.

Thursday, April 9, 2015

Seperti sedia maklum. Manchester United bakal menyarung jersi dengan lambang Adidas pada musim depan dan bukan lagi Nike.

Dan terbaru dari akhbar online UK telah berkongsi gambar yang mungkin jersi baru United dengan jenama Adidas.

Mungkin ia dan mungkin tidak.

Sama samalah kita tunggu ya wahai peminat United.

Gambar Jersi Adidas Baru Manchester United.


Friday, March 20, 2015

Iphone adalah salah 1 produk keluaran syarikat ternama Dunia, Apple.

Iphone adalah jenama yang menaikkan nama Apple dan pastinya menjadi satu fenomena baru dunia.

Kegunaan biasa Iphone yang dah sampai Iphone 6, ramai dah tahu kegunaan dan kecanggihannya.

Memang tak dapat disanggah dan dinafikan.

Tapi ada kegunaan baru Iphone yang ditemui oleh penunggang motosikal ini.

Jom kita tengok gambar kegunaan lain Iphone.

Tuesday, February 24, 2015

Sebelum ini blog Perkongsian RH ada kongsikan kad kahwin berkonsepkan kertas peperiksaan. Entry Design Kad Kahwin Konsep Kertas Peperiksaan. Memang menarik dan kreatif.

Entry ini sekali lagi nak kongsikan konsep kad kahwin yang kreatif.

Kali ini berkonsepkan Passport pula. Memang unik.

Pasanga pengantin boleh cuba design ini jika berminat untuk membuat kelainan.


Iklan:

Pakej Katering Perkahwinan dan Pakej Lengkap Perkahwinan - ISDA Catering & Wedding Planner


Sunday, February 22, 2015

Ramai kita dah tahu Ford Range Rover Evoque adalah kereta yang mempunyai ramai peminat di Malaysia ini dan di seluruh dunia.

Dengan design yang sporty, memang menarik kegilaan ramai peminat kereta dengan model kereta ini.

Bentuk asal dah menarik, inikan pula bentuknya selepas mendapatkan sentuhan Hamann.

Menjadi lebih menariklah mereka ini.

Jom kita lihat Gambar Ford Range Rover Evoque Hamann.








Saturday, February 21, 2015

Dengan adanya view yang boleh nampak KLCC ini, harga rumah boleh melonjak tinggi.

Itulah penangan pemandangan indah menara KLCC di waktu malam.

Begitu juga pemandangan di malam Tahun Baru jika ada pesta bunga api.

Memang menjadi idaman ramai untuk ada rumah yang ada KLCC view.

Pemandangan KLCC dari SetiaSky Residence.

Tapi, untuk yang berkemampuan sahaja yang mampu memiliki kelebihan ini kerana harganya agak tinggi.

Apapun, inilah penangan KLCC.

Thursday, February 19, 2015

Fenomena dunia blogging dan internet berinformasi dimeriahkan lagi dengan kehadiran satu laman baru yang masih segar bugar.

Laman tersebut adalah The Vocket. Hasil idea dan kreativiti Tn Fazreen yang juga seorang blogger, bersama teamnya berjaya mewujudkan The Vocket.


Logo yang simple, tetapi membawa 1001 harapan dan impian team The Vocket.

Dalam bulan pertama kemunculannya, the Vocket telah berjaya menjadi Blog Of The Month untuk Innity.

Syarikat pengiklanan yang terkenal di kalangan blogger Asia.

Manakala dari segi view, The Vocket telah mencapai view sebanyak lebih dari 3 juta sejak 2 bulan kemunculannya.

Terbaru statistik The Vocket yang kami ambil dari Laman FB Tn Fazreen.

Statistik ini memang sangat WOW.

Apa yang kita boleh pelajari hasil dari penubuhan The Vocket ini adalah banyak.

Antaranya adalah 5 yang telah tersenarai di bawah ini.

1. Kerja Berpasukan

Kekuatan yang paling nyata adalah The Vocket dibina secara berpasukan diketuai oleh Tuan Fazreen.

Kerja Berpasukan memberi banyak kelebihan kerana banyak kepala mampu berfikir dan yang paling penting, banyak content penulisan dapat dihasilkan.

Lain individu, lain kepakarannya dan lain content sumbangannya.

2. Konten yang berisi dan berinformasi.

Pembaca blog semakin pandai memilih konten yang mereka ingin baca.

Mereka takkan membaca blog yang bercerita kosong semata-mata.

Jadi, The Vocket antara sumber pilihan ramai pembaca kerana kontennya yang berilmu dan memberi informasi.

3. Memilih Partner Yang Sesuai.

Satu lagi kekuatan The Vocket yang menjadi perbezaan dengan blog atau blogger lain adalah pemilihan partner.

The Vocket telah memilih untuk bernaung di bawah ABS Holdings yang kepakarannya adalah mengembangkan bisnes dan jenama bisnes.

Dengan kerjasama ini, Team The Vocket dapat menumpukan sepenuhnya pada penghasilan konten berkualiti manakala team ABS akan menumpukan pada penjenamaan dan pengembangan lagi jenama The Vocket.

4. Berpandangan Jauh.

Satu lagi perkara yang perlu ada pada semua blogger. Berpandangan jauh dan luar dari kebiasaan.

The Vocket sangat berpandangan jauh dalam pengembangan jenamanya.

Ini terbukti dengan kerjasama teknikal dengan Astro, Astro Radio dan banyak lagi syarikat media terkemuka Malaysia.

5. Meletakkan Nilai Kita Tinggi

Nilai Kita, kita yang tentukan.

Jadi, letakkan nilai kita di kadar yang tinggi agar kita lebih dipandang tinggi dan secara tak langsung kualiti kita akan menjadi tinggi.

Contohnya, The Vocket meletakkan nilai advertorial di lamannya setinggi RM25,000. Sangat tinggikan? Jadi, setkan nilai kita setinggi yang boleh.

Jangan takut orang tak pilih kita, lebih baik kita takut akan kualiti kita pada jangka masa panjang.

Jangan letakkan nilai kita rendah kerana orang akan pandang kita rendah.

Wednesday, February 18, 2015

Memang menjadi idaman ramai antara kita untuk memegang status seperti Billionaire Termuda Dunia ini.

Siapa yang tak nak menjadi kaya, lebih-lebih lagi terkaya.

Tapi inilah yang berlaku kepada wanita berusia 24 tahun dari Hong Kong, Perenna Kei yang sekarang memegang status Billionaire Termuda Dunia.

Status terbaru ini telah membuatkan pengasas bersama Facebook, Dustin Moskovitz yang berusia 29 tahun.

Sumber Gambar: majalahinovasi.com

Tetapi, berbanding Dustin Moskovitz, kekayaan Perenna Kei adalah diwarisi dari kekayaan ayahnya, Ji Haipeng, Pengerusi dan juga CEO syarikat Logan Property Holdings. Bukan diperolehi sendiri.

Nilai kekayaan Perenna Kei dianggarkan bernilai $1.3 billion atau lebih kurang RM4.55 billion ($1 = RM3.5)

Apa yang kita boleh pelajari dari sini adalah, untuk menjadikan anak kita kaya atau berjaya, kita perlu binakan kekayaan atau kejayaan mereka.

Dan lagi satu, dengan menjadikan anaknya adalah Billionaire Termuda Dunia, syarikat bapanya juga mendapat promosi mudah dan mendapat kredibiliti tinggi di mata dunia.


Sumber: New Youngest Billionaire
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget