Bakal Pengantin untuk Merancang Majlis Perkahwinan mereka. Tips dan panduan ini adalah antara entry yang banyak menarik pelawat ke blog aku yang tak seberapa ini.

Harap sedikit tips ini akan membantu bakal pengantin merancang majlis perkahwinan mereka supaya majlis berjalan dengan lancar dan teratur.

Sukan juga akan aku selitkan dalam blog ini sebab bola sepak adalah sukan kegemaran dan aku adalah penyokong Manchester United.

Apa berita best yang aku rasa aku nak kongsi, aku akan kongsikan bergantung pada kelapangan masa untuk menulis.

Bukan mencari alasan untuk tidak menulis, tapi komitmen bisnes dan komitmen nak menjaga 3 orang anak memang memerlukan masaa yang banyak.

Anak dah tido barula boleh nak berblogging. Kalau tak memang kena kacau jerla jawabnya.

Rasanya itulah arah blog ini selepas ini. Di harap adala yang sentiasa sudi membaca dan melawat blog biasa-biasa ini.

Tuesday, October 21, 2014

First time masuk stadium Selayang walaupun dah lebih 3 tahun tinggal di Selayang.

Jarak rumah aku dari Stadium Selayang tu 5 minit jer dah sampai.



Walaupun dekat memang tak pernah terdetik nak tengok game kat situ sebab masa dan malas.

Tapi disebabkan nak layan game Felda United yang dah kalahkan team Selangor, aku pegi jugakla.

Tapi memang berbaloi pegi tengok game Felda vs JDT.

Walaupun permainan agak slow sebab hujan yang turun agak lebat dari awal permainan tapi kerancakkan dapat dirasai sejak dari awal permainan.

Apapun, mutu pengadilan perlu dipertingkatkan sebab agak berat sebelah. Nampak sangat berat sebelah kepada JDT.

Apapun tahniah kepada Felda kerana berjaya menang 4 - 3 ke atas team pilihan JDT walaupun bermain dengan 10 orang pada 20 minit terakhir perlawanan.

Tugas berat menanti Felda yang akan berkunjung ke padang Keramat JDT di Larkin.

***Gambar terhad sebab hujan. Phone simpan dalam plastik.

**majulah sukan untuk Negara


Sunday, October 19, 2014

Sesiapa pun dalam dunia nie minta dijauhkan dari sebarang bencana atau dugaan. Tetapi siapa boleh elakkan jika sudah ditakdirkan.

Cuma perlu terima dengan penuh keredhaan dan teruskan kehidupan.

Inilah yang menimpa rakan blogger yang rumahnya telah hangus terbakar dijilat api.



Kebakaran ini memusnahkan keseluruhan rumah mereka dan sekarang mereka tinggal sehelai sepinggang.



Apapun syabas diucapkan kepada Top Blogger, Denaihati atas usaha mereka menjalankan kempen 1 komen 1 ringgit mereka dermakan kepada rakan blogger yang ditimpa kebakaran.

Anda perlu komen jer. Itu jer anda perlu buat. Tak perlu keluarkan duit anda.

Usaha anda hanya perlu komen di entry yang link di bawah:

1 Komen, RM1 Akan didermakan.

Jom komen dan bantu keluarga rakan blogger ini.

Sekian.

Wednesday, October 15, 2014

Baru baca BH Online, berita tentang Uptown Shah Alam di Seksyen 24 terbakar.

Dilaporkan hampir 40% musnah akibat kebakaran tersebut.

Lebih kurang 196 buah kedai yang terbakar.

Gambar Kebakaran Uptown Shah Alam ihsan dari BH Online.




Harap peniaga yang terlibat dalam kebakaran ini tabah.

Sumber: BH Online
Masalah ini biasa dihadapi oleh peniaga baru yang berniaga menggunakan modal sendiri dan takut untuk berhutang dengan bank.
Tahu jerla bank. Kalau pinjam mesti kena bayar. 

Tak bayar nama tergadai. Risiko besar inilah yang ramai peniaga baru dan kecil cuba untuk elakkan.

Tambah pula dengan kadar interest yang tinggi dikenakan oleh pihak bank.

Hal ini menjadikan bank bukan pilihan utama bagi peniaga kecil mendapatkan dana tambahan.

Lagi satu, kalau meniaga jalanan yang tak ada penyata, macam mana nak pinjam bank? Sah sah kena tolak permohonan anda.

Jadi, sebagai alternatif lain untuk dana tambahan, kenala cari pelabur lain yang tak kenakan interest.

Caranya adalah cari pelabur dan jadikan mereka rakan kongsi bisnes anda.

Bayar mereka berdasarkan keuntungan bulanan mahupun tahunan. Yang mana dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Kalau satu pelabur tak cukup, carilah 2,3,4 ataupun 5 pelabur.

Yang penting bisnes berpotensi dan memberi pulangan lumayan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget