.

Monday, November 3, 2014

Tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang yang telah berjaya memenangi OPPO Piala Malaysia 2014.

Mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas, 2013.

Kemenangan hasil dari sepakan penalti 5 - 3 memihak kepada Pahang.

Walaupun Pahang menang, tetapi tak ada pemain mereka sepopular pemain JDT.

Pemain tersebut adalah Mat Yo, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti dan memberi kemenangan pada pasukan Pahang hasil jaringan ke 5 Hafiz Kamal.



Mat Yo dipersalahkan oleh ramai penyokong pasukan JDT dan 2 laman FB inilah yang mempopularkan Mat Yo.

Berpuluh ribu yang like gambar Mat Yo nie selepas tamat perlawanan antara Pahang dan JDT.

Apapun tak wajar menyalahkan Mat Yo sepenuhnya kerana dia pun tak menyangka akan gagal dalam sepakan penalti itu.

Kegagalan Mat Yo ini disensasikan oleh kerana kes sensasi yang melibatkan kisah Mat Yo memarahi pak cik guard di Subang Airport. Kisah yang dah ak lama berlalu.

Tapi biasala tu, bila Mat Yo buat silap lagi, memang kena bahan seteruknya lah.

Dan nasib sebagai pemain bola sepak selebriti, kenala terima.

Harap Mat Yo terus kuat dan Tahniah kepada Pasukan Pahang sekali lagi.

Tagged: , , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget