.

Thursday, March 24, 2016

+ Pameran, Ekspo atau Exhibition antara salah satu cara kita boleh menjual dan membuat marketing.

+ Ada 3 tujuan khas dalam memasuki Pameran atau Exhibition.

1. Nak menjual terus kepada pelawat atau Exhibitor lain.

2. Atau sekadar membina jenama. Tak menjual terus pada pelanggan dan pelawat.

3. Kedua-duanya sekali.

+ Aku secara Personal pernah mengalami 2 situasi ( no.1 dan no.2) seperti di atas.

+ Tujuan kita masuk Pameran memang bergantung pada produk atau servis apa kita jual.

+ Masa bekerja makan gaji dulu, aku bekerja di syarikat vendor Automotif.

+ Produknya adalah spare part kereta yang dah tertakluk pada kontrak pembuat kereta.

+ Tak boleh sesuka hati nak jual pada pelanggan lain.

+ Memang salah dan melanggar kontrak kalau jual pada pembeli lain.

+ Situasi kedua iaitu sekarang. Dengan berniaga sendiri dalam bidang industri Wedding, lain tujuannya kalau masuk Pameran.

+ Memang seboleh mungkin perlu generate sales.

+ Kalau tak ada sales, memang gagallah tujuan masuk Pameran tu.

+ Tapi sekarang bila bisnes dah semakin berkembang, sasaran Pameran tu dah menjadi dua dalam satu.

+ Aku pilih strategi ke 3. Menjual sambil membina jenama.

+ Ini sebaiknya kerana ia boleh mengurangkan tekanan semasa Pameran. Tekanan kerana persaingan dan tekanan kurang jualan.

+ Tekanan dari persaingan nie sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan kita terbabit dalam Perang Harga.

+ Kita berlumba lumba nak bagi harga murah hinggakan kita yang kerugian.

+ Sebaiknya uruskan betul-betul tujuan masuk Pameran agar kita kekal dalam landasan harga kita.

+ Mungkin ini boleh jadi panduan pada rakan bisnes yang bakal terlibat dengan pelbagai exhibition sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang nanti.

+ Pastikan anda set sebaiknya sasaran anda agar anda tak rugi.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget