.

Sunday, November 30, 2014

Semakin menjadi trend sekarang ini ada kambing golek di majlis kahwin.

Kalau dulu majlis yang agak agak elit sahaja ada kambing golek nie. Sekarang majlis kahwin pun dah ada kambing golek.


Memang syok. Menjadi pilihan ramai. Kalau setakat 1 ekor tu, tak sampai sejam dah clear. Licin tinggal tulang jer.

Siapa yang datang awal tu, Alhamdulillah akan merasa. Rezeki datang awal ke majlis. Kalau datang lambat memang tak ada rezekilah.

Antara faktor yang menyebabkan ramai pengantin sediakan menu kambing golek nie sebab kos yang sederhana. Mampu beli.

Kalau kambing golek untuk akikah jer yang akan mahal sikit sebab kambingnya fresh dari ladang.

Hari ini function yang aku jaga ada sediakan kambing golek. Special sikit function kahwin kelolaan ISDA Catering & Wedding Planner hari ini sebab ada kambing golek.

Kalau bakal pengantin nakkan kelainan di majlis kahwin anda dengan sediakan menu kambing golek, boleh tanya PIC dari ISDA Catering.

No ada tertera di gambar kambing golek kat atas tu. Atau boleh terus rujuk ke www.isdacatering.com.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget