.

Tuesday, September 2, 2014

Secara dasarnya memang mengejutkan berita perpindahan Falcao ke United, tapi sangat menggembirakan bagi peminat setia United yang masih belum menunjukkan taring mereka selepas 4 perlawanan kompetitif di England di bawah pengurusan Van Gaal.

Perpindahan Falcao secara pinjaman ini pastinya membantu menajamkan bahagian serangan United yang kurang berbisa.

Seterusnya Falcao akan menjadi saingan kepada Wayne Rooney dan RVP.

Ditambah pula dengan pembelian Di Maria dari Real Madrid, pastinya bahagian serangan United bakal menjadi igauan pasukan lain di BPL.

Kemasukan Falcao ini menyebabkan 2 penyerang muda United, Welback dan Chicharito dipinjamkan keluar ke Real Madrid dan Arsenal.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget