.

Tuesday, March 29, 2016

Baru lepas baca post terbaru di paultan.org kisah pemandu teksi melakukan demo di jalan raya sehingga menghalang laluan.

Mereka melakukan demo ini kerana tak berpuas hati atas keputusan kerajaan membenarkan Uber dan Grabcar meneruskan operasi.

Mungkin bagi mereka, cari ini akan membuatkan kerajaan merubah keputusan mereka.

Tapi, rasanya tak kot.

Sebabnya, Uber dan Grabcar tak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang.

Lagi satu, mutu servis Uber dan Grabcar sangat memuaskan hati pelanggan-pelanggan mereka.

Bersih, selamat dan cepat. Ini elemen yang sangat penting dalam servis teksi yang perlu mereka ada.

Kualiti servis inilah yang kurang pada perkhidmatan teksi negara kita.

Seeloknya mereka perlu bersaing secara sihat. Barulah orang pandang kembali servis teksi.

Kalau terus berdemo dan menyusahkan orang awan, makin buruklah persepsi penumpang terhadap mereka.

Penumpang akan semakin takut menggunakan servis teksi. Aduhaila pemandu teksi nie.

Fikirlah panjang-panjang sebelum berdemo tu.

Nah, ini apa yang pelawak terkenal Malaysia post dalam FBnya pasal demo nie. Sangat betul kenyataannya.


Korang duk sebok berdemo, penumpang pulak duk sebok bukak apps Uber dan Grabcar.

Sape yang rugi? Pemandu teksi jugak.

Seronoklah pemandu-pemandu Uber dan Grabcar. Banyak gaji mereka minggu nie.

Apa pun, rezeki tu sama-samalah dikongsi.

Tagged: ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget