.

Monday, November 3, 2014

Tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang yang telah berjaya memenangi OPPO Piala Malaysia 2014.

Mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas, 2013.

Kemenangan hasil dari sepakan penalti 5 - 3 memihak kepada Pahang.

Walaupun Pahang menang, tetapi tak ada pemain mereka sepopular pemain JDT.

Pemain tersebut adalah Mat Yo, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti dan memberi kemenangan pada pasukan Pahang hasil jaringan ke 5 Hafiz Kamal.



Mat Yo dipersalahkan oleh ramai penyokong pasukan JDT dan 2 laman FB inilah yang mempopularkan Mat Yo.

Berpuluh ribu yang like gambar Mat Yo nie selepas tamat perlawanan antara Pahang dan JDT.

Apapun tak wajar menyalahkan Mat Yo sepenuhnya kerana dia pun tak menyangka akan gagal dalam sepakan penalti itu.

Kegagalan Mat Yo ini disensasikan oleh kerana kes sensasi yang melibatkan kisah Mat Yo memarahi pak cik guard di Subang Airport. Kisah yang dah ak lama berlalu.

Tapi biasala tu, bila Mat Yo buat silap lagi, memang kena bahan seteruknya lah.

Dan nasib sebagai pemain bola sepak selebriti, kenala terima.

Harap Mat Yo terus kuat dan Tahniah kepada Pasukan Pahang sekali lagi.
Inilah aktiviti hujung minggu kalau tak ada function wedding atau tak ada appointment dengan bakal pengantin.

Bawa anak jalan-jalan hujung minggu. Biasa bawa jalan hari biasa, tapi keluar hujung minggu lain rasanya sebab ramai orang.

Anak-anak ISDA. Iman dan Imani

Hari biasa kalau jalan-jalan tak ramai sangat dan tak sesak. Seronok jer jalan. Tapi hari nie saja nak rasa kesesakan tu.

Sekali sekala bolehla, kalau selalu memang sesak jugak kepala.

Sunday, November 2, 2014

Ini antara keywords popular yang membawa trafik ke Blog Perkongsian ini.

Sejak baru nak aktif balik berblogging nie, kenala update keywords untuk dijadikan sumber rujukan masa hadapan.


Keywords berkaitan perkahwinan masih menjadi sumber utama trafik ke blog ini.

Harap aku dapat terus konsisten menaikkan semula blog ini.

Domain pun dah upgrade, kenala terus bekerja keras untuk naikkan.
Tahniah Pahang kerana berjaya mempertahankan Kejuaraan Piala Malaysia.

Artis juga tak ketinggalan meraikan kemenangan pasukan Pahang ini.

Terutamanya para artis kelahiran Pahang.

Dan tak ketinggalan Dato Siti juga meraikan kejayaan pasukan negeri kelahirannya dengan posting di Twitternya.

Jom tengok reaksi Dato Siti di twitter.



Saturday, November 1, 2014

Kalau buka guna web browser mungkin orang boleh baca.

Tapi kalau pakai phone, smartphone, macam yang aku screenshot nie, memang tak nampaklah gamaknya.

Kalau buka guna web browser pun, dah tentu semak samun dengan iklan jugak.

Jadi, berpada-padalah nak letak iklan tu.

View iklan mungkin tinggi, tapi jumlah klik belum tentu lagi sebab penuh sangat dengan iklan.

Jadi, kurangkan iklan, lebihkan content ya.



Malam ini adalah malam penentu bagi 2 jaguh bola sepak Malaysia.

JDT atau Tok Gajah, Pahang.

Apapun keputusan yang bakal terhasil malam ini, satu suasana positif dalam sukan bola sepak kita telah terhasil.

Harap suasana ini terus berkembang dan meriah macam dulu-dulu.

Apapun gelagat penonton pasti akan mencuri tumpuan.

Jom kita tengok gelagat para Penyokong JDT yang diambil dari FB Berita Harian Online.




Fenomena baru iPhone bakal melanda Malaysia dengan kemasukan model terbaru iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.


Maxis dan Digi adalah 2 syarikat telekomunikasi yang akan membawa masuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Dilaporkan laman web mereka down seketika pada hari pertama proses pre order iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Inilah kegilaan yang dibawa oleh iPhone.

Bukan hanya di Malaysia, tapi ke seluruh dunia.


Dahsyat betul penangan iPhone ini.

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini memang boleh tahan harganya.

Tak ramai akan mampu memilikinya.

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini diambil berdasarkan laman LowYat.net:

Harga iPhone 6:
RM2,399 untuk 16GB
RM2,749 untuk 64GB
RM3,149 untuk 128GB

Harga iPhone 6 Plus:
RM2,749 untuk 16GB
RM3,149 untuk 64GB
RM3,549 untuk 128GB

Mahal sangat bagi aku yang bukan penggila gajet nie.

Cukuplah beli smartphone yang boleh online dan boleh update Blog ini di mana-mana sahaja.

Kalau ikutkan hati, memang berminat nak pakai iPhone. Tapi apakan daya, ada benda lebih penting perlu diutamakan berbanding iPhone.

Jadi, tunggu sampai iPhone 10 kot baru nak beli. Hahaha.

Sekian.

p/s: Sumber Gambar dari Google.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget